Blog ini dibina sebagai wadah luahan dan harapan hati insan-insan yang bimbang perlembagaan negara kita yang menjadi tunjang pemerintahan negara dicabuli dan dipinda oleh mereka yang terlalu lahap mendapat kuasa hingga tergamak menggadaikan hak kita, sanggup mencemar agama dan biadap terhadap institusi raja.
RAKAN PEJUANG
17 May 2011
TERUSKAN PERJUANGAN CIKGU! RESAH DAN KECEWA KAN JADI RACUN ILMU MU!
ANAK SUFI NAK UCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU-GURU YANG TELAH DIANGKAT MARTABATNYA OLEH PM DAN TPM. SYABAS DAN TAHNIAH DI ATAS KENAIKAN PANGKAT YANG SEMAKIN MUDAH INI. BAGI GURU-GURU YANG BERJAWATAN IA ADALAH MERUPAKAN BERITA YANG SANGAT MENGGEMBIRAKAN. NAMUN BAGI GURU-GURU BIASA, USAHLAH GUSAR. PERJALANAN KALIAN MASIH JAUH. NAMUN APA YANG PENTING PERJALANAN ITU ADA ARAH TUJUNYA.
KALAU DULU MUNGKIN SUKAR UNTUK MENJAWAT GRED TINGGI SEBAGAI SEORANG GURU, KINI GURU SEMAKIN DIHARGAI OLEH PEMIMPIN NEGARA. SEMOGA KENAIKAN PANGKAT YANG LEBIH MUDAH INI AKAN MENJADIKAN GURU-GURU SEMUA SEMAKIN BERKOBAR UNTUK MENCAPAI SASARAN KECEMERLANGAN BUKAN SAHAJA UNTUK DIRI SENDIRI TETAPI JUGA UNTUK ANAK DIDIK SEMUA.
WANG BUKANLAH SEGALANYA. MASA DEPAN NEGARA TERLETAK DI TANGAN ANDA SEMUA. ADAKAH SANGGUP CIKGU SEMUA MEROSAKKAN MASA DEPAN GENERASI KITA AKAN DATANG KERANA RESAH DAN RASA TIDAK PUAS HATI HANYA KERANA GAJI? SESUNGGUHNYA GANJARAN PAHALA ITU LEBIH BESAR DAN IA KEKAL SELAMANYA MENJADI PENEMAN KALIAN DI ALAM BARZAKH KELAK. INSYAALLAH!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment