RAKAN PEJUANG

23 June 2011

SAJAK SEORANG YANG KACAU JIWANYA...YANG SANGGUP BERJIHAD UNTUK AMBIGA DAN NUAR!



PETIKAN DARI HARAKAH DAILY 


SAJAK DARI SEORANG INSAN YANG KACAU JIWANYA BERNAMA BUDAK BALUN!


Ibuku...
Halalkan setiap titis susumu..
Halalkan setiap keringatmu melahirkanku..
Halalkan setiap suapan ke mulutku..
Halalkan setiap air mata yang mengalir keranaku

Ayah...
Halalkan setiap rezeki yang kau kongsi untukku..
Halalkan setiap peluh yang kau tumpahkan untukku..
Halalkan setiap senyuman kegembiraanmu atas kelahiranku..

Isteriku...
Andainya ini adalah pertemuan terakhir kita..
Kaulah permata dalam hidupku..
Kaulah penyeri didalam alamku..
Kaulah srikandi indah padaku sebagai suami...
Sesungguhnya.. Aku redha dengan kehidupanmu sebagai isteriku..

Anak-anakku..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian memerlukan kasih sayangku..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat gelak tawaku didambakan..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian menempuhi alam anak-anak kecil..

Pemergianku adalah mungkin yang terakhir...
Kerana.. mereka yang berkuasa disana sedang menanti..

Untuk memenuhi paru-paruku dengan gas canister yang perit..
Untuk membutakan mataku dengan asap yang pedih..
Untuk membelantan jasadku dengan cotar dan rotan..
Untuk mematahkan kaki dan tanganku dengan kasut yang berat!
Untuk memenjarakan jasadku didalam lokap yang hancing!

Adakah aku gentar?
Adakah kalian gentar?
Adakah ini penghenti perjuangan?

Tidakk!!
Demi Allah dan Rasul tidak sama sekali!

Mereka menyangka mereka berkuasa!
Mereka menyangka mereka ada segala-galanya!

Mereka boleh memenjarakan jasadku
Tetapi mereka tidak akan mampu memenjarakan jiwaku..

Kerana jiwaku ini milik Allah!
Hidupku ini milik Allah!



INI SAJAK BALASAN ANAK SUFI UNTUK BUDAK BALUN...


SAUDARA.....
MATI SAUDARA BUKAN SYAHID....
PERJUANGAN SAUDARA BUKAN DEMI AGAMA...
PENGORBANAN SAUDARA TIDAK PADA TEMPATNYA


SAUDARA...
NIAT YANG BAIK TIDAK SEMESTINYA MENGHALALKAN CARA
MEMBUAT KEROSAKAN, BERHIMPUN DAN MENDESAK BUKAN CARA KITA..


SAUDARA...
NEGARA INI AMAN DAN MAKMUR...
KITA HIDUP MEWAH DI SINI...
TIDAK PERNAH KITA DILARANG UNTUK MELAKUKAN IBADAH
MALAH BANYAK AGENSI DAN INSTITUSI AGAMA BERADA DI MANA-MANA


SAUDARA...
SAUDARA TIDAK TAHU SIAPA MENDALANGI PERHIMPUNAN INI
SAUDARA TIDAK SEDAR SIAPA MEMBIAYAI SEMUA INI..
SAUDARA SENDIRI KELIRU KE MANA  HALA TUJU PERJUANGAN INI..
IA BUKAN UNTUK AGAMA...IA BUKAN UNTUK BANGSA..JAUH SEKALI UNTUK KITA..


TAPI IA ADALAH BATU LONCATAN UNTUK MEREKA
SI KAFIR YANG BERLAGAK BAIK..
SI MUNAFIQYANG BERLAGAK ALIM..
MEREKALAH YANG TELAH MEMBAWA BENCANA DALAM HUBUNGAN KITA..


SAUDARA...
ANDAI BUMI INI BERMANDI DARAH...DARAH ITU TIDAK LAIN DARI SAUDARA ISLAM KITA SENDIRI
ANDAI BUMI INI DILAKNAT ALLAH KERANA KEZALIMAN PEMIMPIN SUDAH TENTU MUSIBAH LAMA TERJADI.
ANDAI KEZALIMAN DAN KEPERITAN HIDUP BERTERUSAN DI SINI, KAMI JUGA AKAN SAMA MENYERTAI, 
ANDAI MENCARI SESUAP NASI AMAT SUKAR, HIDUP PENUH KEPERITAN, KEBAHAGIAAN HIDUP LANGSUNG TIDAK DIMILIKI, KAMI AKAN SAMA BANGUN MENENTANG SEPERTI DI MESIR,
ANDAI PEMIMPIN NEGARA MENINDAS UMAT, MENGHALANG IBADAH, MENGHARAM AZAN, KAMI AKAN BERSAMA MENGANGKAT SENJATA FISIBILILLAH!


TAPI...
IA SEMUA TIDAK BERLAKU SAUDARA...
IA ADALAH MAINAN POLITIK MEREKA YANG INGIN MENGHANCURKAN KITA..


APA YANG SAUDARA INGIN SANDARKAN PERJUANGAN ITU?
ALLAH SENDIRI MEMBERI TANDA TIDAK MERESTUI, 
SETIAP KALI SAUDARA BERSOLAT HAJAT MEMENUHI STADIUM, SETIAP KALI JUGA BANYAK ISU BARU YANG TERKELUAR DENGAN SENDIRI. 
PERNAHKAH ALLAH MEMAKBULKAN DOA HAJAT SAUDARA SEMUA SELAMA INI?
JIKA UNTUK MEMUSNAHKAN SESAMA UMAT, DOA MENJADI BALA DIRI SENDIRI.


SAUDARA..
SIMPAN SAHAJA SEMANGAT JIHAD ITU..
ATAU SERAHKAN SAHAJA JIWA JIHAD ITU MELAWAN ISRA3L LAKNATULLAH


SAUDARA....
KEMATIAN SAUDARA TIDAK BERBALOI...
BUKAN UNTUK NEGARA TAPI UNTUK MEREKA...
AMBIGA PEGUAM YANG MENUNTUT KEADILAN MURTADNYA LINA JOY..
DAP YANG BIJAK BERMAIN KATA, TAPI SEMAKIN HARI SEMAKIN LICIK MENGGUNA AGAMA..
PAS YANG KINI SEMAKIN HILANG JATI DIRI ULAMA NYA...
PKR YANG MEMPERJUANGKAN ANWAR IBRAHIM SEMATA-MATA..


JIKA SAUDARA MATI...
NANTI SAUDARA AKAN DITANYA ALLAH...ADAKAH SAUDARA BERSEDIA..
MENCARI BUKTI BAHAWA MATI SAUDARA KERANA AGAMA?
ATAU KERANA MEMPERTAHANKAN MEREKA SI PENGKHIANAT BANGSA DAN NEGARA!

8 comments:

hafiz said...

terbaik bro...

xxxReFoRmasi said...

ni sajak balasnya:

Wahai beruk Mat yeh
pemetik kelapa kepada Tuan Syabu n Ambikang minachi...
melompat dan menjerit le kamu umpama beruk
yang disembur air belacan.

Konon nak tuntut bersih...
tapi sapa yg pengotor ni?
Konon negara tak Islam...
Sapa yang bangkang??
Sapa yang batal??
Konon ulamak muktabar...tapi otak letak celah ketiak lahanat singh.

Beruk la kamu wahai pengotor.
yang mengotorkan imej Islam
mengotorkan negara bangsa...

Pemimpin kamu...(layak ke memimpin?)
Khalwat, Zina, Liwat, Sumbat
Apa yang dia tak buat?
Mat Syabu?
Anuat Belalai?
Aduyai beruk2 sekalian...
Pikirlah bahawa kelapa yg kamu petik...air dan isinya untuk kuatkan lagi batang2 mereka

kekekekekeke...

Wake UP! said...

Salam. Kalau mampus sewaktu buat huru-hara dalam negara, takkan syahid punya.

Nak syahid sangat pi lawan Yahudi di Palestin tu! Awat? Takut mampus?

AJAI62 said...

Assalam Bro

Kalau dia nak mati katak, silakan... Perjuangannya yang sia-sia... Ingatlah keluarga anda yang memerlukan anda...

Anonymous said...

Katakan lah jadi jugak peristiwa 9 julai nie nanti.. masa kejadian tetiba dalam berasak ramai-ramai tue...tetiba jatuh kepala terantuk meter parking kete N terus kojolll... MATI SYAHIDD LA EKKK....!!!HAHAHA... BINGAI JUGAK EKKK..

Anonymous said...

Mereka dakwa pemimpin sekarang zalim & dikutuk Allah swt kerana rasuah

Tapii ...

Mereka pula mahu mengangkat pemimpin yang dilaknat Allah swt kerana meliwat & munifik akidah.

Manakah patut ku pilih? Pemimimpin yang zalim dibenci Allah atau pemimpin yang jahat dilaknat Allah?

Anonymous said...

Penyajak budak balun tu memang bingai @ bebal tak tentu pasal, kalau nak sangat mati syahid pergi palestin buat macam racheal corrie baru lah syahid, ni takde sajak macam nak gila takut bila nak pergi je tak bangun bangun sebab dah kojol dengan niat nak merusuh, adakah itu syahid? Aku rasa dia ni memang tak layak di panggil sebagai bapa suami anak dan seangkatan dengan nya sebab agenda pariah dengan si syiah yang dia nak perjuangkan. Sebab tu lah bebal tak sudah.

Anonymous said...

mmg dasar bodo gile babi bdk pr ni!!