RAKAN PEJUANG

19 May 2011

BENARKAH UMNO DAH SEMAKIN BEKU ?

SALAM...


ANAK SUFI TERTARIK DENGAN PENULISAN DANKUALA YANG MEMBAWA ISU KURANGNYA KEPRIHATINAN UMNO TERHADAP HARI-HARI PENTING GOLONGAN TERTENTU SEPERTI HARI GURU, HARI IBU, HARI JURURAWAT DAN SEBAGAINYA. TIDAK SEPERTI PUAK PEMBANGKANG YANG SUKA MENGHABISKAN WANG BERJUTA RINGGIT UNTUK MENAIKKAN BANNER DI TEPI-TEPI JALAN, UMNO BN TIDAK MEMANDANG IANYA SEBAGAI SATU KEPERLUAN.



MENGAPA PEMBANGKANG DI SELANGOR BERMATIAN NAK MEMBUAT PAPAN TANDA BAGI MENENTANG ISA? MENGAPA SEKARANG INI, PUAK PEMBANGKANG SANGAT AKTIF MENGANJURKAN CERAMAH-CERAMAH AGAMA YANG DISULAMI AGENDA MEMPERLEKEHKAN KERAJAAN DAN KAIN RENTANG MEREKA BERSILIH GANTI TERGANTUNG DI MERATA-RATA JALAN? 


ANAK SUFI SELALU PERHATIKAN KEADAAN INI. CUKUPKAH KITA BERPERANG PSIKOLOGI MELALUI TELEVISYEN SEMATA-MATA? CUKUPKAH BERITA YANG DISIARKAN OLEH TV1 ATAU TV3 YANG TERMUAT HANYA 5 MINIT ITU MEMBERIKAN PENJELASAN KEPADA RAKYAT DAN SETERUSNYA MEYAKINKAN RAKYAT BETAPA JAHATNYA AGENDA DAP? CUKUPKAH DENGAN UTUSAN MALAYSIA SAHAJA YANG BERJUANG UNTUK PERTAHANKAN MARUAH KITA?


CUKUPKAH WAHAI PEMIMPIN UMNO? BERAPA RAMAI PEMIMPIN UMNO DI PERINGKAT BAHAGIAN YANG RAJIN MENGANJURKAN CERAMAH MEGA MENJEMPUT NAMA-NAMA BESAR POLITIK TANAH AIR UNTUK MENERANGKAN ISU-ISU BERBANGKIT? 


STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH PEMBANGKANG INI MEMANG MEMBUANG MASA DAN MEMBUANG DUIT RAKYAT! TAPI IA CUKUP BERBALOI UNTUK PEMBANGKANG BILA KATA-KATA MEREKA,. HUJAH PENIPUAN MEREKA, FITNAH MEREKA MASUK DALAM JIWA PARA PENDENGARNYA. DAN HASILNYA RAKYAT TERPEDAYA DENGAN HUJAH PEMBOHONGAN MEREKA!


KAIN RENTANG YANG BERGANTUNGAN DI MERATA-RATA BOLEH MEMBERIKAN KESAN PSIKOLOGI KEPADA RAKYAT! ITU YANG PERLU DIKETAHUI OLEH UMNO! PERJUANGAN BUKAN SEKADAR MEMBERI YANG TERBAIK TETAPI PERLU MAKLUMKAN PEMBERIAN ITU AGAR RAKYAT TAHU DAN NAMPAK APA YANG TELAH DIBERIKAN OLEH KERAJAAN/UMNO/BN DARI MASA KE SEMASA!


WALAUPUN ANAK SUFI YAKIN, UMNO TIDAK MAHU MEMBAZIR WANG RAKYAT UNTUK  MELAKUKAN AKTIVITI SEPERTI PEMBANGKANG, NAMUN DALAM MANA-MANA PERNIAGAAN SEKALIPUN, PENGIKLANAN ITU SANGAT PENTING. OLEH ITU, DAP MENGARAHKAN PAS DAN PKR MENGGUNAKAN KAEDAH PENGIKLANAN INI UNTUK MEMBANTU MENINGKATKAN  PENGARUH MEREKA! OLEH ITU, JANGAN LAH KITA BERKIRA UNTUK MELAKUKAN PENGIKLANAN KERANA IA SANGAT PENTING UNTUK MENUNJUKKAN KEPADA RAKYAT BETAPA KERAJAAN BN TELAH MELAKUKAN SEGALANYA UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT!


KEPADA PEMIMPIN CAWANGAN DAN BAHAGIAN UMNO, DEKATILAH JIWA RAKYAT - INGATILAH SETIAP HARI-HARI PENTING YANG DIRAIKAN SETIAP TAHUN UNTUK RAKYAT AGAR IA MEMBERI KESAN KASIH SAYANG DI HATI RAKYAT.


MEMETIK KATA DAN KUALA : 

UMNO beku. UMNO ghairah menganjurkan pelbagai program termasuk ceramah yang menyeronokkan diri sendiri.

Saya kemudiannya menjadi bimbang. UMNO semakin menjarakkan diri daripada rakyat. Saya sebenarnya keliru, adakah UMNO berasa bahawa ia akan terus dikasihi sedangkan hakikatnya rakyat mula terasa betapa UMNO semakin sepi.

2 comments:

Anak Jawa said...

pada pendapat SAJ,
UMNO masih berjuang cara lama. walaupun UMNO menginjak usia emas sekalipun, UMNO tidak boleh mengikut keuzuran yang sama seperti usianya. UMNO perlu relevan dan ikut perkembangan semasa dan bersaing bertubi2.

UjangRanggi said...

Baru menang dlm beberapa PRK, UMNO dah merasakan kedudukan mereka sangat selamat. Mula balik perangai lama..being ignorant, buat tak endah nak jaga hati rakyat. UMNO tak nampak agaknya kesungguhan pembangkang, asal ada lubang,akan cari jalan bodek hati rakyat. Tak kiralah ikhlas ke tidak, tp mereka buat rakyat celik mata. Banyak hal dah rakyat kecik hati. Contohnya baru-baru ni TPM being selective dlm mengumumkan insentif hari guru. Dua tiga hari sebelum hari guru bukan main gempak. Tiba2 pengumumannya menyedihkan dan mengecewakan lebih ramai guru.Dia fikir, adakah semua guru yang dpt insentif kenaikan pangkat tu akan menyokong kerajaan? Jangan haraplah. Tu belum campur guru yang kecewa. Tak perlu hasutan pembangkang, nampaknya UMNO sendiri doakan mereka lingkup. Tu puak guru, belum lagi penjawat awam lain yang putih mata akibat tindakan tidak bijak kerajaan.
Apalah nasib Melayu selepas PRU 13 nnt... Gua rasa...entahlahhh...