SALAM....
TRAGEDI YANG BERLAKU BARU-BARU INI SANGAT MENYAYAT HATI. RAMAI YANG MENANGISI PEMERGIAN ORANG YANG MEREKA SAYANGI. APAPUN, SATU PERKARA YANG ANAK SUFI MOHON KEPADA PIHAK BERKUASA, TOLONGLAH PANTAU RUMAH ANAK-ANAK YATIM YANG DIBINA TANPA KELULUSAN PIHAK BERWAJIB NI.
DI LEMBAH KLANG NI BANYAK TERDAPAT RUMAH ANAK-ANAK YATIM. DALAM BANYAK RUMAH ANAK YATIM INI, ADA YANG DIBUKA OLEH INDIVIDU YANG MEMPUNYAI AGEDA TERSEMBUNYI DI SEBALIKNYA. TIDAK KURANG JUGA MEREKA MENGGUNAKAN NAMA ANAK YATIM INI UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN DAN MENGKAYAKAN DIRI MEREKA SENDIRI.
MOHON PIHAK BERWAJIB TEMPATAN MAHUPUN PUSAT MENYIASAT TUAN PUNYA RUMAH ANAK-ANAK YATIM YANG DIDIRIKAN TANPA KELULUSAN PBT DAN TANPA PENGETAHUAN KEBAJIKAN MASYARAKAT. INI ADALAH UNTUK MEMPASTIKAN RUMAH-RUMAH ANAK YATIM YANG DIDIRIKAN DI NEGARA INI SELAMAT UNTUK DIJADIKAN PUSAT KEBAJIKAN TERSEBUT.
BERKENAAN DENGAN RUMAH ANAK YATIM AT-TAQWA YANG BARU SAHAJA DITIMPA BENCANA MENYAYAT HATI, ANAK SUFI MOHON PIHAK BERKUASA MENJALANKAN SIASATAN TERHADAP PEMILIK RUMAH ANAK YATIM TERSEBUT. MEMANG BENAR KATA DATUK SHARIZAT, RUMAH TERSEBUT TIDAK DIDAFTARKAN DI KEMENTERIAN BELIAU. RUMAH TERSEBUT DIBINA TANPA MENDAPAT KELULUSAN. CARILAH PEMILIK RUMAH TERSEBUT. SIASATLAH DIA. ITU SAHAJA YANG ANAK SUFI SARANKAN.
KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENYUMBANGKAN DERMA, SILA PERGI SENDIRI KE RUMAH MANGSA DAN SERAHKAN WANG TERSEBUT KEPADA AHLI KELUARGA MEREKA. INI KERANA ANAK SUFI BIMBANG, WANG DERMA TERSEBUT HANYA MENYENANGKAN INDIVIDU TERTENTU SAHAJA.
APAPUN, PERISTIWA MENYAYAT HATI INI DIHARAPKAN TIDAK AKAN BERLAKU LAGI KERANA KECUAIAN MANUSIA YANG MENGAMBIL MUDAH SOAL KESELAMATAN.SETIAP KEJADIAN ITU ADA PENYEBABNYA. SETIAP MUSIBAH YANG BERLAKU IA MENUNTUT KITA AGAR BERFIKIR UNTUK MEMPERBAIKI KEADAAN.
ANAK SUFI UCAPKAN TAKZIAH KEPADA SEMUA KELUARGA MANGSA. SEMOGA ROH MEREKA YANG TELAH PERGI MENJADI PENGHUNI SYURGA ALLAH S.W.T KERANA MEREKA ADALAH ANAK-ANAK YANG SUCI JIWANYA!
3 comments:
berfikir sebelum menuturkan kata-kata wahai anak sufi, tidak ada sejarah pemilik rumah anak yatim yang menjadi kaya, pernahkah kamu menziarahi rumah- rumah anak yatim? ,pernahkan kamu menghulurkan bantuan kewangan pada rumah anak yatim?. bercakap seolah -olah seperti org tidak ada iman. jangan jadi orang yang sesat lagi menyesatkan
saudara anonymous,
saya tidak membuat tuduhan melulu. yang membuat tuduhan melulu adalah saudara. saya suruh siasat kerana ada sebab. banyak rumah anak yatim yang berdaftar di malaysia ni. mereka yang perlu di bantu dan mereka benar2 anak orang susah. tapi ada di antara rumah persendirian yang tidak berdaftar begini mempunyai agenda tersendiri disebalik penubuhannya. siasat lah dulu.
belum layak kamu digelar anak sufi,
dari apa kamu post ini menunjukkan kamu masih jauh lagi perjalanan dlm hidup dan masih mentah.
melangkah dulu ke alam kebajikan anak-anak yatim ini, baru fikir byk kali sebelum post
Post a Comment