RAKAN PEJUANG

14 June 2011

PAS KATA UMNO GENTAR DENGAN SLOGAN NEGARA BERKEBAJIKAN MEREKA! KESIAN.....

 SALAM...

MARI KITA GELAKKAN RAMAI-RAMAI KENYATAAN DARIPADA MANUSIA YANG HILANG PERTIMBANGAN AKAL NI. NAMPAK MACAM ALIM. DAHI BERTANDA MACAM KUAT SOLAT. TAPI KATA-KATA PENUH DENGAN HASUTAN. DAH LAH TU, KOSONG DAN HANYA UNTUK KEPUASAN NAFSU BERPOLITIK SEMATA. 

KALAU TIDAK KERANA UMNO, ISLAM TIDAK AKAN BERKEMBANG DI NEGARA NI! YANG MUSNAHKAN MARUAH AGAMA ISLAM ADALAH PUAK PAS YANG KINI SANGGUP MENJADI BALACI KELAS BAWAHAN DAPPIG!


KESIAN...KESIAN.....KAN KE ANAK SUFI DAH KATA, PEMBANGKAN MEMANG KUAT TABUR FITNAH. BUKANKAH ARTIKEL NI JUGA BERBAUR FITNAH PADA PERJUANGAN UMNO?


(HARAMKAH DAILY.NET)

Negara Berkebajikan PAS jadikan Umno gelabah
Aslani   
KOTA BHARU, 14 Jun: Konsep Negara Berkebajikan yang diketengahkan PAS pada muktamar baru-baru ini ternyata membuat Umno tiba-tiba menjadi mengelabah.
Kalau sebelum ini Utusan Malaysia yang sering memperlihatkan tajinya terhadap PAS, kini satu lagi media pro Umnno, Berita Harian cuba mengikut jejak sama bagi menghodohkan konsep diketengahkan PAS.
Ini menampakkan kebimbangan yang amat sangat, lebih-lebih lagi apabila beberapa pemimpin Umno termasuk  Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Dr Puad Zakarshi meminta PAS menggugurkan perkataan Islam kerana memperkenalkan konsep Negara Berkebajikan.
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamad Fadzli Hassan (gambar) berkata, pemimpin Umno jelas naïf dalam politik dan pentadbiran Islam kerana masih lagi bersalut pemikiran sekular.
“Ini jelas dapat dilihat apabila ada pemimpin Umno mahu PAS menggugurkan perkataan Islam semata-mata memperkenalkan konsep Negara Berkebajikan.
“Kalau inilah cara berfikir pemimpin maka nampaknya Umno langsung tidak boleh diharapkan untuk menjaga nama baik Islam apatah lagi untuk membelanya.
“Nampak sangatlah mereka tidak tahu bahawa Islam adalah untuk kebajikan semua orang (rahmatan lil alamin),” katanya di sini.
Semalam beberapa pemimpin Umno termasuk Ketua Menteri Melaka dan Timbalan Menteri Pelajaran dilaporkan mendesak PAS menggugurkan perkataan Islam kerana memperjuangkan Negara Berkebajikan.
Malah media proUmno terus memperlekehkan gagasan PAS tersebut sehingga mengutip pendapat akar umbi semata-mata bagi mencacatkan tema muktamar PAS yang berlangsung baru-baru ini.
Dr Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, negara diperintah Islam adalah negara yang menjaga kebajikan rakyat mengikut lunas-lunas agama.
”Itulah yang PAS akan lakukan dengan kata lain itulah negara Islam. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan para sahabat dan khalifah Islam.
”Benda asas begitu pun pemimpin Umno tak faham macam mana nak bela Islam,” ujarnya.

4 comments:

Anonymous said...

PAS baru sedar rupanya ada Negara Kebajikan yang UMNO dah buat lama dah. PAS macam syiok sendiri......kah...kah..kah

Anonymous said...

lawak betullah ...

Anonymous said...

Negara berkebajikan camana? Kami kena banjir di Kedah hari tu pun apa bantuan pun tarakkkkkkkkkkkkkkk.
Peeeeeerrrrrahhhhh,

Dot said...

negara kebajikan pas ialah bila pemimpin2 berceramah, ahli2 akar umbi perlu menderma kpd pemimpin2 & parti, tak kira siang atau malam... buatla kebajikan kepada pemimpin2 pas walaupun ahli2 hidup dalam kemiskinan mahupun kepapaan..kebajikan ala samdol, tak habis2 nak membelit...