Nazri Abdullah |
KOTA BHARU, 26 Nov: Misi Pelayaran Laksamana Cheng Ho, bukan sahaja untuk berdagang, dalam masa sama kesempatan itu diguna menyebar risalah Islam. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Cheng Ho, yang diberi tugas oleh Maharaja China, juga telah berjaya membuktikan bahawa Islam bukan sahaja milik Melayu, tapi semua bangsa di dunia. "Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam, melangkah kehadapan, melangkaui sempadan bangsa, yang ditiup pihak tertentu, berjaya menganjurkan Ekspo Cheng Ho yang julung kali diadakan di rantau ini. "Alhamdulillah, di tengah seruan perkauman yang hebat, ditiup politik bangsa yang melampau, kita bangkit menerobos sempadan dengan mengenengahkan Islam sebgai dasar berpolitik," katanya. Tuan Guru berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Ekspo Cheng Ho 2010 di Kelantan Trade Centre, di sini semalam. Menurutnya, dengan penganjuran itu juga, rakyat di negara ini diharap bijak memilih pemimpin dan tidak memilik mereka yang berjuang atas dasar bangsa. Perjuangan atas nama bangsa katanya, hanya menyubur semangat permusuhan yang tidak akan berkesudahan. "Kalau memilih tempat mandi, yang pertama teluk, kedua pantai. "Kalau memilih pemimpin negeri, pertama elok, kedua pandai,” katanya berpantun disambut tepukan hadirin. Beliau juga turut mengkagumi sikap Cheng Ho yang hanya menjalankan perniagaan dan tidak menjajah kawasan yang dikunjunginya. "Cheng Ho, dia tak jajah negara yang dia pergi, dia tak kaut harta, dia tak kacau orang, dia hanya berniaga. "Ini mungkin sebab kefahaman Islam yang ada pada dia," katanya lagi. (HARAKAH DAILY) KENYATAAN UCAPAN NIK AZIZ DI ATAS MEMBAWA DUA MAKNA YANG SANGAT JELAS: 1. JANGAN PILIH PEMIMPIN BERDASARKAN BANGSA YANG MUNGKIN BERMAKSUD JIKA PAKATAN RAKYAT MENANG NANTI BOLEHLAH LANTIK TUAN GURU LIM GUAN ENG SEBAGAI PERDANA MENTERI ATAU PEMIMPIN NEGARA. KERANA BAGI NIK AZIZ SELAMA INI UMNO BERJUANG KERANA BANGSA. AGAKNYA NIK AZIZ LUPA KOT YANG BANGSA MELAYU DI MALAYSIA NI LAH SATU-SATUNYA BANGSA SECARA TOTALNYA BERAGAMA ISLAM BERBANDING CINA ATAU INDIA MUSLIM. 2. UMNO DAN BN DILABEL PARTI POLITIK YANG DIKATAKAN SEBAGAI PARTI YANG MEMECAH BELAHKAN KAUM. HAKIKATNYA, PARTI UMNO DAN BN LAH YANG MULA-MULA SEKALI MEWUJUDKAN KONTRAK SOSIAL ANTARA KAUM DAN TAK KAN SEMUDAH DAP UNTUK MEMECAHBELAHKAN KAUM DAN MENGHALAU ORANG MELAYU DARIPADA KAMPUNG HALAMAN MEREKA DI PULAU PINANG. KALAU NAK BERUCAP TU..BERUCAPLAH YANG ELOK2. TAK PERLULAH SEMUA NAK DIPOLITIKKAN TUAN GURU YANG MULIA. INI BERUCAP SIKIT NAK MASUK POLITIK DAN KEMUDIAN HENTAM KERAJAAN. BILA MEDIA TAK NAK BUAT LIPUTAN TENTANG EXPO LAKSAMANA CHENG HO PUN HENTAM KERAJAAN JUGAK. MEDIA PEMBANGKANG KAN BANYAK? LAGIPUN, EKSPO TU BUKAN UNTUK MENJEMPUT ORANG MELAYU SEBAB LAMAN WEB EXPO NI PUN http://www.chenghoexpo.com.my/ DIBUAT DALAM TULISAN BAHASA INGGERIS. HM... UCAPAN TUAN GURU NI JUGA TURUT MENYENTUH BAHAWA ISLAM BUKAN MILIK MELAYU SAHAJA. ADUH! KALAU YA PUN NAK BERPOLITIK JANGANLAH NAMPAK SANGAT TERDESAKNYA. SIAPA PULAK YANG KATA ISLAM NI MILIK ORANG MELAYU JE? MEMANG ISLAM NI MILIK SEMUA ORANG YANG MENDAPAT HIDAYAH ALLAH DAN SEMUA ORANG YANG MEMANG TELAH DILAHIRKAN DALAM KELUARGA YANG BERAGAMA ISLAM. TAK PERLU LE SEBUT BENDA YANG SEMUA ORANG DAH TAHU. DI NEGARA NI PUN SAMA, SIAPA KATA ISLAM NI MILIK MELAYU JE? SESIAPA SAJA TAK KIRA APA BANGSA BOLEH MENGANUT ISLAM. CUMA DI NEGARA INI TELAH TERMAKTUB BAHAWA KALAU KAMU MELAYU MAKA KAMU TIDAK BOLEH MENGANUT AGAMA YANG LAIN SELAIN AGAMA ISLAM. MAKSUDNYA JIKA KAMU MELAYU, TIDAK ADA PILIHAN BERAGAMA BAGI KAMU KECUALI ISLAM! TAK MACAM ORANG CINA, INDIA ATAU KAUM YANG LAIN MEREKA ADA PILIHAN UNTUK MEMILIH AGAMA! ITU PUN SUSAH NAK FAHAM KE TUAN GURU? MAAF...TUAN GURU FAHAM CUMA SAJA NAK BUAT GIMIK YA? HM... |
Blog ini dibina sebagai wadah luahan dan harapan hati insan-insan yang bimbang perlembagaan negara kita yang menjadi tunjang pemerintahan negara dicabuli dan dipinda oleh mereka yang terlalu lahap mendapat kuasa hingga tergamak menggadaikan hak kita, sanggup mencemar agama dan biadap terhadap institusi raja.
RAKAN PEJUANG
26 November 2010
PAS TAK HABIS2 NAK MENGUTUK KERAJAAN....
Cheng Ho tak kaut harta, dia hanya berniaga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment