RAKAN PEJUANG

13 October 2010

HARAKAH SUKA MEMFITNAH?

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB) hari ini menjadi komitmen baru kerajaan untuk mengubah wajah kawasan pedalaman serta kampung terutama dari segi pembangunan prasarana serta usaha meningkatkan pendapatan penduduknya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melihat kawasan berkenaan dapat dibangunkan sejajar dengan dasar Model Baru Ekonomi (MBE) sekali gus membawa bersama luar bandar dalam arus pembangunan perdana negara.
Beliau berkata, sudah tiba masanya kawasan itu dilengkapi dengan prasarana lebih maju selain penduduknya mampu meraih pendapatan tinggi.
‘‘Saya ingin melihat wajah baru di kawasan luar bandar. Saya tidak mahu melihat petani-petani kita dalam keadaan miskin. Carilah kegiatan ekonomi yang ada nilai tinggi kepada mereka.
‘‘Umpamanya jika ada kawasan lapang, jangan jadikan ia tanah terbiar sebaliknya gunakan untuk tingkatkan pendapatan. Kita perlu mencari satu kegiatan yang mampu menjana pendapatan yang tinggi,’’ katanya ketika berucap melancarkan PILB di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.
Tahniah kepada DS Najib yang nampak bersungguh-sungguh dalam membangunkan negara dan memberikan kesenangan kepada rakyat khususnya orang-orang kampung.

Jangan percaya rayuan Najib, tolak Umno BN
Harakahdaily 
KUALA LUMPUR, 12 Okt: PAS menyeru rakyat Malaysia jangan terima rayuan Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat memberi mandat kepada Umno BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.
Sebaliknya, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyeru rakyat menggemblengkan tenaga untuk menolak kerajaan Umno BN.
“Ini kerana sudah cukuplah setengah abad, kehidupan rakyat semakin tenat dengan tekanan hidup yang memuncak,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Najib mengajak rakyat berkongsi impiannya untuk menjadikan Malaysia negara kelas pertama bertaraf dunia pada abad ke-21.
Kata Najib, kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.
Bagi Idris, indeks pengguna semakin menekan rakyat terutama yang berpendapatan rendah yang tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan Umno BN jujur dan amanah dalam mentadbir negara.
Menurutnya, pemimpin Umno BN pada hari ini merasa tidak berdosa dengan pengkhianatan amanah yang diberikan kepada mereka.
Sepatutnya, kata beliau pemimpin Umno BN merasa malu kenapa negara jiran seperti Singapura walaupun tidak mempunyai khazanah alam tetapi mampu memacu ekonomi setaraf dengan negara maju.
Rakyat perlu bangkit menolak BN untuk membentuk kuasa politik baru dengan meninggalkan kerajaan yang ada pada hari ini.
Semakin hari semakin kuat hasutan puak PR untuk menanamkan rasa benci rakyat pada Perdana Menteri dan Kerajaan BN. Puak PR begitu mudah bermain dengan kata-kata membuat tuduhan dan tohmahan kepada Kerajaan Malaysia. Sia-sia menjunjung kopiah dan serban tapi hati penuh dengan iri hati dan sentiasa berprasangka buruk terhadap niat keikhlasan dan usaha DS Najib dan kerajaan terhadap pembangunan negara dan kebajikan rakyat.

Bibir melaungkan islam tetapi perbuatan dan hati pernuh kotoran. Kalau tidak percaya, bacalah Harakah. Kita akan melihat betapa Parti PAS sangat ghairah membuat tuduhan dan menghasut rakyat membenci Perdana Menteri dan kerajaan BN-UMNO. Berbanding dengan Utusan Malaysia dan suratkhabar arus perdana yang lain, Harakah hanya tahu menabur fitnah dan hasutan. Rakyat tidak buta dan bodoh. Rakyat boleh melihat bagaimana nafsu serakah pemimpin PR ini telah melampaui batasan agama sehingga sanggup mengenepikan segala jasa dan kebaikan kerajaan BN-UMNO selama ini sehingga kita sebagai rakyat rasa bertuah tinggal di bumi Malaysia berbanding negara-negara jiran yang lain.

DS Najib sewajarnya dipuji. Beliau tidak pernah melatah walau difitnah dan dicaci, walau dimaki dan dihamun, dihina dan dikutuk oleh pembangkang. DS Najib tidak pernah resah bila dituduh kafir dan tidak islamik. DS Najib tahu apa yang lebih baik untuk orang Islam dan untuk rakyat negara ini. Tidak seperti pemimpin PR yang sentiasa cuba menonjol keburukan demi keburukan kerjaaan melalui kata-kata keramat mereka iaitu kerajaan sekarang ini adalah kerajaan zalim, perasuah dan menghalalkan judi hingga rakyat merana dan dizalimi. Persoalannnya siapakah yang zalim dan menzalimi? UMNO-BN kah yang telah meninggalkan banyak jasa membangunkan negara sehingga kita rakyatnya mengecapi segala macam kemudahan yang disediakan oleh kerajaan seperti masjid yang cantik dan indah berada di mana-mana (kecuali Kelantan yang susah nak jumpa masjid cantik dan besar) hospital, ubatan, jalan raya, air, elektrik, pendidikan percuma, buku teks, rancangan makanan tambahan untuk anak-anak miskin, bantuan demi bantuan diberikan oleh Kebajikan Masyarakat kepada ibu-ibu tungal dan orang-orang kampung yang miskin, bantuan kewangan dan modal untuk perniagaan kepada usahawan, wujudnya IKS (Industri Kecil Industri), dan pelbagai lagi yang sewajarnya kita perlu bersyukur pada Allah S.W.T yang telah melimpahkan kurnia dan rahmatnya pada kita rakyat Malaysia dan berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin UMNO-BN yang telah menjaga hak kita dengan baik dan saksama.

Berbaniding dengan kerajaan PR yang baru setahun jagung memerintah dan diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah beberapa buah negeri telah mula menunjuk lagak seolah-olah mereka hebat mentadbir sedangkan apa yang mereka kecapi itu adalah usaha daripada titik peluh kerajaan BN. Malah ada di antara parti PR ini berantakan kerana mengejar kuasa. Kerakusan ingin berkuasa menyebabkan mereka begitu sibuk menabur fitnah seolah-olah rakyat dizalimi. Mereka yang suka menabur fitnah inilah yang menzalimi rakyat kerana cuba untuk memecah belahkan rakyat dengan kenyataan mereka yang sangat mengelirukan. Mereka kata rakyat dizalimi sedangkan mereka lah menzalimi rakyat.

Cuba ambil contoh di Kelantan, jika PAS bijak memerintah, kehidupan rakyat Kelantan tidak sedaif sekarang ini. Pergilah ke Kelantan, lihat sendiri pekan-pekan kecilnya tidak terurus dan tersusun, kotor dan bagaikan hidup segan mati tak mahu. Sekarang ini Kota Bahru saja yang baru nak membangun setelah berpuluh tahun memerintah. Malahan kebanyakan rakyat Kelantan hidup susah dan daif. Ini bukan dakwaan kosong tapi hakikat. pergilah ke Kelantan dan tengok sendiri. Mana ada masjid yang indah yang didirikan di Kelantan? Banyak tanah-tanah terbiar tidak dibangunkan yang sewajarnya boleh dibangunkan untuk menjana ekonomi rakyatnya. Kerajaan telah mendirikan UITM di Machang dengan tujuan untuk membangunkan kawasan sekitarnya tapi apa yang berlaku? Pergi tengok sendiri. Ada hotel pun hotel yang banyak lipas. Yang ada hanyalah masjid lama kononnya tidak mahu membazir. Bukankah masjid itu lambang kebanggaan kita sebagai negara Islam? Kenapa? kerana PAS hanya sibuk menghasut tapi tidak pandai membangun dan memakmurkan rakyatnya.

Meminjam kembali kata-kata PM
‘‘Umpamanya jika ada kawasan lapang, jangan jadikan ia tanah terbiar sebaliknya gunakan untuk tingkatkan pendapatan. Kita perlu mencari satu kegiatan yang mampu menjana pendapatan yang tinggi,’’

Rakyat tidak bodoh dan tidak mudah diperbodohkan oleh janji manis PR terutama PAS yang sedang menggendong DAP untuk dibawa ke Putrajaya. Lim Kit Siang ketawa girang sambil dikendong oleh pemimpin PAS yang hilang jati diri islamnya dan hanya menunggu masa menyimpan kerakusan dan nafsu untuk berkuasa menjadi menteri dan mentadbir di Putrajaya. Rakyat dah semakin jelak dengan ungkapan rasuah, zalim dan sekular. Taburlah dakyah tetapi kami tetap berdakwah untuk mengajak seluruh umat Islam bersatu menentang kezaliman PAS dan PR yang ditaja oleh DAP laknatullah....
Tahniah DS Najib kerana memang kami rakyat nampak dengan jelas, DS Najib punya kesungguhan untuk membawa kesengangan pada rakyatnya tanpa memperdulikan kata-kata kotor dan jijik daripada pihak pembangkang yang sekarang ini sangat kemaruk untuk berkuasa.

Tidak keterlaluan dikatakan akan ada pemimpin PAS masuk neraka kerana fitnah yang ditabur pada DS Najib dan kerajaan Islam UMNO-BN. Sesungguhnya segala amalan bermula dengan niat. Hanya Allah mengetahui mana yang benar mana yang palsu. PAS hanya parti menggunakan lambang bulatan putih dan berlatar belakangkan hijau yang membawa maksud politik semata-mata bukan kerana agama. Jika tidak, pasti bendera dan lambang parti mereka tertera kalimah Allah dan RasulNya.Hentikanlah meracuni pemikiran rakyat. Allah akan melindungi kami daripada kezaliman mereka yang fasik dan lagha pada kesoronokan untuk berkuasa, mempergunakan agama dan ayat suci Allah untuk menghalalkan cara demi mencapai matlamat.

No comments: