RAKAN PEJUANG

10 November 2010

PKR GONCANG KERAN A ZAID IBRAHIM

PARTI KEADILAN RAKYAT SUDAH TIDAK ADIL LAGI KEPADA RAKYAT DAN PENYOKONGNYA. SATU PERSATU KELEMAHAN TADBIR URUS PEMIMPIN PKR TERBONGKAR. PEMBONGKARAN INI BUKAN DILAKUKAN OLEH MUSUH MEREKA TETAPI OLEH AHLI DALAMAN MEREKA SENDIRI.

ANTARA YANG PALING KUAT MEMBUKA PEKONG DAN NANAH PKR ADALAH ZAID IBRAHIM. KITA SEMUA TAHU BAHAWA ZAID IBRAHIM ADALAH SEORANG PEGUAM YANG TERHEBAT DI MALAYSIA DAN DENGAN KEHEBATANNYA INI, DIA MENGHARAPKAN AGAR DAPAT MEMEGANG JAWATAN KEDUA TERTINGGI DALAM PKR. MALANGNYA IMPIANNYA INI TIDAK KESAMPAIAN KERANA DIA SILAP PERCATURAN BERSAING DENGAN AZMIN ALI IAITU ORANG KUAT DAN KESAYANGAN ANWAR IBRAHIM. 

DI ATAS SOKONGAN ANWAR YANG NAMPAK JELAS UNTUK MENEMPATKAN AZMIN TERUS BERKUASA DALAM PKR, MAKA ZAID RASA DIKETEPIKAN DAN RASA DIANAK TIRIKAN. ZAID MENUDUH DIA DIZALIMI KERANA SOKONGAN AKAR UMBI TERHADAPNYA TIDAK DIZAHIRKAN OLEH ANWAR. KINI ZAID UMUMKAN DIA KELUAR PKR DAN MENGAJAK BERSAMA KAWAN-KAWANNYA MEMBUAT GESAAN AGAR ANWAR DAN AZMIN MELETAK JAWATAN DALAM PKR. 

ITULAH KALAU DAH MASUK DALAM PARTI ANAK BERANAK DAN KENGKAWAN. MALANGNYA ZAID SILAP PERCATURAN. DISANGKANYA PKR PARTI BERSIH, ANWAR ORANG SUFI NAMUN SEBALIKNYA. AKHIRNYA DIA TERPAKSA MELONCAT DARI SATU DAHAN KE SATU DAHAN YANG LAIN DI ATAS NAMA PERJUANGAN SEDANGKAN MUNGKIN KEKECEWAAN ITU KERANA TIDAK DAPAT KUASA SEBAGAIMANA YANG DIJANJIKAN OLEH ANWAR KEPADANYA.

KALAU IKUT LOGIK, TAKKANLAH ANWAR DAN AZMIN SANGGUP MELETAK JAWATAN UNTUK MEMBERI LALUAN PADA ZAHID MENGUASAI PARTI POLITIK YANG DIASAS OLEH MEREKA DENGAN BERSUSAH PAYAH. AKHIRNYA MUNGKIN AKAN KELUAR CERITA BEGINI:

ANWAR DAN AZMIN MENUDUH ZAID SEBAGAI TALI BARUT UMNO DI MANA KEDATANGAN ZAID KE DALAM PKR ADALAH SANDIWARA UNTUK MENJATUHKAN ANWAR.

PEKONG DAN KEBUSUKAN YANG DIJAJA OLEH ZAID INI MERUPAKAN ASET BAGI UMNO YANG DAPAT MENCALARKAN IMEJ ANWAR DI MATA PENYOKONG2NYA DAN AKHIRNYA AKAN MEMBAWA KEPADA KEHANCURAN PKR. BILA PKR HANCUR, SUKAR UNTUK PR MENANG DALAM PRU 13 NANTI. 

MAKA ANWAR AKAN MEMUKUL CANANG BAHAWA ZAID IBRAHIM ADALAH PETUALANG YANG SENGAJA MENCARI SALAHNYA DAN SENGAJA MASUK PKR UNTUK MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN PKR DAN KERJASAMA PR. 

TOHMAHAN ANWAR INI AKAN DITERIMA OLEH PENYOKONG2NYA YANG AKHIRNYA AKAN MENGANGKAT KEMBALI MARTABAT ANWAR IBRAHIM SEBAGAI MR CLEAN DAN SETERUSNYA SEMAKIN KUAT SOKONGAN YANG DITERIMA APABILA ZAID DITUDUH SEBAGAI PENGGANGGU YANG DIHANTAR OLEH UMNO. 

KEBENCIAN RAKYAT TERHADAP UMNO SEMAKIN MENEBAL TERUTAMA MEREKA YANG MENJADI PENGIKUT SETIA SESUMPAH ANWAR YANG SANGAT BERBAKAT DALAM MEMUTAR BELITKAN FAKTA DAN HEBAT MEMANIPULASI KEADAAN. 

NATIJAHNYA: 
1) UMNO AKAN TERUS DIPANDANG SERONG DAN HINA KERANA MENGGUNAKAN KAEDAH KOTOR UNTUK MENJATUHKAN SANG WIRA PUJAAN PENYOKONG PKR DAN PR IAITU ANWAR SESUMPAH. 

II) ANWAR MEMPUNYAI MODAL BARU UNTUK MEMBURUKKAN UMNO DAN MENGANGKAT DIRINYA SEBAGAI WALI SONGO YANG SANGAT BERSIH.

III) ANWAR DENGAN SENANG HATI BOLEH MENUKAR KELEMAHANNYA SEBAGAI PEMIMPIN YANG MEMILIH KRONI KEPADA PEMIMPIN YANG DIZALIMI OLEH ZAID YANG BERSEKONGKOL DENGAN PEMIMPIN UMNO UNTUK MENJATUHKANNYA.

IV) MEMBANTU MEMUDAHKAN ANWAR MENGALIHKAN KEBENCIAN AHLI PKR DARI MEMBENCI TINDAKANNYA YANG BERAT SEBELAH MEMILIH AZMIN KEPADA UMNO YANG DIKATAKAN MENJADI DALANG PERPECAHAN PKR.

HAKIKATNYA: 
1) ZAID MEMANG TERLALU INGINKAN JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN DALAM PKR.

2) ANWAR MEMANG NAK MENJADIKAN AZMIN ORANG KEDUA TERTINGGI DALAM PKR DAN SEMUA ORANG TAHU TENTANG ITU.

3) UMNO DAN BN TIDAK ADA KAITAN DAN TIDAK BERSEKONGKOL DENGAN ZAID IBRAHIM UNTUK MENJATUHKAN ANWAR.


4) UMNO SENDIRI PUN TIDAK SUDI MENERIMA ZAID KEMBALI KERANA MANUSIA SEBEGINI BOLEH MEMBAWA KEPADA KEMUSNAHAN DAN PERPECAHAN APABILA TIDAK TAHAN DIUJI DAN MUDAH MEMBUKA KEAIBAN SENDIRI.

APAPUN...SESUNGGUHNYA APA YANG BERLAKU DALAM PKR KINI ADALAH  MERUPAKAN PETUNJUK DARIPADA ALLAH BAHAWA ORANG YANG SUKA BERBOHONG DAN MEMFITNAH TIDAK MENDAPAT RESTU ALLAH. RAKYAT SUDAH MUAK DENGAN SIKAP PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG SERING MENUDING JARI KEPADA ORANG LAIN SEDANGKAN DIRI SENDIRI PENUH DENGAN KUDIS DAN KUSTA. 

No comments: