RAKAN PEJUANG

17 November 2010

PAS PENIPU BESAR DAN KUFUR NIKMAT ????


SUMBER :  http://www.malaysiakini.com/news/148291
Idris: PAS tak akan naiki kapal bocor
Nov 15, 10 6:50pm



PAS hari ini terus menolak pelawaan berulang-kali Umno supaya parti Islam itu menyertai semula BN. Pelawaan terbaru dibuat oleh Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

“PAS tidak akan menaiki kapal yang bocor dan hendak karam, malahan PAS akan berusaha supaya ahli-ahli Umno khususnya dan orang Melayu Islam bersama dengan PAS.


“PAS tidak akan bersama dengan BN sebaliknya terus dengan Pakatan Rakyat yang sudah teruji dan terbukti. Sekarang Umno sudah hilang kompas perjuangan dan ideologi.,” kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad, dalam satu kenyataan hari ini.

Sambil menyindir perjuangan Umno yang hanya mementingkan 'perut' pemimpin atasan Umno, katanya, parti Melayu itu hanya menjadikan perjuangan sebagai batu loncatan untuk peribadi walaupun merugikan bangsa.

“Umno hanya boleh hidup dengan 3M sahaja, iaitu wang, jentera kerajaan dan media. Umno sudah tidak bermaya untuk hidup dan bermain di atas padang yang sama rata. Jika Umno tidak ada 3M maka Umno akan berkubur begitu sahaja,” kata Idris.

Menurutnya, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat, kerana ini adalah percubaan politik yang terbaik walaupun dalam usia yang agak muda.


“PAS menganggap cukuplah Umno yang telah diberi mandat untuk mengetuai negara lebih separuh abad. Apa yang Umno boleh banggakan untuk tatapan generasi akan datang?” soalnya.

Idris berkata walaupun Malaysia dianugerah Allah dengan hasil mahsul yang banyak, namun masih ramai rakyat yang tidak bertanah. Malah ramai pula rakyat yang menderita dan dalam kesusahan akibat tekanan hidup angkara salah guna kuasa oleh BN.

“Contohnya Sabah, tanah yang terbentang luas, hasil yang melimpah ruah, namun masih ada rakyat yang membina rumah di atas air. PAS tidak akan izinkan Umno ,mengkhianat rakyat untuk separuh abad yang kedua pula. PAS wajib ganti Umno,” katanya.


BONGKAKNYA IDRIS AHMAD DENGAN MENUDUH UMNO INI ADALAH KAPAL YANG HENDAK KARAM. INI LAH KEBONGKAKAN PAS! MENGAPA PERLU BONGKAK SEBEGITU RUPA? JIKA TIDAK SUDI MENERIMA PELAWAAN UMNO UNTUK BERGABUNG DEMI PERPADUAN UMMAH SEJAGAT, TOLAKLAH DENGAN BAIK. MENGAPA PERLU DIUNGKAP KENYATAAN BONGKAK SEPERTI INI.

INIKAH PEJUANG ISLAM? BOLEHKAH PEJUANG ISLAM MENDABIK DADA BERBANGGA DAN UJUB DENGAN KEKUATAN YANG ADA PADA MEREKA? BENARKAH PR ITU KAPAL TEGUH? JANGAN LUPA PADA SEJARAH TITANIC YANG DISANGKA DAPAT MENEPIS GELOMBANG DAN ARUS DERAS AKHIRNYA TERKANDAS KERANA SEKETUL AIS DI TENGAH LAUTAN!

SEDIH APABILA MEMBACA UNGKAPAN YANG DIUNTAIKAN OLEH SEORANG YANG DIGELAR USTAZ. MENOLAK KERJASAMA DENGAN PARTI ISLAM DEMI PERPADUAN MELAYU KERANA MENYANGKA RAKAN-RAKANNYA KHUSUSNYA KAFIR DAP DAPAT MEMBANTU MEREKA MENCAPAI KEJAYAAN BERKUASA.

WAHAI IDIRIS AHMAD! WAHAI ORANG-ORANG PAS YANG TIDAK MENGERTI ATAU SENGAJA BUTA SEJARAH, DAP ITU MEMPUNYAI MUSLIHAT YANG SANGAT JAHAT UNTUK MENJADIKAN NEGARA INI NEGARA LIBERAL. SEGALANYA DIMINTA DENGAN ADIL.

JIKA BENAR MEREKA MELAUNGKAN KEADILAN DAN KESAMARATAAN, MINTA HARTA BENDA MEREKA YANG BERBILION RINGGIT ITU DIKONGSI BERSAMA SEKOLAH KEBANGSAAN DAN AGAMA, MINTA DUIT MEREKA ITU MEMBIAYAI PENDIDIKAN RAKYAT TAPI APA YANG BERLAKU? DUIT MEREKA HANYA UNTUK KAUM MEREKA SAHAJA! LIHAT SAHAJA BILA DIBERI KUASA DI PULAU PINANG, HABIS TANAH REZAB BUMIPUTERA DIKUMBAH UNTUK DIDIRIKAN BANGUNAN! SIAPA YANG MAMPU BELI?

UMNO TIDAK LAPAR UNTUK BERKONGSI KUASA DENGAN PAS! UMNO TIDAK MEROYAN UNTUK MERAYU PADA PAS UNTUK BERSATU KERANA TAKUT KARAM. KERANA UMNO DI BAWAH DS NAJIB TUN RAZAK SEMAKIN KUKUH MEMPERJUANGKAN KEHIDUPAN RAKYAT!

WAHAI IDRIS AHMAD! JANGANLAH HANYA PANDAI MENUDING JARI PADA UMNO! KONON UMNO MEMBAWA PENDERITAAN RAKYAT. SEDAP MULUT BERTANYA TANPA MENGGUNAKAN AQAL YANG ALLAH BERI UNTUK BERFIKIR, MENGGUNAKAN MATA UNTUK MELIHAT DAN TELINGA UNTUK MENDENGAR.

BETAPA BANYAKNYA PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN YANG DIBUAT OLEH UMNO DAN BN UNTUK RAKYAT SELAMA 53 TAHUN PEMERINTAHAN. SANGGUP PULA IDRIS AHMAD YANG MEWAKILI PAS INI MENUDUH  SEBEGINI…
“PAS menganggap cukuplah Umno yang telah diberi mandat untuk mengetuai negara lebih separuh abad. Apa yang Umno boleh banggakan untuk tatapan generasi akan datang?” soalnya.

LAWAK SUNGGUH PERTANYAAN DAN TUDUHAN IDRIS NI. BUTA SUNGGUH MATA USTAZ. USTAZ, JANGAN KUFUR NIKMAT. NANTI ALLAH MARAH! MUNGKIN USTAZ DAN PUAK2 USTAZ JE YANG TAK NAMPAK, TAPI KAMI RAKYAT MALAYSIA NAMPAK APA YANG KERAJAAN BN DAH BUAT UNTUK KAMI DI NEGARA INI. KALAU TIDAK KERANA KERAJAAN BN, DAH LAMA KAMI JADI HAMBA DI BUMI SENDIRI! KALAU TIDAK KERANA RAHMAT ALLAH KE ATAS PEMERINTAHAN UMNO DAN BN, TIDAK AKAN BANYAK KENDERAAN DI ATAS JALAN, DAN TIDAK AKAN ADA BERTAMBAH PELABURAN ASB SETIAP TAHUN!

INI TANDANYA KAMI RAKYAT MALAYSIA DAH SEMAKIN KAYA DAN BOLEH MENYIMPAN HARTA HASIL TITIK PELUH KAMI! KALAU KERAJAAN BN INI TERUK, KAMI TERPAKSA MEMBELI UBAT DI HOSPITAL UNTUK MENDAPAT RAWATAN DAN TERPAKSA JUGA MEMBAYAR KOS RAWATAN YANG TINGGI. ITU APA? ITU CUMA SIKIT JE USTAZ! ADA BANYAAAAAAAAAKKKKK LAGI! KAMI BERSYUKUR PADA ALLAH KERANA KAMI DIKURNAI PEMIMPIN YANG BIJAK MENGURUS PENTADBIRAN NEGARA DENGAN ADIL.

LAWAK LAH KENYATAAN USTAZ NI. ADA LAGI, USTAZ NI KATA,
Idris berkata walaupun Malaysia dianugerah Allah dengan hasil mahsul yang banyak, namun masih ramai rakyat yang tidak bertanah. Malah ramai pula rakyat yang menderita dan dalam kesusahan akibat tekanan hidup angkara salah guna kuasa oleh BN.

YA ALLAH, BAGAIMANA SEORANG USTAZ BOLEH BERBOHONG DENGAN SELAMBANYA! NAK TANYA USTAZ, HASIL MAHSUL KELANTAN PEGI MANA? SEBAB RAKYAT KELANTAN SENDIRI TIDAK MAMPU DIBERI AIR BERSIH DAN TIDAK MAMPU DIBELA KEHIDUPAN MEREKA DENGAN SEMPURNA SEPERTI RAKYAT NEGERI LAIN YANG NAMPAK MODEN WALAUPUN ISLAMIK.
sampah sarap yang tidak diselenggara
 di depan UITM Machang !!!
   
        sampah sarap yang tidak diselenggara
            dengan baik di kelantan.
   




  
         Deretan kedai-kedai lama di
       bandar kota bharu - ibu negeri Kelantan !!!
SAMPAH SARAP MERATA-RATA, BANGUNAN LAMA MASIH BERDIRI MEGAH DI PUSAT BANDAR KOTA BAHRU.  NAK DIRIKAN SURAU DAN MASJID MESTI MINTA DERMA DARIPADA ORANG RAMAI. KERAJAAN NEGERI TAK ADA DUIT KE NAK BANTU RAKYAT MEMBINA MASJID YANG INDAH DAN MENARIK? YANG ADA TOKONG BUDHA TINGGI BERDIRI DI KELANTAN YANG JUGA MERUPAKAN NEGERI DIBAWAH KUASA PAS SELAMA 20 TAHUN!







ANTARA RUMAH YANG SEBESAR KANGKANG KERA
 DAN DAIF
YG ADA DI KELANTAN DENGAN BANYAKNYA.
OHHH KAYA KAH KELANTAN ???
TIDAK ZALIM KAH KELANTAN KEPADA RAKYATNYA???



“Contohnya Sabah, tanah yang terbentang luas, hasil yang melimpah ruah, namun masih ada rakyat yang membina rumah di atas air.

SATU LAGI KEKELIRUAN USTAZ NI TENTANG SABAH. SABAH TU SEKARANG NI SEMAKIN MAJU USTAZ. KADAR KEMISKINANNYA PUN SUDAH SEMAKIN BERKURANGAN BERBANDING SEBELUM BERGABUNG DENGAN MALAYSIA. LAGIPUN FAKTOR PERSEKITARAN SABAH BERBEZA DENGAN SEMENANJUNG USTAZ! JANGANLAH USTAZ NAK MERACUN, SEBAB HASIL MAHSUL DI KELANTAN TU PUN TAK MAMPU NAK DIGEMBLENG SEPENUHNYA OLEH PAS UNTUK KEMAKMURAN RAKYAT INI KAN PULA BERMIMPI NAK MEMERINTAH HASIL MAHSUL NEGARA!

KAMI RAKYAT MALAYSIA TERUS MAKMUR DI BAWAH PENTADBIRAN DS NAJIB TUN RAZAK. SEMAKIN HARI SEMAKIN MENYERLAH KEPIMPINAN DS NAJIB YANG TIDAK BANYAK BERCAKAP KOSONG DAN MERAPU MACAM PEMIMPIN PR TETAPI TERUS BEKERJA, BERFIKIR DAN BERBAKTI UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT MALAYSIA SELURUHNYA TANPA MENGIRA RAS DAN AGAMA!

2 comments:

Anonymous said...

apa yang dikatakan oleh ustaz itu benar. sabah adalah negeri yang kaya,
malangnya kekayaan hilang entah kemana. ada setengah tempat siaran tv dan radio pun tak dapat.tanah luas tapi malang kebanyakan dimiliki oleh orang semenanjung, guru-guru dari semenanjung dibawa masuk kesabah tp anak sabah terpaksa kesemenanjung mencari kerja. bukannya mereka bodoh tetapi sistem pendidikan yang begitu daif.kalaulah BN itu adil mengapa sabah masih lagi mundur setelah sekianlama dibawah pemerintahan BN. Kembalikan duit minyak untuk membangunkan sabah yang daif. AYOH SEMUA RAKYAT SABAH, SAMPAI BILA KEKAYAAN INI DIMONOPOLI OLEH ORANG SEMENANJUNG. ANDA DI ALU-ALUKAN DATANG KESABAH. TENGOKLAH SENDIRI.

Anonymous said...

Ustaz ni bkan baca n buat homework bila nak berucap...ini ustaz karut le...Masalah Sabah jngan nak mengarut le semua....lihat dan perhatilah dgan mata hati yg terbuka.Apakah kalau e Sabah dgn kapal Laut lagi ke.Dari KK ke Lahad Datu ikut jlan darat tak sampai ke.Saya dah ke LD ikut jlan darat.ok pun.Memang la ada sikt sebanyak lubang situ lubang sini kerana keadaan muka bumi tapi saya nmpak tindakan sgera diambil oleh pihak berwajib.Adakah kita kena lalui feri kalau kita dari KK ke LD?Tidak....oi di Kelantan sama aje ngan Sabah saja jalanrayanya.Sya dah rasai ini semua.wasalam.