RAKAN PEJUANG

30 June 2011

MEREKA BENAR-BENAR TERGODA...

SALAM...
TADI ANAK SUFI SEMPAT MENDENGAR TAZKIRAH USTAZ ZAHAZAN MEMPERKATAKAN TENTANG MENAHAN GODAAN. GODAAN INI BERKAIT RAPAT DENGAN NAFSU YANG MENGAJAK KITA MELAKUKAN KEMUNGKARAN KEPADA ALLAH. 


ADA BEBERAPA PERKARA UTAMA YANG MENJADI PENDESAK DAN MENGGODA NAFSU MANUSIA IAITU HARTA, PANGKAT, KEKAYAAN, KEMASYHURAN, ANAK SERTA WANITA. HANYA IMAN DAN TAQWA SAHAJA YANG MENJADI PENGHALANG KITA DARIPADA TERJERUMUS KE ARAH PERBUATAN YANG DIBENCI ALLAH TERMASUKLAH KHIANAT DAN PENGANIAYAAN. 


DALAM KONTEKS PERHIMPUNAN BERSHIT YANG SANGAT DIHEBOHKAN KINI, GELORA NAFSU NUAR BRAHIM BERSAMA PENYOKONGNYA UNTUK MENGEJAR PANGKAT, KEKAYAAN, HARTA  DAN KEMASYHURAN MENJADI PENYEBAB UTAMA YANG MEMBAWA KEPADA KEDEGILAN MEREKA MENYOKONG PERHIMPUNAN HARAM INI. ATAS ALASAN DEMOKRASI, ATAS ALASAN KETELUSAN DAN KEJUJURAN SEBENARNYA MEREKA SENDIRI TIDAK JUJUR. 


DI SEBALIK SEMUA INI TERKANDUNG PELBAGAI NIAT JAHAT KHUSUS UNTUK MENIMBULKAN KETIDAK HARMONIAN DALAM NEGARA. JIKA MEREKA MENUDUH KERAJAAN BERNIAT JAHAT KERANA TIDAK MEMBENARKAN PERHIMPUNAN INI, RAKYAT JUGA BOLEH MENUDUH MEREKA JUGA BERNIAT JAHAT UNTUK MENGGANGGU KESTABILAN NEGARA. 


BEZANYA, PERTUDUHAN MEREKA TERHADAP KERAJAAN ADALAH PERTUDUHAN YANG SANGAT LEMAH KERANA TERBUKTI POLIS BERTINDAK APABILA TERDAPAT RIBUAN LAPORAN YANG DIBUAT OLEH BADAN NGO DAN POLITIK YANG MENDESAK POLIS MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP BERSHIT. 


BERBEZA DENGAN NIAT PENGERUSI DAN PEMIMPIN BERSHIT INI YANG TELAH ADA BUKTI BAHAWA MEREKA MEMPUNYAI AGENDA TERSEMBUNYI KERANA KES LIWAT NUAR BRAHIM DAN DASAR PERJUANGAN DAP YANG KINI MENUNGGU MASA UNTUK MERUNTUHKAN UMAT MELAYU. 


OLEH ITU, KAMI TERUS MENYOKONG TINDAKAN POLIS MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP ANASIR JAHAT YANG MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA INI. TERUSKAN HISHAM!

2 comments:

Mohd said...

Malaysia sepatutnya belajarlah dpd Singapura!
Jika DAP dapat peluang memerintah Malaysia :
1. Kerajaan DAP akan mengikut sebiji macam cara PAP Singapura memerintah iaitu dgn cara kuku besi.
2. ISA akan digunakan utk melenyapkan Pembangkang iaitu BN.
3. Sebarang demonstrasi bodoh2 macam Bersih1 dan Bersih2 tidak akan dilayan sama sekali. Semua penganjur akan dipenjarakan di bawah ISA seumur hidup kerana cuba mengancam keselamatan negara.
4. Pada mulanya sahaja Anwar akan diangkat menjadi PM.
5. Kemudian, Perlembagaan Malaysia akan dipinda utk memansuhkan Hak-Hak Keistimewaan Orang Melayu utk mengujudkan Malaysian Malaysia.
6. Kemudian, Institusi Raja-Raja Melayu akan dimansuhkan dan Malaysia pun dijadikan The Republic of Malaysia. Lim Kit Siang akan jadi Presiden. Komunis Ching Peng sudah tentunya akan dibawa balik ke Malaysia dan disanjung sebagai bapa kemerdekaan dan diberi ganjaran istimewa yg turut diwarisi oleh kaum kerabatnya!
7. Kaum Cina dari luar akan digalakkan utk berhijrah ke Malaysia, diberi kerakyatan Malaysia dan ditempatkan di merata2 di Malaysia utk melenyapkan kawasan2 majoriti Melayu spt yg telah berlaku di Singapura dahulu.
8. Lepas itu bermulalah mimpi ngeri bagi kaum Melayu
yg akan menjadi pengemis di tanah airnya sendiri spt yg sedang berlaku di Singapura sekarang.
9. Pada masa itu, kaum Melayu menangis air mata darah pun dah tak berguna.
10. Ahli2 PAS yg sedar mereka telah dikhianati oleh DAP dan PKR cuma telah menang sorak tapi kampung tergadai.
Nauzubillah.
Kaum Melayu ada ke baca sejarah Singapura?
Ingatlah sebelum kena, bila dah terkena, ternganga!
Oh ya, kan Melayu mudah lupa?

usin said...

aku nak tanya 1 soalan yg boleh merungkaikan persoalan demo 'bersih 2.0' ni. dpd beribu laporan polis pasal demo ni, ada x laporan yg dibuat mengatakan bahawa kerajaan bertindak kejam & zalim kerana menghalang demo 'bersih 2.0'. kalau ada, berapa banyak? bandingkan. kalau yg x suka lebih banyak, maknanya 'bersih 2.0' wajib dibatalkan. majoriti rakyat x suka.