RAKAN PEJUANG

27 May 2011

MAT SABU CALON TIMBALAN PRESIDEN KEGEMARAN DAP?

SALAM...
  PEMILIHAN PEMIMPIN TERTINGGI DALAM MUKTAMAR TAHUNAN PAS KE-57 INI AKAN MEMPERLIHATKAN PERSAINGAN ANTARA PUAK ANWARISME DENGAN KEPIMPINAN ULAMA. SUNGGUHPUN DEMIKIAN, DALAM KEPIMPINAN ULAMA SENDIRI, TERDAPAT INDIVIDU YANG CONDONG PADA DAP. 

SALAH SEORANG DARIPADANYA ADALAH CALON TIMBALAN PRESIDEN PAS IAITU MOHAMAD SABU. MUNGKIN RAMAI YANG TIDAK TAHU BAHAWA MOHAMAD SABU MERUPAKAN SAHABAT BAIK GUAN ENG SEMASA SAMA-SAMA DALAM TAHANAN ISA DULU. 

KETIKA INILAH GUAN ENG TELAH BERJAYA MENJUAL DIRINYA SUPAYA KELIHATAN BERSIH, ALIM DAN MULIA DI MATA MOHAMAD SABU. MALAHAN MOHAMAD SABU BEGITU MENGANGKAT DAN MEMULIAKAN PERILAKU GUAN ENG MELALUI PENULISANNYA DALAM SEBUAH BUKU YANG MENCERITAKAN KEHEBATAN GUAN ENG (AS SENGAJA TIDAK MAHU MENULIS TAJUK BUKU TERSEBUT KERANA TIDAK MAHU MEMBERIKAN PUBLISITI PERCUMA KEPADA BUKU TERSEBUT).

 DALAM KONTEKS PEMILIHAN PARTI PAS YANG AKAN BERLANGSUNG NANTI, MAT SABU DIKATAKAN SEBAGAI CALON TIMBALAN PRESIDEN YANG DIGEMARI OLEH DAP SELAIN DARIPADA TUAN IBRAHIM YANG LEBIH MENJADI FAVOURISME DI KALANGAN PENYOKONG ANWARISME.


APAPUN, SEPERTI PENULISAN ANAK SUFI SEBELUM INI, PEMILIHAN KEPIMPINAN DALAM MUKTAMAR PAS KALI INI AKAN MEMBUKTIKAN BERLAKUNYA PEREBUTAN KUASA DALAM PARTI POLITIK PAS YANG TELAH DIRESAPI OLEH PUAK ANWARISME DAN DAP!

KESIMPULANNYA, PARTI PAS TIDAK PERLU GAH SEBAGAI PARTI SYURGA SEPERTI YANG SELALU DICANANGKAN KERANA TERNYATA PARTI INI HANYALAH TERBUKTI SEBAGAI PARTI POLITIK YANG HANYA MEMFOKUSKAN KUASA TAPI BUKAN KEPENTINGAN AGAMA ISLAM SELURUHNYA. 

No comments: