SALAM....
HEBOH SEKARANG INI DIPERKATAKAN TENTANG BUDAYA FITNAH MEMFITNAH DALAM MASYARAKAT YANG SEDANG MEMBALUN AHLI-AHLI POLITIK NEGARA. SEINGAT ANAK SUFI, ISU FITNAH MEMFITNAH INI MULA MENDAPAT TEMPAT DI HATI AHLI POLITIK KITA SEJAK VIDEO SEKS YANG MENYERUPAI SEORANG PEMIMPIN PEMBANGKANG TERSEBAR DI INTERNET.
MASA TU LAH, PUAK-PUAK PEMBANGKANG KHUSUSNYA PENGIKUT PAS DAN PKR MELAKUKAN GERAKAN PENENTANGAN TERHADAP FITNAH. SEBELUM NI, MEREKA TIDAK PERNAH PEDULI PUN TENTANG FITNAH MEMFITNAH NI WALAUPUN SEBELUM NI BANYAK CERITA FITNAH YANG TERSEBAR DAN DISEBAR OLEH PUAK-PUAK MEREKA SENDIRI.
DULU SEBELUM KES LIWAT DAN ZINA SEORANG PEMIMPIN PEMBANGKANG INI MENJADI SEBUTAN DAN BUALAN, PUAK-PUAK PEMBANGKANG INI TIDAK KIRA LAH PAS ATAU PARTI LAIN ENAK MENGADUN CERITA, ALPA BERMAIN KATA, MENUDUH DAN MENGUTARAKAN PERIBADI DAN PERILAKU PEMIMPIN NEGARA SESEDAP RASA HINGGA TUN MAHATHIR DIGELAR FIRAUN OLEH MEREKA. ITU BUKAN FITNAH KATANYA, ITU HAKIKAT KERANA HAKIKAT ITU CIPTAAN MEREKA.
DITABUR FITNAH LAGI KONONNYA PEMIMPIN UMNO PENUH RASUAH, TIDAK ISLAM, KAFIR, JAHIL, DUNGU AGAMA, TIDAK LAYAK MEMIMPIN, MUNAFIK SEHINGGA NIK AZIZ DENGAN SELAMBANYA MENJANJIKAN BAYARAN LUMAYA UNTUK PENGUNDI PAS IAITU JAMINAN KE SYURGA. FITNAH TERUS BERMAHARAJA LELA BILA DITUDUH MASUK UMNO AKAN KE NERAKA.
FITNAH TERUS DIREKA OLEH PEMBANGKANG BILA MEREKA MENCIPTA CERITA KONONNYA SEMUA AGENSI KERAJAAN DIKAWAL OLEH PM. SEMUA TAK BOLEH PAKAI. DIUSUNG CERITA DUSTA BAHAWA SPRM MEMBUNUH BENG HOCK, DIUSUNG CERITA FITNAH BAHAWA MAHKAMAH TIDAK BEBAS, DIBAWA CERITA FITNAH PADA UTUSAN MALAYSIA, PADA PERKASA DAN SESIAPA SAHAJA YANG BERJUANG UNTUK MEMPERTAHANKAN AGAMA DAN BANGSA TAPI TIDAK SEALIRAN BERSAMA MEREKA.
FITNAH TERUS MENARI DAN MENARI DI HUJUNG PENA PENULIS POJOK AKHBAR RASMI PEMBANGKANG TERHADAP PEMIMPIN UMNO. YOU TUBE TENTANG KEGHAIRAHAN ANAK-ANAK MUDA MEREKA MEMUKUL TIN KOSONG BERPALU DI SEGENAP CERUK BAHAWA KERAJAAN INI ZALIM, KERAJAAN INI MENINDAS RAKYAT, KERAJAAN INI RASUAH, KERAJAAN INI MENGAMBIL HAK RAKYAT DAN SEBAGAINYA.
HAKIKATNYA, LIHAT LAH DI SEKITAR KITA, ADA KAH DI ANTARA KITA MATI KEBULURAN? ADAKAH DI ANTARA KITA TIDAK DAPAT GAJI? ADAKAH DI ANTARA KITA TIDAK DAPAT MEMBERI PENDIDIKAN PADA ANAK-ANAK KITA? ADAKAH KITA SUKAR NAK MENUNAIKAN IBADAH? ADAKAH SEGALANYA DISEKAT? ADA? ADA?
ITU SEMUA FITNAH! YA FITNAH PEMBANGKANG TERHADAP KERAJAAN YANG SEDIA ADA. UMNO INI LAH YANG MENJADI TUNJANG BERMARUAHNYA BANGSA KITA. UMNO INI LAH YANG MENJADI PAYUNG BERKEMBANGNYA AGAMA ISLAM DI NEGARA INI. HARAPKAN PEMBANGKANG UMPAMA PAGAR MAKAN PADI!
ISLAM BUKAN HANYA PADA PAKAIAN, BUKAN SEKADAR PADA KATA-KATA, TAPI PADA HATI DAN BUDINYA. PADA PERLAKUAN DAN TERTIB BERBICARA. PADA ROH DAN JIWA MEMARTABATKAN BANGSA DAN AGAMA.
SIAPAKAH YANG LEBIH BANYAK MENABUR FITNAH SEBENARNYA? SIAPAKAH YANG MENGAUT KEUNTUNGAN DI SEBALIK FITNAH YANG BERTEBARAN INI? UMNO? PAS? ATAU DAP?
No comments:
Post a Comment