RAKAN PEJUANG

12 November 2010

ZAID NAK TUBUH KEADILAN BARU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Zaid mahu tubuh 'Keadilan Baru'


ZAID Ibrahim (kiri) bersalaman dengan penyokongnya di pejabat PKR Taman Intan, Sungai Petani, Kedah, kelmarin. - utusan/OPAT RATTANACHOT


SUNGAI PETANI 11 Nov. - Bekas Ahli Majlis Tertinggi Pusat dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim akan menubuhkan parti politik baru sekiranya dikenakan tindakan pecat oleh pucuk pimpinan PKR.
Beliau berkata, parti yang mungkin dinamakan 'Keadilan Baru' itu akan diwujudkan bagi meneruskan perjuangan jangka panjangnya iaitu melakukan transformasi politik di negara ini.
"Kalau mereka pecat saya, maka saya kena buat (parti) Keadilan Baru. Takkanlah saya nak pencen dan balik nak jadi peguam, tua dah tak boleh.
"Saya akan teruskan perjuangan. Saya percaya dapat melakukan transformasi politik dengan cara begini.
"Apa yang saya cuba lakukan mungkin tidak berjaya sepenuhnya, tetapi ia memang menjadi hasrat saya dari awal," katanya pada majlis dialog bersama lebih 100 ahli PKR dari kawasan Kedah Tengah di Pejabat PKR Taman Intan di sini malam tadi.
Bekas calon Timbalan Presiden PKR itu berkata demikian ketika diajukan soalan oleh salah seorang ahli parti tentang rancangannya sekiranya dikenakan tindakan pecat daripada PKR. (UTUSAN MALAYSIA ONLINE)
LAWAK-LAWAK-LAWAK! SUNGGUH LAWAK LE PEMBANGKANG NI! DAH LE MELAYU NI BERPECAH BELAH! NI NAK JOIN SEORANG LAGI YANG KONON NAK MENGAMALKAN POLITIK BERSIH. PERSOALANNYA, DIA NI BERSIH SANGAT KE? DALAM WIKEPEDIA ADA MENYEBUT BAHAWA ZAID NI PERNAH DI LABEL SEBAGAI KAKI TONGGANG DAN KAKI KUDA. TAPI BIASALAH PAS PUN PUTAR SIKIT DENGAN MENGATAKAN KHALIFAH UMAR AL KHATAB DULU JUGA MINAT KUDA. HM...BIARLAH RAKYAT SENDIRI MENILAI BETAPA BODOHNYA KENYATAAN ORANG PAS MACAM NI....

ITU BUKAN ISU UTAMA, ISU UTAMANYA ADALAH ZAID YANG BERCITA-CITA MEMBINA SATU LAGI PARTI POLITIK YANG AKAN MEMBAWA PERPECAHAN DI KALANGAN ORANG MELAYU ISLAM. MUNGKIN ZAHID SUKA ORANG MELAYU BERPECAH KERANA DIA MEMANG TIDAK SUKA BANGSA MELAYU. DIA PERNAH MENDAPAT KRITIKAN BERKAITAN ISU MELAYU SEHINGGA MEMBAWA KEPADA PEMECATANNYA DALAM UMNO. 

APA YANG SEMAKIN NYATA SEKARANG NI, DAP SEMAKIN GEMBIRA KERANA ORANG MELAYU ISLAM SEMAKIN BERPECAH! KITA BAGAIMANA????

No comments: