RAKAN PEJUANG

31 December 2010

MASUK MASJID KITA BERSENAM ROBIK.....

MEMANG SYAITAN!!!! ITULAH YANG MAMPU ANAK SUFI KATAKAN PADA KENYATAAN NIE CHING YANG BIADAB DAN KURANG AJAR. INIKAH YANG DIBANGGAKAN OLEH ISLAM PAS? BELUM PERNAH BERLAKU DALAM SEJARAH NEGARA MASJID DIJADIKAN KAWASAN SENAM ROBIK BERCAMPUR LELAKI PEREMPUAN!

DENGAN MENGGUNAKAN SLOGAN TOLENRASI, NIE CHING MENDABIK DADA MENYATAKAN APA YANG DIA LAKUKANNYA BETUL MALAHAN SEDANG MENINGKATKAN KEFAHAMAN (TAK TAHULAH KEFAHAMAN APA). 

TIDAK ADAKAH TEMPAT LAIN UNTUK DIJADIKAN TEMPAT BERSENAM? KURANGKAN TEMPAT DI NEGARA NI YANG MENYEDIAKAN KEMUDAHAN BERSENAM? MENGAPA DI MASJID?

APAPUN ANAK SUFI YAKIN, PAS PASTI AKAN MEMPERTAHANKAN NIE CHING! KERANA BAGI PAS YANG PENTING BUKAN MARUAH AGAMA TAPI ADALAH MARUAH KUASA YANG SEDANG DIKONGSI BERSAMA SYAITAN DAP!

PETIKAN UTUSAN MALAYSIA:

Perbuatan dianggap tidak bersopan

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching melakukan senamrobik di pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya dekat sini dianggap tidak menghormati adab dan sopan di kawasan rumah Allah.

Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, aktiviti yang disertai peserta lelaki dan perempuan yang tidak diasingkan itu bukan sahaja tidak bersopan malah telah melanggar syariat Islam.

Menurutnya, sebagai bukan Islam, Nie Ching sepatutnya tidak berpakaian ketat kerana senamrobik itu diadakan di kawasan masjid.

"Aktiviti senamrobik yang tidak mengasingkan antara lelaki dan wanita itu seolah-olah menjadikan kawasan masjid sebagai "disko" yang mana peserta bebas berpakaian ketat dan menari mengikut muzik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Nakhaie mengulas kejadian terbaru Nie Ching berada di pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor dengan berpakaian ketat melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu menerusi laman blognya, acara senamrobik itu adalah program pertama Karnival Maal Hijrah anjuran masjid berkenaan.
Nakhaie menambah, walaupun senamrobik itu dianggap riadah namun lelaki dan wanita perlu diasingkan dengan berpakaian sopan memandangkan acara itu diadakan di pekarangan masjid.

Ditanya apakah keadaan seumpama itu tidak dilarang oleh jawatankuasa masjid itu, Nakhaie berkata, jika mereka sudah menjadi fanatik kepada parti pembangkang, perbuatan 'zalim' atau maksiat juga dibolehkan.

"Keadaan ini seperti 'asabiah' yang bermaksud walaupun membuat kezaliman atau kesalahan tetapi masih disokong kerana kecenderungan kepada satu-satu pihak," ujarnya.
Nabi Muhammad SAW katanya, tidak menerima orang yang mengamalkan asabiah sebagai umatnya kerana sikap tersebut dilarang dalam Islam.

Sebaliknya kata beliau, sesuatu aktiviti yang disokong atas dasar kekitaan untuk perpaduan dan tidak melanggar hukum Islam tidak boleh dikaitkan dengan 'asabiah'.

No comments: