RAKAN PEJUANG

29 November 2010

KHALID MENYERU RAJA MELAYU BERHATI DENGAN SI KITUL...

Kata Khalid MB selangor dalam Malaysia kini, Raja Melayu perlu berhati dengan Si Kitul. Nampaknya Khalid pun dah pandai guna istilah Si Kitul. Rupanya, kuat lagi jiwa melayu Khalid ni. Ingatkan dah hilang macam orang PAS dan Angkatan Anwar Ibrahim. Cuma mungkin Khalid takut nak mengaku yang si Kitul moden ni adalah Ketua Umum PKR sendiri. Maklumlah, nanti kalau disamakan si Kitul dengan Anwar Ibrahim alamat jawatan MB tu mungkin terlucut terus dari Khalid. Jadi macam biasa, UMNO lah yang dijadikan kambing hitam untuk disandarkan gelaran Si Kitul tu.


INILAH DIA SI KITUL MODEN. KESANA SINI BAWA FITNAH BURUKKAN NEGARA.

Hm....satu Malaysia dah tahu! Orang Melayu dah terluka dengan kenyataan bodoh Anwar Ibrahim berkenaan Ketuanan Melayu! Bukan sahaja rakyat jelata tapi Sultan pun turut berasa dukacita di atas sikap pemimpin PKR dan PAS yang sanggup menggadaikan maruah ketuanan Melayu untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu di negara ni. Disebabkan nak juga mengaitkan Si Kitul dengan UMNO maka Khalid pun buka balik cerita tentang kekebalan raja-raja yang pernah disensasikan oleh pembangkang pada awal tahun 1980an dan awal tahun 90an dulu.

Begitulah si Khalid yang terpaksa mencari alasan. Walau apapun alasannya, rakyat semua tahu bahawa UMNO bukanlah si Kitul yang dimaksudkan oleh si Khalid. Ciri-ciri Si Kitul ni adalah kerana dendam dan benci terhadap Bendahara maka dia telah bersekongkol dengan Raja Mendeliar untuk memfitnah Bendahara hingga berlakunya pembunuhan ke atas Bendahara Sekeluarga. Siapakah yang suka menabur fitnah dalam zaman moden ini? Si Kitul itu sangat bertepatan dengan peri laku Anwar yang pergi ke luar negara menabur fitnah memburukkan kerajaan sedia ada. Malahan Si Kitul Anwar ini sanggup merayu pengaruh asing agar campurtangan dalam sistem kehakiman negara. Kini Si Kitul moden ini begitu angkuh dan berani menolak Ketuanan Melayu.


MARI KITA TOLAK SI KITUL INI DARIPADA TERUS MEMBURUKKAN NEGARA.

Khalid tidak perlu takut untuk mengaku bahawa si Kitul itu adalah Anwar Ibrahim, kerana semua rakyat tahu bahawa Si Kitul Anwar adalah punca kepada segala kekalutan yang berlaku di negara ini!

No comments: