PAS mesti terbaik |
Hazayani Zakaria |
SHAH ALAM,14 Nov: PAS harus menjadi jauh lebih baik daripada Umno dan berlumba untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat jika serius ingin menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
ULASAN: PENGAKUAN BICARA NASHARUDDIN INI MEMBERI MAKNA:Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, PAS harus bersedia menawarkan perkhidmatan terbaik dalam semua bidang seperti ekonomi, kebajikan dan keadilan sosial agar rakyat yakin dengan keupayaan PAS untuk memerintah."Perlumbaan kita dengan Umno ini perlumbaan untuk menawarkan yang terbaik kepada rakyat.
"Saya tidak menafikan Umno berada dalam keadaan yang boleh dikatakan baik jadi kalau PAS nak ganti Umno,kita mesti jadi lebih baik.
"Kita mesti jadi baik dalam semua bidang,ekonomi,keadilan dan apa sahaja.Itu jaminan PAS dan Pakatan Rakyat kepada rakyat, kata Nasruddin dalam ucapan penutup seminar "PAS Ganti Umno" di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) petang semalam.
Beliau yang juga ahli Parlimen Bachok turut berkata, PAS berbeza dengan Umno dalam memperjuangkan Islam iaitu Islam yang ditonjolkan PAS memberi kebaikan kepada semua bangsa.
Perkara ini katanya selaras dengan ajaran Al-Quran dan sunnah yang merupakan pegangan parti itu.
"Al-Quran ada menyebut janganlah kebencian kita kepada sesuatu kaum itu menyebabkan kita tidak berlaku adil. Jadi apa yang saya lontarkan ialah tawaran dan pasaran kita harus masuk ke setiap hati rakyat Malaysia. Kita tak boleh ketepikan individu tertentu hanya kerana dia tidak bersama kita.
Beliau turut mengingatkan ahli agar tidak berasa selesa di kalangan ahli sahaja tetapi harus berusaha meluaskan pengaruh.
"Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli untuk menawan hati setiap kaum. Kita tidak boleh syok sendiri di kalangan ahli kita sahaja.
"Itulah perbezaan Islam yang kita perjuangkan dengan Islam yang diperjuangkan Umno.Samada muslim,non muslim,Umno ke,tak Umno ke mereka adalah mad'u kita yang perlu didekati," katanya lagi.
Selain itu, Nasharuddin berkata, setiap ahli PAS mesti meletakkan diri mereka sebagai "mujaddid" untuk melakukan pembaharuan terhadap pemerintahan negara.
"Hadis Rasulullah S.A.W ada menyebut, setiap seratus tahun Allah akan menurunkan mujaddid untuk urusan reform kepada agama.
"Mujaddid bukan sahaja individu, tetapi boleh jadi juga pemikiran,organisasi atau parti politik.
"Jadi marilah kita mengangkat diri kita sebagai mujaddid untuk melakukan perubahan dan pembaharuan dalam negara," katanya.
Seminar sehari itu dihadiri lebih seribu ahli yang terlibat di peringkat pusat,negeri,kawasan dan cawangan dan dirasmikan oleh Presiden PAS sebelum pembentangan dua kertas kerja dan forum. (HARAKAH DAILY)
- PAS HANYA BARU NAK BERLUMBA MENAWARKAN PERKHIDMATAN TETAPI UMNO TELAH PUN MEMBERIKAN PERKHIDMATAN TERBAIK KEPADA RAKYAT.
- ADAKAH MATLAMAT PAS INI UNTUK BERSAING MEMBERIKAN PERKHIDMATAN TERBAIK INI IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T ATAU KERANA MENGEJAR PANGKAT DAN KEDUDUKAN MENGGANTIKAN UMNO MEMEGANG JAWATAN MENTERI KABINET?
- PAS GAGAL MEMBERIKAN PERKHIDMATAN TERBAIK DI NEGERI-NEGERI PENTADBIRAN PR SEPERTI KELANTAN, KEDAH DAN SELANGOR. JIKA MEREKA TELAH MAMPU MEMBERIKAN PERKHIDMATAN TERBAIK KEPADA RAKYAT, TIDAK AKAN ADA RUNGUTAN DARIPADA RAKYAT NEGERI INI MENGENAI KEPINCANGAN PEMERINTAHAN PAS DAN SAHABAT TAHALLUF NYA. DAN SATU LAGI JIKA MEREKA MEMANG TELAH MEMBERIKAN PERKHIDMATAN TERBAIK,MAKA TIDAK PERLULAH NAK BERLUMBA MENAWARKAN BUKJTIKAN SAHAJA APA YANG TELAH DIBERI UNTUK DIJADIKAN MODEL.
- PAS MENDABIK DADA MENGATAKAN ISLAM UMNO BERBEZA DENGAN ISLAM PAS KERANA MENONJOLKAN ISLAM YANG MEMBERI KEBAIKAN KEPADA SEMUA BANGSA. APA YANG BERBEZA? ADAKAH UMNO MELARANG BANGSA LAIN SELAIN DARIPADA MELAYU MENDAPAT PENDIDIKAN? LARANG MENJANA EKONOMI? DILARANG MENDAPAT BIASISWA? TIDAK DIBERI HAK UNTUK BERPOLITIK? ADAKAH BUKAN ISLAM DILARANG MENGUMPUL HARTA? ADAKAH ORANG ISLAM DILARANG MENJALANKAN IBADAT MEREKA DI SINI? APA YANG PAS KATA TIDAK MEMBERI KEBAIKAN? INI SATU BENTUK PENIPUAN DAN FITNAH YANG CUBA DITERAPKAN DALAM PEMIKIRAN AHLI PAS TERHADAP KEPIMPINAN NEGARA. ADAKAH MEMFITNAH ITU TIDAK BERDOSA? TAPI TAK TAHULAH KALAU KIRANYA MAKSUD PAS TU NAK BERI LEBIH PADA ORANG BUKAN ISLAM BERBANDING ORANG ISLAM BARULAH DINAMAKAN ADIL!!!!!!!!!!!!!!!
- JIKA PAS KATA NAK MENDEKATI SEMUA ORANG (MADU DIA BELAKA) MAKA MENGAPA MADU DIA YANG UMNO NI JE YANG DIBENCI? MADU YANG UMNO NI SEOLAH DIPANDANG SANGAT JAHAT DARI DAP. KALAU IKHLAS NAK MENDEKATI UMNO, MENGAPA MENOLAK PENYATUAN UMMAH DENGAN UMNO? MENOLAK PELAWAAN UMNO UNTUK BERSATU DEMI PERPADUAN UMMAH. MENGAPA NAK JUGAK BERSEKONGKOL DAN BERTAHALLUF (ATAU DIBAHALULKAN?????) DENGAN DAP? JIKA PAS KATA UMNO NI DAH TERSESAT MENGAPA TIDAK BERGABUNG DENGAN UMNO DAN BANTU UMNO KEMBALI KE JALAN YANG LURUS SEBAGAIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ISLAM? (BUKAN RAMAI SANGAT PEMIMPIN UMNO YANG JAHIL, PEMIMPIN PKR DAN PAS PUN APA KURANGNYA). MENGAPA MEMBENCI DS NAJIB? BUKANKAH DS NAJIB TELAH DIANGKAT MENJADI PEMIMPIN NEGARA DAN SEBAGAI AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH, BUKANKAH PEMIMPIN YANG TELAH DILANTIK ITU PERLU DIHORMATI DAN DIIKUTI ASAL SAHAJA DIA TIDAK BERMUSUH DENGAN ALLAH. MENGAPA PERLU DIANGKAT LIM GUAN ENG ITU SETINGGI LANGIT LEBIH MULIA DARIPADA DS NAJIB? APA YANG CINA MELAKA TU DAH BUAT? HANYA SEKADAR RETORIK DAN BERMAIN KATA-KATA UNTUK MENJADI KHALIFAH UMAR? MENGAPA TIDAK AMBIL SERIUS MENGENAI PAKATAN SYAITAN YANG TELAH DIDEDAHKAN?
- PAS MENGANGKAT DIRI MEREKA MENJADI MUJADDID YANG KONONNYA NAK BAWA PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN. YA KE NAK BAWA PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN WAHAI NASHARUDDIN? MENGAPA TIDAK DIBAWA PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN ITU DI KELANTAN? RAKYAT KELANTAN MINUM AIR KERUH LAGI SEDANGKAN RAKYAT LAIN DAPAT MENIKMATI AIR YANG JAUH LEBIH BERSIH. NEGERI LAIN TIDAK ADA BANYAK SAMPAH DAN RUMAH USANG YANG DIHUNI OLEH RAKYATNYA TETAPI DI KOTA BAHRU SENDIRI SAMPAH SARAP MERATA-RATA SAMPAI KE MACHANG DEPAN UITM PUN BERLAMBAK SAMPAH SARAP YANG SANGAT KOTOR DAN MENJIJIKKAN! ITU APA? ATAU PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN YANG DIMAKSUDKAN MEREKA INI SEKADAR UNTUK MENYAMARATAKAN AGAMA DI MANA SEMUA ORANG BOLEH GUNAKA ALQURAN UNTUK BERHUJAH, BOLEH GUNA NAMA ALLAH UNTUK BERDAKWAH DAN MUNGKIN BOLEH GUNA DUIT ZAKAT UNTUK BINA KUIL????
PEMIMPIN NEGARA SEKARANG INI TELAH MEMBUKTIKAN ISLAM BERKEMBANG DARI MASA KE SEMASA TANPA RETORIK DAN JERIT PEKIK! SIAPA PAS UNTUK MENILAI KEPIMPINAN NEGARA TIDAK MENGAMALKAN ISLAM SEDANGKAN DI NEGARA-NEGARA ISLAM YANG LAIN HATTA NEGARA ARAB SAUDI SEKALIPUN TELAH MENGANGKAT NEGARA KITA ADALAH NEGARA ISLAM YANG PERLU DICONTOHI! RAKYAT MALAYSIA SUDAH MUAK DENGAN RETORIK PAS KONON NAK JADI PEMIMPIN ISLAM YANG BERSIH TETAPI DALAM MASA YANG SAMA TIDAK MAMPU MENONJOLKAN KEPIMPINAN ISLAM YANG SEBENAR SEBAGAIMANA PEMIMPIN NEGARA YANG TERBUKTI TELAH MEMBAWA KECEMERLANGAN UMMAH DALAM POLITIK, PENDIDIKAN, EKONOMI DAN PERHUBUNGAN ANTARABANGSA.
MELALUI PERBICARAAN DI ATAS, PERTANYAAN INI PERLU DIAJUKAN KEPADA PAS: ADAKAH MEREKA NAK MENGGANTIKAN UMNO KERANA ALLAH ATAU KERANA RUNTUNAN NAFSU MENGIDAM MENJADI MENTERI KABINET DAN BERKUASA BERSAMA MADU DAP MEREKA YANG SANGAT MEREKA CINTAI??????
No comments:
Post a Comment