SALAM.....
TAHNIAH LAH KEPADA KEPIMPINAN DS NAJIB YANG TELAH MENGAMBIL KIRA KEPENTINGAN RAKYAT UNTUK MENGEKALKAN SUBSIDI MINYAK YANG MENELAN BELANJA RM20 BILION. BUKAN SIKIT HARGANYA. SEPERTI KATA DS ISMAIL SABRI, KENAIKAN INI MENGAKIBATKAN BEBERAPA PROJEK KERAJAAN TIDAK DAPAT DIJALANKAN. PENAMPUNGAN SUBSIDI YANG BESAR INI MUNGKIN MENYEBABKAN KERAJAAN TERPAKSA MENGURANGKAN PEMBANGUNAN FIZIKAL YANG LAIN SEPERTI SEKOLAH DAN HOSPITAL YANG SEPATUTNYA DIBINA BAGI KEMUDAHAN RAKYAT.
NAMUN, GABENOR BANK NEGARA JUGA TELAH MENGAKUI BAHAWA DENGAN TINDAKAN KERAJAAN TIDAK MENAIKKAN HARGA MINYAK, MAKA IA TELAH MEMBENDUNG MASALAH INFLASI. MINYAK DAN GAS TERMASUK KEPERLUAN ASAS RAKYAT. KENAIKAN HARGA MINYAK AKAN TURUT MENAIKKAN HARGA BARANG.
AS BERSAMA SELURUH RAKYAT MALAYSIA DI NEGARA INI MELETAKKAN KEYAKINAN YANG SANGAT TINGGI PADA KEPIMPINAN DS NAJIB TUN RAZAK UNTUK MENGGUNAKAN PELBAGAI ALTERNATIF YANG ADA TERMASUK MENAIKKAN CUKAI MANA-MANA BARANG MEWAH, ROKOK ATAU APA SAHAJA YANG MAMPU UNTUK MENGURANGKAN BEBANAN SUBSIDI PETROL DAN SETERUSNYA MENGEKALKAN HARGA RON 95 INI DI TAHAP SEKARANG WALAU APAPUN YANG BERLAKU.
KENAIKAN HARGA PETROL UMPAMA PECUTAN ATAU LONJAKAN YANG AKAN MENAIKKAN HARGA MAKANAN DAN PERKHIDMATAN. WALAU IA AMAT PAYAH DAN SUKAR UNTUK DIBENDUNG KERANA KENAIKAN HARGA GLOBAL, NAMUN AS YAKIN IA DAPAT DIATASI DENGAN MENGGUNAKAN KEBIJAKSANAAN KERAJAAN.
KERAJAAN DI BAWAH PIMPINAN DS NAJIB SENTIASA PRIHATIN TERHADAP RAKYAT. PENDEKATAN DS NAJIB DALAM MENDEKATI HATI RAKYAT SEWAJARNYA MENJADI BENCH MARK ATAU PENANDA ARAS SELURUH PEMIMPIN UMNO TIDAK KIRA CAWANGAN, BAHAGIAN ATAU PUSAT. MENDEKATI JIWA RAKYAT BUKAN SEKADAR MEMBERI NAMUN PERLU MERENDAH DIRI DAN JUJUR SERTA BERINTEGRITI PEMIMPIN.
No comments:
Post a Comment