RAKAN PEJUANG

24 November 2010

BELAJARLAH BERSYUKUR WAHAI ANWAR

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihak luar semakin tidak percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dengan itu kerajaan tidak perlu bimbang dan menghalangnya daripada ke luar negara bagi mengelak ketua pembangkang itu daripada terus menghina Malaysia.

Lagipun, kata bekas Perdana Menteri, jika Anwar dihalang ke luar negara, ini akan menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan, dan kerajaan akan berdepan dengan pelbagai tuduhan.

anwar ibrahim and mahathir argue fight"Kita tak patut halang dia keluar negara. Saya tak fikir kita patut takut kepada dia. Kita buat macam itu, orang lagi jadi marah kepada kita, benci kepada kerajaan. Nanti mulalah orang cakap kerajaan itu dan ini.

"Tak apalah, saya ingat orang lain pun tak percaya kepada dia dah, siapa nak percaya. Kalau saya, saya tidak peduli. Bukan orang itu yang nak mengundi, yang mengundi orang di sini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Eastern Pacific Industrial Corporation (Epic) Berhad di Kemaman Supply Base kawasan Perindustrian Teluk Kalong di Kemaman hari ini.

Mahathir sebelum itu menyampaikan syarahan perdana bertajuk "Cabaran Umat Islam Pada Masa Kini" di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman anjuran Institut Pembangunan Terengganu dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu yang dihadiri oleh hampir 5,000 orang kakitangan awam dan masyarakat sekitar.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan isteri, Toh Puan Norliza Mahmud dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat semalam, beberapa penyokong kerajaan mencadangkan agar Anwar tidak dibenarkan ke luar negara bagi mengelak beliau daripada terus memburukkan Malaysia.
Imej negatif

Mengulas lanjut, Mahathir berkata semakin kerap Anwar keluar negara untuk memburukkan negara sendiri, secara sendirinya Penasihat PKR itu mendapat imej yang negatif.

Mahathir juga berkata sudah sampai masanya penyokong dan anggota PKR menyertai Umno kerana terbukti PKR diwujudkan hanya untuk kepentingan individu tertentu dan bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat.

Beliau berkata parti itu perlu dibubarkan dengan segera kerana kewujudannya hanya memecah belahkan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

"Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab memecah belahkan umat Islam perlu ditolak sama sekali daripada membiarkannya menjadi pemimpin sehingga membawa kepada pergolakan sesama umat Islam itu sendiri.

"Umat Islam harus bersatu dalam parti yang besar (Umno) yang selama ini banyak memainkan peranan membangunkan negara dan membela kebajikan rakyat.

"Takkan kita hendak pemimpin yang tidak tahu berbakti tetapi hanya tahu hendak menjadi Perdana Menteri. Sehubungan itu saya menyeru kepada penyokongnya agar bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan seperti kata pepatah Melayu," katanya.

Kataya dengan pembubaran PKR, orang Melayu serta umat Islam diyakini akan kembali bersatu teguh dalam sebuah parti yang selama ini banyak memperjuangkan nasib dan kebajikan mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata mana-mana parti kecil perlu kembali menyertai parti besar bagi mengukuhkan perjuangan orang Melayu yang kini terpecah kepada tiga kumpulan.

"Tidak pernah ada parti besar nak masuk parti kecil, parti kecillah yang masuk parti besar yang ada sokongan. (sumber: http://www.malaysiakini.com/news/148970)

APA YANG DIPERKATAKAN OLEH TUN INI MEMANG SESUATU YANG BENAR DAN SANGAT BENAR TENTANG ANWAR IBRAHIM. JAUH DI SUDUT HATI ORANG-ORANG PAS JUGA MEMPERCAYAI APA YANG DIKATAKAN OLEH TUN INI. MEMANG NUAR NI PENGHKIANAT BANGSA YANG SUKA MEMBURUKKAN NEGARA. KERANA APA? SEMUA ORANG TAU! INI SEMUA KERANA KUASA YANG DIIDAMKANNYA MENJADI PM MALAYSIA. TU LAH NUAR, DULU MASA TUN DAH BERSEDIA NAK LANTIK SAUDARA JADI PM SAUDARA TAK SABAR! NI LAH JADINYA! TAPI APA PUN, KITA KENA KEMBALI KEPADA RUKUN IMAN YANG KE-6 IAITU PERCAYA KEPADA QADA' DAN QADAR. JANGAN DILAWAN KETENTUAN ALLAH. JIKA SEMAKIN DILAWAN KETENTUAN ALLAH SEMAKIN TIDAK MENENTU KEHIDUPAN KITA. CUKUPLAH DENGAN APA YANG TELAH SAUDARA LAKUKAN SELAMA INI. SAUDARA PATUT BERSYUKUR KERANA UNDANG-UNDANG NEGARA INI MEMBENARKAN SAUDARA BERGERAK BEBAS KEMANA SAHAJA WALAUPUN SAUDARA INI ADALAH MERUPAKAN ORANG YANG TERTUDUH YANG SEDANG MENGHADAPI KES JENAYAH MELIWAT. BERSYUKUR SAJALAH APA YANG TELAH BERLAKU PASTI ADA HIKMAH YANG MENUNGGU. HENTIKANLAH LAKONAN SAUDARA YANG TELAH BANYAK MENYUSAHKAN RAKYAT. SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA ORANG YANG BENAR. BUKAN BEGITU PAS?

No comments: