RAKAN PEJUANG

27 May 2011

BERPOLITIKLAH KERANA ALLAH BUKAN KERANA KUASA...

 Sekarang ini rakyat dah jelak dengan sikap kebanyakan ahli-ahli PR yang menuduh kerajaan zalim. Ahli-ahli Pas begitu angkuh sekali menggunakan jubah, ketayap, serban dan imej fizikal islamik mereka menghina pemimpin-pemimpin Islam UMNO dengan tujahan kata-kata zalim...zalim...zalim...

Apa sahaja yang kerajaan buat hatta untuk kebaikan rakyat pun dikatakan zalim. Pembentangan bajet 2011 baru-baru ni pun diperburukkan oleh puak-puak pembangkang dengan mencari sekelumit kecacatan (seperti tidak memberi bonus kepada kaki tangan kerajaan) dicelah-celah rimbunan kebaikan yang diumumkan perdana menteri.

Saban hari, bila kita membaca Harakah, helaian pertama mereka pastinya mencari kesalahan pemerintah dan kadang kala menabur fitnah dan meracuni pemikiran rakyat untuk menampakkan orang Islam (yang tidak mempartikan Islam sebagaimana PAS) sebagai pemerintah yang zalim. Mereka sanggup bersongkol dan mengiyakan kezaliman dan penindasan demi penindasan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng Laknatullah terhadap orang-orang Islam di Penang. Malahan Lim Guan Eng mendapat ruang bicara dalam Harakah. Harakah menjadi suara Lim Guan Eng dalam meneruskan misi mencaci pemimpin Islam yang sedang memerintah sekarang ini.
Sebagai contoh, Lim Guan Eng tanpa segan silu dan rasa bersalah menyalahkan kerajaan pusat kerana meluluskan lesen judi yang menyebabkan hasil judi mengalir ke dalam perbendaharaan Pulau Pinang. Kerajaan Pusat disalahkan kerana wang judi terpaksa juga digunakan untuk memberi warga emas sebanyak RM100 setahun. Punyalah bangsat jawapan Guan Eng ni penuh dengan niat yang sangat jahat. Kalau Guan Eng tu kafir satu-satunya akan masuk syurga mengikut syurga PAS, pastinya Guan Eng mempunyai kuasa untuk menghapuskan pusat-pusat judi dan pelacuran di Pulau Pinang tu dan menjadikan Pulau Pinang tu tempat suci dan sesuai dijadikan serambi Mekah kedua. Tidak ada sebab mengapa Guan Eng perlu menyalahkan kerajaan pusat kerana lesen judi. Yang berjudi pun bukan untuk orang Islam. Tak bagi lesen pun, judi jalan jugak untuk menampung tabung tertentu. DAP pasti lebih tahu hal ni..
Kadang kala kelihatan seperti PAS cuba menonjolkan imej DAP semulia imej PAS. Kerana itulah..mereka mengangkat Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng pemimpin DAP laknatullah ini sebagai sahabat akrab dan manusia kafir yang terbaik di dunia ni.

Allah berfirman dalam Surah Al-Imran ayat ke-38 yang bermaksud:
Janganlah orang-orang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi wali (teman yang akrab, pemimpin, pelindung atau penolong) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali kerana memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa-Nya). Dan hanya kepada Allah tempat kamu kembali.
 Oleh itu wahai ahli-ahli PAS (yang berkenaan) yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi perjuangannya kini sudah mula bertukar arah lebih kepada nafsu untuk berkuasa semata-mata tanpa memperdulikan nasib anak bangsa dan agama, ketahuilah bahawa berapa banyak surau yang diroboh oleh kerajaan pusat berbanding ribuan yang didirikan, berapa ramai orang papa yang hidup di malaysia ini berbanding dengan jutaan yang dibangunkan ekonomi mereka, berapa ramai yang rasa teraniaya (kerana kesilapan mereka sendiri) daripada jutaaan yang telah terbela oleh perjuangan UMNO dan BN selama ini? Siapakah yang zalim? Berpolitiklah kerana Allah bukan kerana kuasa....

No comments: