RAKAN PEJUANG

14 October 2010

BENDERA JADI PENYELAMAT ANWAR?

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH...KINI SATU LAGI LAPORAN DIBUAT OLEH PEMBANTU PERIBADI ANWAR IBRAHIM MENGENAI SUMPAH PALSU YANG DIPAKSA UNTUK MENUTUP PERILAKU ANWAR TERHADAP SAIFUL.

NAMPAKNYA ANWAR SUDAH TIDAK MAMPU BERDALIH....KEBENARAN SEDANG MUNCUL MEMBUKTIKAN SUMPAH SAIFUL BUKAN SUMPAH DUSTA. APA LAGI DALIH ANWAR UNTUK MENGELAK LAPORAN YANG DIBUAT OLEH PEMBANTU-PEMBANTUNYA INI?

MOHD RASID B. RASIDI TELAH MENGIKUT JEJAK LANGKAH RAHIMI MEMBUAT LAPORAN POLIS MEMBATALKAN SURAT AKUAN SUMPAH YANG TELAH DIBUAT BERHUBUNG KES DAKWAAN SAIFUL TERHADAP ANWAR. BACA DISINI:








KEGAGALAN PERIBADI ANWAR TURUT BERIRING DENGAN KEGAGALAN KARAKTER ANWAR SEBAGAI PEMIMPIN PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) YANG TELAH BERANTAKAN KERANA PERCATURAN KUASA YANG CUBA DILAKSANAKAN DALAM PARTI TERSEBUT. INI MEMBAWA KEPADA RASA TIDAK PUAS HATI AKAR UMBI YANG TIDAK PUAS HATI DENGAN CARA PERCATURAN TERSEBUT. 


SEDANG PERGOLAKAN DI 64 BAHAGIAN BERLAKU, ANWAR KINI CUBA MENJADI HERO PULA DI NEGARA JIRAN INDONESIA. ANWAR MENANGGUK DI AIR KERUH SAMBIL BERCERAMAH MEMBURUKKAN IMEJ NEGARA DAN MENONJOLKAN DIRINYA YANG BERSIH DAN KONONNYA DIZALIMI. KONONNYA DIA MAMPU UNTUK MENDAMAIKAN PERTELINGKAHAN INDONESIA DAN MALAYSIA. 


PERSOALANNYA ADAKAH KEDUA-DUA NEGARA SERUMPUN INI BERGADUH? YANG BENGONG DAN BINGUNG ADALAH PUAK PEMBAKANG BENDERA YANG MENTALITINYA SAMA MACAM ANWAR IBRAHIM. MAKANNYA MEMANG LAYAK LAH ANWAR MENGAKU UNTUK MENJADI PENDAMAI KERANA DARI SEGI PERWATAKAN MEMANG ADA PERSAMAAN. TIDAK TAHU LAH KALAU-KALAU BENDERA ITU BALACI DAN PENCACAI ANWAR YANG MEMBUAT HURU HARA DAN AKHIRNYA DITENTERAMKAN SENDIRI OLEH ANWAR. JADI DENGAN CARA INI, MENUNJUKKAN ANWAR SEORANG WIRA DI MATA ANTARABANGSA....HANYA ALLAH YANG TAHU KEBENARANNYA. 


PADA ZAMAN PEMERINTAHAN TUN MAHATHIR DULU, KITA RAKYAT MALAYSIA DAN TUN SENDIRI TELAH TERTIPU OLEH PERAWAKAN DAN PERWATAKAN ALIM ANWAR (SEHINGGA SEKARANG MASIH ADA YANG TERTIPU). DULU ANWAR IBRAHIM SEORANG PEMIMPIN MUDA YANG BERTENAGA DAN BERPANDANGAN JAUH. KERANA ITU, TUN MENGANGKAT DIA BEGITU CEPAT DILETAKKAN SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI. ITU ADALAH PETANDA KASIH SAYANG TUN DAN PENGHARAPAN YANG TINGGI TUN DR. MAHATHIR PADA ANAK MUDA YANG DIPANDANG PENUH KEWIBAWAAN INI. NAMUN TERNYATA SANGKAAN TUN DAN RAKYAT MELESET. ANWAR BUKAN ANWAR YANG SEBENAR. APABILA MENDAPAT KUASA DAN DUDUK DI TEMPAT NOMBOR DUA BEGITU LAMA, DIA MULA RESAH. DIA MULA MENGGIGIT TANGAN ORANG YANG MEMBAWANYA KE ATAS, YANG MEMBERIKAN PANGKAT DAN PENGHORMATAN. DENGAN KEHENDAK ALLAH AKHIRNYA DIA MENJADI TIMBALAN PERDANA MENTERI. TUN MEMANG INGIN MELANTIK DIA MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA. KALAU KITA FIKIR SECARA LOGIK, MANA MUNGKIN TUN MAHU BERMUSUH DAN MENJATUHKAN ANAK DIDIKNYA SENDIRI JIKA ANAK DIDIKNYA ITU TIDAK MELAKUKAN SESUATU YANG BESAR DOSANYA?.  


PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIMAAFKAN OLEH TUN ADALAH SEMASA KEMELESETAN EKONOMI  DULU,  ANWAR TELAH MENERIMA PLAN DANA DUNIA (IMF) DAN MEMBUKA PASARAN SELUASNYA SECARA LIBERAL SEDANGKAN KEAADAN INI AKAN MEMBAWA KEPADA KEMEROSOTAN RINGGIT YANG SEMAKIN TERUK.   SEDANGKAN TUN TELAH MENEGASKAN KITA TIDAK AKAN TUNDUK PADA POLISI IMF YANG AKAN MEMBAWA KEPADA KEMISKINAN PADA NEGARA BERTAHUN-TAHUN LAMANYA (SEBAGAIMANA YANG TELAH BERLAKU PADA BEBERAPA BUAH NEGARA JIRAN SELEPAS ITU). KERANA GILA KUASA ANWAR HAMPIR MELUMPUHKAN EKONOMI NEGARA. KALAU ANWAR BERKUASA KETIKA ITU, SUDAH TENTU KITA TIDAKAKAN HIDUP SENANG SEPERTI SEKARANG. NASIB BAIK ADA TUN MAHATHIR YANG BIJAK YANG TELAH MENAMBAT RINGGIT HINGGA KITA BERJAYA PULIH DARIPADA KEMELESETAN EKONOMI 1998 DENGAN BEGITU CEPAT MALAHAN MENJADI PUJIAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA. IMF SENDIRI TELAH MENGAKUI KESILAPAN POLISI MEREKA.


INI SATU BENTUK KEZALIMAN YANG TELAH ANWAR LAKUKAN PADA KITA TANPA KITA SEDAR. MUNGKIN RAMAI YANG SUDAH LUPA, TAPI KEBANYAKAN RAKYAT YANG SAYANGKAN TUN DAN NEGARA INI, RAKYAT YANG TAHU BERSYUKUR PADA ALLAH DI ATAS LIMPAH KEBAHAGIAAN DAN KEKAYAAN KITA DI NEGARA INI MEMBUKA MATA SELUASNYA BAHAWA ANWAR ADALAH VIRUS YANG SANGAT BAHAYA.


TUN TERPAKSA MEMECAT ANWAR KERANA KEBODOHANNYA YANG HAMPIR MENGGADAI NEGARA. KALAU SETAKAT PERILAKU TAK SENONOHNYA ITU, MUNGKIN TUN MASIH BOLEH MEMAAFKANNYA KERANA MELIBATKAN PERIBADINYA SEMATA TETAPI APABILA KERAKUSANNYA BERKUASA MENGGADAIKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA, TUN TIDAK AKAN BERKOMPROMI. 


ITU LAH ANWAR IBRAHIM YANG DISANJUNG RAMAI. MASIH ADA YANG SANGGUP BERGADAI NYAWA MEMPERTAHANKAN ANWAR HANYA KERANA ANWAR BERJAYA MELAKONKAN WATAK MENGKARUNGNYA DENGAN BAIK. SAYA TERINGAT PADA MALAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN 1998 DI PULAU PINANG, SAYA MELIHAT ANWAR BEGITU GHAIRAH DAN GEMBIRA BERSALAM DENGAN SEMUA HADIRIN DI BAWAH PENTAS HINGGA MENYUKARKAN PIHAK POLIS UNTUK MENGAWALNYA SEDANGKAN TUN MAHATHIR DILIHAT BERADA DI ATAS PENTAS DALAM KEADAAN YANG SUGUL DAN SEDIH. MUNGKIN TUN SEDIH  MELIHAT PERILAKU ANAK DIDIK KESAYANGANNYA ITU DAN SEDIH UNTUK MEMBUAT PENGUMUMAN MEMECAT ANWAR IBRAHIM. DI ATAS PENTAS, SEWAKTU SAJAK KEMERDEKAAN DIBACAKAN, ANWAR SEPERTI BIASA TERSENYUM DAN NAMPAK HAPPY SEDANGKAN TUN MENGHAYATI SAJAK BERKENAAN HINGGA NAMPAK BELIAU MENGESAT AIR MATANYA YANG GUGUR PADA MALAM TERSEBUT. INI ADALAH PENGALAMAN SAYA SENDIRI. TIDAK BEBERAPA HARI KEMUDIAN BARULAH SAYA TAHU BAHAWA KESEDIHAN TUN ADA SEBABNYA. KERANA SAYANGKAN ANWAR NAMUN ANWAR TELAH MENGKHIANATI KEPERCAYAANNYA. BUKAN MUDAH KITA MENERIMA KENYATAAN ANAK DIDIK YANG KITA ANGKAT DAN PERCAYA TELAH MENGKHIANATI KITA. MUNGKIN ITU YANG BERADA DI HATI TUN.


KINI ALLAH TELAH MEMBALIKKAN SEMULA KEPADA ANWAR IBRAHIM, SATU PERSATU ORANG KEPERCAYAANNYA MULA MENINGGALKANNYA DAN MEMBUAT LAPORAN TENTANG SALAH LAKUNYA. CUMA BEZANYA, ANWAR MENGKHIANATI TUN KERANA KUASA SEDANGKAN ANWAR DIKHIANATI OLEH ORANG-ORANG RAPATNYA KERANA KEBENARAN ANWAR ADALAH MENGKARUNG YANG HIDUP DALAM DUNIA KHAYALANNYA TERSENDIRI! 



MASIH ADAKAH LAGI YANG BUTA TIDAK MAHU MELIHAT DAN PEKAK TIDAK MAHU MENDENGAR SEHINGGA MENTULIKAN HATI UNTUK MENERIMA KEBENARAN BAHAWA ANWAR DAN PKR ADALAH PUNCA SEGALA PERPECAHAN YANG BERLAKU SEKARANG INI. HANYA ALLAH YANG TAHU.....

No comments: