RAKAN PEJUANG

25 November 2010

BUKTI PAS YANG SUKA MEMBUAT TUDUHAN (FITNAH?)

Kongkongan BN punca penjawat awam bermasalah
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah bahawa kira-kira 6,133 kakitangan kerajaan dilaporkan bermasalah dan berprestasi rendah pada 2009, meningkat 789 kes berbanding tahun sebelumnya.
Menurut Khalil, budaya kerja cemerlang sukar untuk direalisasikan selagi penjawat awam dikongkong pemimpin politik untuk kepentingan peribadi mereka.
"Sejak 53 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah negara, semakin banyak penjawat awam yang bermasalah dan dikambing hitamkan kerana tujuan individu tertentu," katanya.
 
Zambry bentang bajet pilihan raya?
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasakan Bajet 2011 yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 30 November ini adalah Bajet Pilihanraya bagi persiapan Umno BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.Timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali berkata, pihaknya melihat perbentangan bajet nanti bakal memfokuskan bentuk perkhidmatan dengan memastikan semua peruntukan akan sampai kepada rakyat demi mendapatkan undi mereka.
“Sudah tentu segala bentuk peruntukan tersebut akan melibatkan banyak perkara termasuklah projek-projek mega bagi menunjukkan kemampuan sesebuah kerajaan mengurus tadbir negeri dengan baik,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Namun DPPN Pk, katanya menganggap apa yang berlaku adalah sebaliknya.
 DUA BERITA DI ATAS ADALAH DIPETIK DARIPADA HARAKAHDAILY.NET HARI INI (25/11/10). 

SEBAGAIMANA YANG KITA TAHU BAHAWA PAS YANG MENGGUNAKAN HARAKAH SEBAGAI LIDAH RASMI MEREKA TERUS-MENERUS BERBUAT KHIANAT TERHADAP KERAJAAN BN. TANPA KAJIAN YANG DIJALANKAN, KERAJAAN PAS DAN PEMBANGKANG BEGITU GHAIRAH MENUDING JARI KEPADA KERAJAAN DI ATAS MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PENJAWAT AWAM. 

TANPA SEGAN SILU Drs KHALIL IDHAM LIM TELAH MELETAKKAN KESALAHAN KEPADA KERAJAAN KERANA MENGIKUT PERTIMBANGANNYA MASALAH PENJAWAT AWAM ADALAH KERANA KONGKONGAN KERAJAAN KE ATAS MEREKA. MAKNANYA DALAM BANYAK-BANYAK FAKTOR, FAKTOR KONGKONGAN KERAJAAN LAH PENYUMBANG YANG PALING BESAR. SEDANGKAN BELUM DIPASTIKAN LAGI APAKAH IA BENAR ATAU TIDAK. 

ADAKAH MEREKA BUTA UNTUK MELIHAT BAHAWA FAKTOR MASALAH KESIHATAN DAN MASALAH PERIBADI SEPERTI TEKANAN KEWANGAN, KURANG RASA TANGGUNGJAWAB DAN MASALAH KESIHATAN MENTAL ITU YANG MEMBAWA MASALAH DAN MENJADI PUNCA KEPADA 6,133 KAKITANGAN AWAM YANG BERPRESTASI RENDAH. SELAIN ITU, FAKTOR MAJIKAN JUGA PERLU DIAMBIL KIRA. INI KERANA SIKAP MAJIKAN SENDIRI YANG TERLALU RIGID DAN BERDENDAM DENGAN STAFNYA YANG MENYEBABKAN HILANG NILAI KEMANUSIAANNYA TURUT MENYUMBANG KEPADA PEMBERIAN MARKAH PRESTASI YANG RENDAH KEPADA KAKITANGAN AWAM. (MUNGKIN JUGA MAJIKAN INI ADALAH TERIDIRI DARIPADA PENYOKONG PEMBANGKANG!). 

JADI JANGANLAH MUDAH SANGAT NAK MERACUN PEMIKIRAN PENJAWAT AWAM WAHAI ORANG PAS.INILAH MELALUTNYA PAS. PAS DAH TAK ADA MODAL LAGI UNTUK MENGHENTAM KERAJAAN. SEMUANYA NAK HENTAM. SAMADA BETUL ATAU TIDAK, SAMADA HALAL ATAU HARAM MAIN HENTAM JE. 

PUNYA SYOKNYA NAK MENYALAHKAN KERAJAAN JUGA DENDAM KESUMAT PAS TERHADAP DR. ZAMBRI (MB PERAK), SANGGUP PULA MEMBUAT TUDUHAN KONONNYA BAJET YANG AKAN DIBENTANGKAN OLEH DR. ZAMBRI UNTUK BAJET NEGERI PERAK ADALAH BAJET PRU 13. 

APALAH PUNYA DANGKALNYA PAS NI. SELAMA NI PUN, BAJET PERAK TIDAK PERNAH MEMINGGIRKAN RAKYAT. SELAMA NI PUN BAJET YANG DIBENTANGKAN TETAP MENGUTAMAKAN RAKYAT. NI BELUM BENTANG LAGI DAH KATA BAJET PILIHANRAYA. TOLONGLAH ORANG PAS. 

WAHAI TUAN GURU NIK AZIZ, TOLONG LAH TENGOKKAN ANAK-ANAK BUAH TUAN GURU YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN TERPESONG DARI LANDASAN ISLAM. MAKI HAMUN, FITNAH, MENGADU DOMBA SUDAH MENJADI SANTAPAN ROHANI MEREKA KERANA KEBENCIAN MEREKA PADA ORANG ISLAM UMNO. SEGALA YANG BAIK TIDAK MEREKA SYUKURI TETAPI YANG BURUK ITU WALAUPUN TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN TETAP JUGA KERAJAAN DIKAMBING HITAMKAN.

WAHAI ORANG-ORANG PAS, APA GUNA MEMEGANG BENDERA HIJAU PUTIH JIKA HATI TIDAK SEJERNIH PUTIH DAN SEINDAH HIJAU YANG SALJU MATA MEMANDANG. APA GUNA BERKOPIAH DAN BERJUBAH JIKA HATI SEBUSUK JIWA YANG KONTANG. BAIK TUKARJE NAMA PARTI TU. JANGAN LAGI GUNA PARTI ISLAM SEMALAYSIA KERANA PERJUANGAN KALIAN BUKAN LAGI KERANA ALLAH TETAPI KERANA NAFSU SYAHWAT YANG INGINKAN KUASA PEMERINTAHAN SEHINGGA SANGGUP MENGHALALKAN CARA YANG HARAM!

No comments: