RAKAN PEJUANG

01 July 2011

UMAT ISLAM SEDANG NAZAK DI NEGARA INI?

SALAM..


INILAH PADAHNYA BILA KITA BERPECAH. INILAH PADAHNYA BILA MELAYU LUPA DIRI! INILAH PADAHNYA BILA NEGARA YANG AMAN DIBERI KEBENARAN OLEH BANGSA MELAYU SENDIRI UNTUK TURUT SAMA MENGKUCAR KACIRKANNYA. INI LAH PADAHNYA. 



HASILNYA, SEMUA ANASIR JAHAT DAN ANASIR YANG PERNAH MEMBUATKAN RAKYAT HIDUP MENDERITA, BERTINDAK KEJAM SATU MASA DULU CUBA DIBAWA MASUK KEMBALI. DAP DENGAN PERJUANGAN RASISNYA. PENGARUH KECINAAN YANG SANGAT MENEBAL TELAH MENJADI BUSUNG DALAM HUBUNGAN KAUM. 


KINI PARTI SOSIALIS MALAYSIA MULA MENONJOL DIRI. MEREKA CUBA MENUKAR SEJARAH. MEREKA MAHU MENGANGKAT PARTI BERHALUAN KIRI TERMASUK PARTI KOMUNIS MALAYSIA SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN. ANAK SUFI YAKIN ANAK MUDA KITA AKAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN DAKYAH JAHAT MEREKA.

INILAH YANG KITA BIMBANGKAN. PERPECAHAN UMMAH YANG MEMBAWA KEPADA KEHANCURAN UMAT ISLAM ITU SENDIRI. BILA KITA LEMAH, PELBAGAI ANASIR AKAN DATANG MEROSAKKAN TERUS KITA. SYAITAN TIDAK PERNAH LUPA PADA JANJINYA YANG AKAN MENYESATKAN KITA DI DUNIA NI.FIRMAN ALLAH:

Surah Al A'raf Ayat 16-17 yang bermaksud, "Iblis berkata, oleh kerana engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) sesungguhnya aku akan bersungguh sungguh menghalang mereka (daripada)  jalan Mu yang lurus.Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka.(Sehingga) Engkau tidak akan dapati kebanyakkan mereka bersyukur".

 MEREKA LUPA UNTUK BERSYUKUR BETAPA KEMAKMURAN NEGARA DAN KEHIDUPAN YANG TENANG YANG DIBERI ALLAH INI SANGAT BERNILAI. NAMUN, KITA SENDIRI YANG MEROSAKKANYA. 

MALANG SEKALI ADA DI ANTARA PEMBANGKANG YANG BERAGAMA ISLAM DAN MENYATAKAN LEBIH ISLAM DARIPADA ORANG ISLAM YANG LAIN MENYOKONG PSM. MALAHAN MEREKA TURUT MENGATAKAN TIDAK ADA SALAHNYA PARTI SOSIALIS INI. YANG SALAH DAN ZALIM ADALAH PEMERINTAH YANG ADA. 

SIAPAKAH YANG ZALIM SEBENARNYA SAUDARA? KERAJAAN YANG ZALIM ATAU KITA SENDIRI YANG MENZALIMI DIRI KITA?

INI ADALAH PETIKAN DALAM LAMAN WEB PARTI SOSIALIS MALAYSIA YANG ANAK SUFI TITIPKAN BUAT RENUNGAN SEMUA.

..PSM merasa lucu bahawa Pemerintah cuba mengaitkan PSM dengan Komunis dengan terjumpanya beberapa baju T-shirt dan bahan-bahan yang mempunyai imej pemimpin komunis. Untuk makluman Polis, ini adalah skrip zaman perang dingin dimana hari ini, semua bahan ini boleh didapati dipasaran dan dijual secara umum tanpa sebarang sekatan. Selain itu, Kerajaan Malaysia juga mempunyai hubungan politik dengan Parti Komunsi Cina, Vietnam, Cuba dan lain-lain.


Selain daripada itu, Kerajaan Malaysia juga telah menandatangani perjanjian damai dengan PKM pada tahun 1989 dan pemimpin-pemimpin komunis kanan seperti Rashid Maidin, Suriani dan Abdullah CD juga telah diperkenan dengan DYMM Sultan Azlan Shah. Oleh yang demikian,  cubaan terdesak polis membawa balik bogey "Komunis" dalam zaman paska perang dingin adalah satu cubaan terdesak rejim UMNO-BN untuk terus berkuasa dengan cara menakutkan rakyat dan sekali gus mencari peluang untuk menggunakan ISA.

PSM adalah sebuah parti berdaftar yang menjalankan aktiviti secara sah dan ini memang diketahui umum. PSM juga mengiktiraf sumbangan parti-parti kiri sebelumnya yang telah menyumbang kepada kemerdekaan Negara seperti PKMM, API, AWAS, dan PKM. Cubaan polis yang sering melabel parti-parti lain sebagai agen PKM adalah satu taktik lama dan sudah basi.

SEDARLAH WAHAI UMAT ISLAM, MEREKA SEMAKIN BERANI KERANA KELEMAHAN KITA SENDIRI! MEREKA BERANI KERANA PERTELINGKAHAN KITA SENDIRI! SIAPAKAH YANG BERSALAH? ANAK SUFI TIDAK TERAGAK MENYATAKAN INDIVIDU TERSEBUT ADALAH NIK AZIZ YANG MENGHALALKAN PERPECAHAN DAN NUAR BRAHIM YANG TERLALU LAHAP MENJADI PM HINGGA SANGGUP MENGKHIANATI BANGSA DAN AGAMANYA!

1 comment:

Anonymous said...

PEMIMPIN YANG MEROSAKKAN UMAT ISLAM INI LAH MENJADI PENGHUNI NERAKA.