RAKAN PEJUANG

24 November 2010

HARAKAH MERAPU LAGI....


ADUN BN mahu Harakah mohon maaf
24/11/2010 10:47am

BUTTEROWRTH 24 Nov. - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang kawasan Pulau Betong Muhamad Farid Saad daripada Barisan Nasional (BN) memberi tempoh dua minggu kepada akhbar terbitan Pas, Harakah, supaya memohon maaf berhubung laporan yang tidak benar mengaitkan beliau.
Katanya, jika akhbar itu gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari ini, beliau akan mengambil tindakan undang-undang.
Muhamad Farid mendakwa, akhbar itu telah memutar belit kenyataannya dalam forum bertajuk ‘Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian’ anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lepas.
"Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa kesilapan pemimpin UMNO adalah punca tanah orang Melayu berkurangan di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di sini malam tadi.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. - Bernama
(PETIKAN UTUSAN MALAYSIA)
SEBELUM NI PENULIS PERNAH MEMBUAT CATATAN MENGENAI SURAT KHABAR RASMI PAS IAITU HARAKAH MEMANG SUKA MERAPU.  BERITA INI JELAS MENUNJUKKAN LAGI MERAPUNYA HARAKAH YANG PASTINYA DIDALANGI OLEH PAS. APA LAH MAKNANYA MEMBAWA NAMA ISLAM JIKA PERLAKUAN DAN KATA-KATA TELAH MENYIMPANG DARIPADA LANDASAN ISLAM YANG SEBENAR. KERANA TERDESAKNYA PAS DALAM MENCARI PENYOKONG, MAKA SANGGUP PULA MEMFITNAH ORANG ISLAM UMNO. PAS DAH BANYAK MERAPU. CUKUP-CUKUPLAH PAS! JANGANLAH MERAPU LAGI NANTI HANYA MENAMBAHKAN KEKELIRUAN UMAT ISLAM SAHAJA. MASYARAKAT ISLAM KITA NI PUN BUKAN NYA DI TAHAP TINGGI KEIMANAN MEREKA. MEREKA DALAM PENCARIAN MAKA JIKA INGIN BERDAKWAH, BERDAKWAH LAH SECARA IKHLAS BUKAN KERANA POLITIK SEMPIT YANG AKHIRNYA MEMBAWA KEPADA HARAKAH YANG MERAPU!

No comments: