RAKAN PEJUANG

14 June 2011

INDEPENDENT POWER PRODUCERS - NUAR YANG SALAH, TUN YANG KENA JAWAB!

 Independent Power Producers (IPP) menjadi bahan untuk penjilat pembangkang menghentam tun. Bila anak sufi baca komen yang dikemukakan oleh orang bukan melayu terhadap pemerintahan tun, anak sufi sangat sedih membacanya. Apakan tidak, mereka seolah melihat kehancuran negara ini adalah kerana Tun. sila baca di sini.


Anak sufi sangat yakin, ramai pencacai pembangkang ni termasuk penyokong mereka gagal untuk mencari maklumat yang jelas berkenaan dengan kejayaan tun mahathir membangunkan negara ini. Tun merupakan seorang perdana menteri yang hebat dan bijak. Tapi sayang, kerana kuasa, benci dan dendam, ramai anak muda yang gagal untuk melihat betapa besarnya jasa tun kepada negara.


Kini IPP dijadikan senjata ampuh untuk pembangkang menghentam kerajaan dengan mengaitkan dengan rasuah dan kronisme. Apa yang Tun katakan dalam Berita Tv3 tadi memang benar. Pada tahun-tahun awal 90-an, TNB tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membina stesen janakuasa bagi menampung bekalan elektrik di seluruh negara. Akibatnya, bekalan elektrik kerap kali mengalami gangguan.Oleh itu, kata sepakat telah diambil untuk mendapatkan dana yang lebih besar bagi menambah stesen janakuasa yang mampu menampung kepesatan negara. Akhirnya idea penubuhan IPP diluluskan oleh kabinet.


Anwar Ibrahim ketika itu menjadi Menteri Kewangan Malaysia merupakan orang kepercayaan Tun. Tun sangat sayang dan percaya pada nuar brahim. Oleh kerana kepercayaan yang sangat tinggi pada nuar, Tun menyerahkan perjanjian IPP dengan TNB ini kepada nuar brahim. Itulah sebab tun mengaku dalam berita tv 3 tadi, bahawa dia tidak tahu pula adanya perjanjian berat sebelah sebegini. Yang menjadi dalangnya adalah anwar ibrahim.


Jadi, pembangkang, kini terbongkar satu rahsia besar IPP yang melibatkan konspirasi nuar brahim sehingga ani arope meletakkan jawatan. Tapi anak sufi yakin, juak-juak nuar pasti akan kata pendedahan ini satu pembohongan. Mereka tidak mahu percaya akan kebenaran tapi lebih percaya pada fitnah dan kepalsuan yang kini satu persatu terbongkar yang merupakan perbuatan jahat pencacai pembangkang!

sila baca RBF untuk penjelasan yang lebih jelas

No comments: