SALAM...
DEMI UKHUWAH INI...KITA PERLU MENGENEPIKAN KEPENTINGAN DIRI DAN PERIBADI...DEMI MARUAH INI KITA PERLU BERSATU MEMEGANG PANJI AL-QURAN DAN SUNNAH NABI....
Kerana taksub pada parti politik..kita sanggup memaki hamun sesama Islam. Orang Islam kian lemah di bumi Malaysia ini. Orang kafir sudah mula mempersoalkan tentang hak-hak yang kita ada di negara tercinta ini. Orang PAS kata UMNO hanya memperjuangkan kaum melayu sahaja. Tidak seperti mereka yang memperjuangkan hak sama rata bagi semua bangsa kerana Islam tidak memandang kaum. Mungkin mereka lupa bahawa di Malaysia ini, orang Melayu itu adalah orang Islam.
Jadi jika benar UMNO hanya memperjuangkan hak kaum Melayu sahaja maka ia membawa makna PAS telah Mengakui bahawa hanya orang UMNO sahaja yang telah memperjuangkan hak orang-orang Islam di negara ini. Jadi, adakah berdosa di sisi agama kita untuk kita memperjuangkan hak kita orang Islam dan dalam masa yang sama kita tidak pula melakukan sebarang penindasan kepada orang bukan Islam.
Fikirlah secara waras saudara seislamku, siapakah yang sebenarnya pejuang kita? siapa yang sebenarnya mempertahankan hak kita sebagai orang Islam dan mengangkat martabat kita sebagai orang Islam? Pastinya UMNO yang telah diakui sekonyong-konyongnya oleh PAS bahawa UMNO hanya memperjuangkan nasib orang Melayu. Melayu dalam perlembagaan negara ini membawa makna automatiknya Islam.
Berbeza dengan PAS yang hanya melaungkan Islam dalam politiknya tetapi memperjuangkan bangsa lain dan kesamarataan kerana bagi mereka Melayu dan Islam itu adalah berbeza. Kerana kekeliruan ini maka sebahagian daripada pemimpin PAS sanggup melacurkan agama kita demi untuk menjaga hati ahli DAP. Sanggup memutar belitkan fakta, sanggup bersubahat menabur fitnah pada sesiapa sahaja hatta mufti Perak DS Harussani sendiri (yang ternyata bersifat neutral tanpa kepentingan diri dan politiknya).
Sanggup mengambil sebahagian cerita zaman nabi untuk menghalalkan perjuangan mereka, sanggup mengambil sebahagian ayat Quran dan hadis tanpa merujuk pada situasi dan keadaan mengapa ayat-ayat berkenaan diturunkan hanya kerana untuk memenuhi tuntutan nafsu serakah mereka untuk merasa berkuasa di negara tercinta ini. Mereka sanggup bersekongkol dengan DAP atas apa sahaja isu yang dibawa walaupun isu tersebut melukakan hati kita orang Islam.
Kerana ketaksuban mereka ini pada ikatan setia yang terpatri dengan parti komponen yang lain khususnya DAP, maka sanggup mereka membuta kan mata dan memekakkan telinga walaupun jauh disudut hati mereka pastinya turut rasa kelukaan hati kita saudara seislam mereka. Terlalu banyak helah bela diri dalam diri mereka ini sehigga yang buruk kelihatan baik yang cantik tersusun kelihatan sumbang di mata mereka.
Mengapa jadi begitu? Kenapa mereka sanggup membelakangkan prinsip yang telah berpuluh tahun dipegang dan menjadi tunggak rasa hormat yang tinggi kita terhadap mereka selama ini? Apa lagi yang kita ada bila ulamak-ulamak kita ini telah bersengkongkol dengan DAP yang memang sejak azali lagi kita kenali sebagai puak yang sangat taksub pada kaum nya sahaja? Apa lagi?
wahai ahli PAS betulkan lah jemaah kita yang terpesong ini sebelum kita mengajak kafir laknat menyertai jemaah kita ini kerana kita khuatir mereka menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan, racun dalam minuman yang secara perlahan-lahan akan meranapkan jemaah kita selamanya.
Bukankah lebih baik sekiranya PAS bersatu dengan UMNO dan membentuk jemaah yang kukuh untuk kita bersama mempertahankan agama kita dan hak kita di bumi kita ini.
Tepuk dada tanya iman...
No comments:
Post a Comment