RAKAN PEJUANG

13 June 2011

BLOGGER PEMBANGKANG ADA BUKTI, PKR YANG TELAH SEBARKAN VIDEO MAT SABU! (ADA TAMBAHAN MAKLUMAT)

SALAM....


SEKADAR PERKONGSIAN...


INI ADALAH ARTIKEL DARIPADA SEBUAH BLOG PEMBANGKANG YANG KATA-KATANYA PENUH DENGAN MAKIAN DAN CACIAN. BUSUK SUNGGUH BAU BAHASANYA TIDAK MELAMBANGKAN DIRINYA PEJUANG ISLAM (KONONNYA). 


APA YANG MENARIK ADALAH, INI MERUPAKAN BUKTI BAHAWA BERLAKU PERPECAHAN DALAM PAS. DAN SATU LAGI MEMBUKTIKAN BETAPA JAHATNYA PUAK ANWARINAS YANG SEDANG BERMAIN CATUR DALAM PAS. 


INI JUGA MEMBUKTIKAN BAHAWA PAS JUGA TIDAK KURANG HEBATNYA CAK KETING. NAMANYA PARTI ISLAM TAPI MEMALUKAN SUNGGUH! 


INI JUGA MENUNJUKKAN DAP DAN PKR JUGA MASING-MASING CUBA MENCARI KEKUATAN DENGAN MENJADIKAN PAS SEBAGAI PARTI YANG BOLEH DIPERGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK MEREKA. TUAN IBRAHIM PUJAAN ANWAR, MAT SABU PUJAAN GUAN ENG! 


TAPI MAT SABU JANGAN BIMBANG SEBAB DAP AKAN TOLONG PASTIKAN MAT SABU DILANTIK MENJADI PERDANA MENTERI BILA PUTRAJAYA DITAWAN (NAUZUBILLAH) OLEH MEREKA! SEBAB DI ANTARA GUAN ENG DAN ANWAR, TERNYATA PERCATURAN GUAN ENG LEBIH HEBAT SEBAB....ANWAR AKAN KEMBALI KE ISTANA ASALNYA DI SG. BULUH!!!!!


Mat Sabu Di Sabotaj oleh PKR dan PAS..????

>> ISNIN, JUN 13, 2011

Bro.... lu dah kena main laaaaa... dari PKR gua tak hairan beb... 
tapi dari PAS sendiri beb... tak wala' betul malaun tu... hahahaha....

Perghhh.... pening kepala jugak nak menaip n3 ini..., gua dalam dilema beb..., tetapi atas nama keadilan dan kejujuran perlu didedahkan juga, pedulikan apa tanggapan penyokong2 tegar dan totok kepada Parti dan individu terlibat, nak tuduh gua musang berbulu ayam, pengkhianat atau apa kejadah sekalipun... dipersilakan... apa ada hal...

Tetapi sebelum itu lu orang pi baca entry yang bertajuk "Matlamat Menghalalkan Cara - RPK", itu baru intro sahaja..., sekurangnya RPK masih masih menyimpan rahsia dan maklumat yang gua pegang hari ini juga tetap akan merahsiakan nama individu terbabit.

Menyorot kembali tulisan RPK tentang penyebaran gambar Zaid Ibrahim togok arak sewaktu PRK Hulu Selangor, hampir semua blogger PR menuding jari kepada umPORno, dan termasuklah gua sendiri.

Dengan itu gua mohon maaf pada semua puak2 umPORno kerana mengutuk/maki hamun lu orang, tetapi hanya untuk tajuk dan isu tersebut (gambar Zaid Ibrahim dengan arak). Selainnya tiada maaf bagimu kerana umPORno/barisan nasional tetap banyak dosanya dengan rakyat Malaysia, period.

Hari ini terbongkar bahawa gambar tersebut adalah perbuatan orang atasan PKR sendiri, memandangkan perkara tersebut telah lama berlalu maka gua tak mau kecoh2. Apa yang gua nak kecohkan sekarang ini adalah tentang penyebaran video seks Mat Sabu pula.

Video pertama (CD-1) di edarkan kepada para Perwakilan sebelum Muktamar PAS tempohari bagi mempengaruhi Perwakilan tidak mengundi Mat Sabu, projek tersebut gagal mencapai matlamat mereka, Mat Sabu tetap menang hahahaha.... terkedu puak2 UG... kah...kah...kah...

Maka di lancarkan Video Kedua (CD-2), untuk merosakkan imej Mat Sabu... kali ini siapa yang lantang bersuara berkaitan video kedua ini... hahahaha... beliau ialah pompuan atasan dalam PKR, lu orang carilah kenyataan akhbar pompuan ini yang menjadi pencacai tegar orang atas... atas.. atas... lagi dalam PKR.

INI PULA ANAK SUFI PETIK DARI KERATAN DALAM MALAYSIAN INSIDERS YANG BERTAJUK :


Fitnah seks: Musuh sengaja tembak peluru busuk, kata isteri Mat Sabu

......The Malaysian Insider membawa laporan pagi tadi memetik penganalisis politik meramalkan serangan video seks ke atas Mohamad, pemimpin kedua dari Pakatan Rakyat, akan memberi kesan buruk ke atas parti pesaing mereka.
Minggu lalu, Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin mendedahkan ada menerima satu VCD menerusi peti suratnya, yang tertera gambar Mohamad dengan kata-kata “Skandal Seks Mat Sabu”, dan satu kepala surat palsu bersama logo PAS selain risalah berkaitan video seks didakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemimpin-pemimpin PAS mendakwa Umno di belakang perkembangan terbaru itu.
Kata mereka, Umno kelihatan terdesak untuk menyerang PAS dan komponen Pakatan Rakyat susulan keputusan pemilihan pusat parti Islam itu.
Penganalisis politik James Chin dari Universiti Monash berkata, serangan terbaru menggunakan video seks tidak akan membawa impak sama sekali memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia sudah pun “penat” dengan taktik sedemikian.
“Strategi menjelang pilihan raya umum ialah ada kumpulan orang yang dibayar untuk menyerang Pakatan Rakyat,” katanya....

JELAS SEKALI YANG SELALU MEMBUAT FITNAH ADALAH PKR DAN PAS SENTIASA MENYOKONG MEREKA MENYEBARKAN FITNAH YANG BERGANTANG ITU!

1 comment:

Wake UP! said...

Biasalah tu tikam-menikam dalam politik.