DR. ASRI ADALAH MERUPAKAN SEORANG AHLI AGAMA YANG ANAK SUFI KAGUMI HINGGA KINI. PEMIKIRANNYA AGAK FLEKSIBEL DAN TIDAK MENYUSAHKAN KITA UMAT ISLAM UNTUK MEMAHAMI AJARAN ISLAM YANG INDAH INI. NAMUN, SEJAK BELIAU DITANGKAP, ANAK SUFI DAPAT MELIHAT PERUBAHAN YANG KETARA PEMIKIRAN BELIAU. SEMASA BELIAU MENJADI MUFTI, BELIAU BERSIFAT NEUTRAL DAN PRAKTIKAL,
KINI BILA BELIAU TELAH DITANGKAP 2009 DULU, PEMIKIRAN BELIAU SEMAKIN CONDONG KEPADA POLITIK PEMBANGKANG. SEHINGGA BELIAU SEOLAH MERESTUI KEMUSNAHAN AKIBAT DARIPADA KERAKUSAN MEREKA YANG INGIN MERAMPAS KUASA. ADAKAH KERANA DR. ASRI BERDENDAM ATAS PENANGKAPAN BELIAU? ATAU DR. ASRI RASA TERANCAM? DI MANAKAH SILAPNYA?
ANAK SUFI BAWAKAN KEMBALI KRONOLOGI PENANGKAPAN DR. ASRI PADA TAHUN 2009. MOHON IZIN BLOG AQIDATUL AHLIL HAQ
Sunday, November 1, 2009
ASRI DITANGKAP JAIS
Akta 559-560-561 yang digunapakai di seluruh ngara atas nama sultan sebagi ketua agama negeri memperuntukkan Kesalahan Mengajar Agama Tanpa Tauliah adalah satu kesalahan. Jika disabitkan kesalah boleh dikenakan dengan RM5000 @ 2 tahun penjara @ kedua-duanya sekali. Anda boleh bayar @ berada dipenjara seketika. Tetapi penangkapan ini memberi petunjuk bahawa anda seorang ustaz yang melanggar undang2 pihak autoriti agama.
Banyakkan bersabar, ada hikmahnya tu.
KRONOLOGI TANGKAPAN
Kira kira jam 10mlm tadi saya diberitahu seseorang bahawa pihak JAIS sedang mengawasi satu ceramah yang diadakan di rumah persendirian no: 2, lorong 2C, Tmn Sri Ukay. Ceramah yang disampaikan oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin @ Abdul Talib itu dibuat atas permintaan pengikut-pengikutnya yang berasaskan kepada metodologi kaum muda atau golongan salafi. Ceramah ini dibuat dirumah persendirian memandangkan Dr Asri tidak lagi dibenarkan menyampaikan ceramah di surau al-Mujahirin ekoran ceramahnya yang kontroversi dan dibantah AJK Masjid serta sebahagian penduduk. Lalu aktiviti ceramah berkenaan dibuat di dalam rumah pengikut beliau yang loaded dengan bilangan hadirin melebihi 50 orang. Lazimnya, penganjur perlu mendapatkan permit polis. Tetapi tidak berbuat demikian. Dan Dr asri pula memang dikenali dengan penceramah yang tidak memiliki tauliah di sekitar Selangor dan Wilayah. Justeru, tindakan JAIS mempunyai justifikasi yang jelas.
Sumber terdekat memberitahu tuan blog bahawa pihak penguatkuasa JAIS telah dimaklumkan lebih awal tentang kuliah Dr Asri. Kelibat para pegawai penguatkuasa JAIS mula kelihatan sejak jam 8 malam lagi. Namun sebahagiannya berada diluar luar lokasi serbuan. Dan sebahagian pula masuk untuk mengikuti ceramah al-Fadhil Dr Asri. Lalu beliau berceramah panjang lebar dengan penuh bersemangat tanpa menyedari kehadiran penguatkuasa berkenaan. Memandangkan ramai audien yang hadir dan dikhuatiri menganggu operasi, maka pihak JAIS menunggu sehingga tamat sesi ceramah. Serta memohon bantuan balai polis Ampang untuk tampil membantu mengawal keadaan. Akhirnya, tibalah sepasukan polis dengan 11 buah kenderaan rasmi ke lokasi ceramah berkenaan.
Setelah tamat sesi ceramah, salah seorang pegawai JAIS tampil memperkenalkan diri dan meminta Dr Asri menunjukkan tauliah atau permit ceramahnya. Beliau kelihatan pucat.. terkejut dan gagal menunjukkan sebarang dokumen. Keadaan menjadi gawat seketika dengan campurtangan pengikutnya. Tetapi dapat ditenangkan dengan kehadiran pegawai polis. Akhirnya, Dr asri didapati bersalah kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah. Apabila beliau hendak dibawa keluar dari lokasi ceramah, maka para pengikutnya mula bersikap agresif seakan-akan mahu menahan penjawat awam dari menjalankan tugas. Hasilnya, berlaku perbincangan yang panjang lebar antara pegawai penguatkuasa, Dr Asri, Pegawai polis, tuan rumah, seorang YB PKR dan individu yang dikatakan peguam syar'ie. Sehingga jam 12mlm tadi, barulah Dr Asri dapat di bawa keluar dengan van JAIS dan diiringi kereta peronda polis menuju ke balai Ampang untuk diambil keterangan selanjutnya. Wajah tuan doktor kelihatan merah padam. Sewaktu beliau dibawa keluar, terdengar suara anak didiknya (anak tuan rumah) memekik kepada penduduk tempatan : "Haa..baru puas hati korang ya..." - tanda wujudnya murid fanatik hasil didikan sang guru.
Bagi saya, JAIS telah bertindak tepat dalam hal ini berdasarkan peruntukan undang2 yang sedia ada. Sesiapapun patut ditahan dan didakwa jika mengajar agama tanpa tauliah walaupun individu berkenaan bertaraf profesor mahupun Doktor Phd. Hal ini penting bagi menjamin keharmonian fahaman dan amalan agama di Malaysia. Jangan biarkan urusan agama kita mudah diperkotak-katikkan oleh mana-mana individu atau kumpulan tertentu. Apatah lagi, jika kumpulan berkenaan kerapkali menghuru-harakan fahaman dan pegangan umat Islam dengan fahaman wahhabi, syiah, liberal atau fahaman sesat di negara ini. Kumpulan ini perlu diajar. Dan tindakan undang2 adalah ajaran terbaik kepada mereka.
Suka diingatkan bahawa sesiapa sahaja yang bersikap ekstrem daan melampaui batas memang wajar di hukum. Jangan ingat urusan agama di negara kita ini tidak bertuan. Jangan ingat anda bebas memanipulasi agama secukup rasa dan mencetuskan ketegangan agama di negara ini. Penangkapan ini membuktikan kepada kita bahawa pemikiran Dr asri adalah banyak mencetuskan kerancuan kepada ummat ini. Mudah-mudahan apa yang berlaku benar2 menjadi pengajaran kepada beliau untuk menjadi seorang yang beradab. Membolehkan beliau lebih berhati-hati menulis, menyampaikan ceramah dan adil dalam mengkritik golongan yang tak sependapat dengannya. Insaflah wahai mereka yang cuba menghuru-hara agama. Kembalilah ke pangkal jalan. Marilah kita berjalan menuju Allah SWT.
CATATAN: USTAZ ZAMIHAN AL-GHARI
MOHON SAHABAT SEMUA TIDAK MENGGUNAKAN KATA KESAT KEPADA AL-FADHIL USTAZ DR. ASRI YANG MASIH KITA SAYANGI. JIKA ADA PANDANGAN UNTUK BELIAU, NYATAKAN SECARA BERHEMAH. BIAR USTAZ INI TAHU BAHAWA KITA PENDOKONG KERAJAAN ORANG YANG LEBIH MULIA DARIPADA PENYOKONG PEMBANGKANG YANG HANYA TAHU MAKI HAMUN DAN FITNAH SEMATA. SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN BELIAU PETUNJUK UNTUK MENILAI MATA KACA DAN MANA PERMATA. INSYAALLAH...
MOHON SAHABAT SEMUA TIDAK MENGGUNAKAN KATA KESAT KEPADA AL-FADHIL USTAZ DR. ASRI YANG MASIH KITA SAYANGI. JIKA ADA PANDANGAN UNTUK BELIAU, NYATAKAN SECARA BERHEMAH. BIAR USTAZ INI TAHU BAHAWA KITA PENDOKONG KERAJAAN ORANG YANG LEBIH MULIA DARIPADA PENYOKONG PEMBANGKANG YANG HANYA TAHU MAKI HAMUN DAN FITNAH SEMATA. SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN BELIAU PETUNJUK UNTUK MENILAI MATA KACA DAN MANA PERMATA. INSYAALLAH...
4 comments:
salam,
agama bukanlah hak milik mana2 individu ataupun JAIS mahupun JAKIM.
sistem kepaderian telahpun wujud dalam pentadbiran agama Islam di mana yg layak bercakap hanyalah mereka yang ada tauliah.
malah sekiranya tiada tauliah atau sefahaman dgn mahzab yang dianuti, akan dituduh sesat mahupun zindiq.
agama Islam dihantui dengan ketakutan dgn bayang2 sendiri. malah, tiada lagi sifat kasih sayang bermuzakarah malah hanyalah berkisar tentang fatwa haram halal, sesat tak sesat.
beginilah, tidak hairanlah dunia Islam amnya tidak dapat melahirkan saintis mahupun pemenang hadiah Nobel kerana dipimpin oleh mereka2 yg mendakwa merekalah yang benar dan yang lain semuanya salah.
sila pergi ke Mekah,jdlah makmum di belakang imam yang bermahzab Wahabi. serta pakailah takliq agar tidak terbatal wuduk.
sekiranya Syiah Iran menuruti jejak langkah "ulamak2 benar" di Malaysia, maka habislah didakwa dan dipenjara golongan ASWJ.
Islam tiada mazhab. Tuhan tiada mazhab, nabi dan rasul tiada mazhab. kita berpecah kerana mazhab. demi manipulasi akhirat utk kepentingan duniawi sesetengah org.
Islam agama progresif dan maju ke depan, bukan mundur dan mandul mindanya.
saya tidak menyokong asri atau JAKIM. ini pendapat peribadi saya.
p/s: sekiranya saudara menghentam pendapat saya, ternyatalah Islam tidak membenarkan perbezaan pendapat dan bersifat mengkongkong para penganutnya daripada berfikir.
terima kasih.
salam.
anon dik anon
undang2 yang ada berkenaan tauliah untuk berceramah atau mengajar agama diwujudkan bagi mencegah kegiatan menyebarkan ajaran sesat dari berlaku.mereka yang menentang undang2 ini seharusnya melihatnya dalam konteks ini dan tidak terbawa2 dengan emosi.seandainya keperluan mematuhi dan menghormati undang2 dipandang remeh,apakah layak untuk seseorang itu mengajar orang lain untuk mematuhi undang2 tuhan atau sesama manusia.
aku tak tau sangat pasal wahabbi ni tp org ckp wahabbi ni memang pandai sorok kuku, bila dah berkuasa silap hari bulan kaabah pun nak diruntuhkan.
Dr Asri mula berubah bila kes tangkapan 2009, sejak dari itu beliau sedikit hilang gaya intelektualnya. komen2 yg dibuat spt separuh masak dan selalu berlaku permainan tarik tali dgn Kerajaan, apa tujuan? tak pasti cuma apa yg pasti manusia tak sempurna jd berhati-hatilah dijalan raya dan majulah sukan utk negara.
nasib baik saudara Astora Jabat tidak lagi aktif dlm politik di Malaysia ni kalau tidak masak juga Dr. maklumla semenjak dua menjak ni banyak juga nampaknya bola tanggung yg diberikan Dr.
.. Emm.. Dr Asri boleh dikritik ke? ce cuba..ce cuba...
Post a Comment