RAKAN PEJUANG

23 October 2010

TAHNIAH PR KERANA DAPAT MENAWAN HATI ANAK MUDA!

TAHNIAH KEPADA PR KERANA BERKAT KESUNGGUHAN DAN IDEA BERNAS DARIPADA DAP DAN ANWAR TELAH BERJAYA MERACUNI PEMIKIRAN ANAK MUDA UNTUK MEMBERIKAN SOKONGAN PADU PADA MEREKA. RAMAI ANAK-ANAK MUDA KINI TERPEDAYA DENGAN FITNAH DEMI FITNAH YANG DITABUR OLEH MEREKA TERHADAP PARTI UMNO SEHINGGA ANAK-ANAK MUDA INI MENYAMAKAN UMNO=RASUAH=ZALIM. 

PADA PERINGKAT AWAL, UMNO MERASAKAN RAKYAT NEGARA INI TIDAK AKAN MUDAH TERTIPU OLEH KATA-KATA PEMBANGKANG KERANA PERCAYA ANAK-ANAK MUDA DAN RAKYAT DI NEGARA INI MATANG UNTUK MENILAI BETAPA BANYAKNYA JASA YANG DIBERIKAN KEPADA RAKYAT KHUSUSNYA ORANG MUDA. 

PEMIMPIN UMNO TIDAK ADA MASA UNTUK MERACUN PEMIKIRAN ANAK MUDA, KERANA BANYAK MEMIKIR TENTANG BAGAIMANA UNTUK MEMBANGUNKAN NEGARA. TAPI KINI, SANGKAAN MEREKA MELESET KERANA DAKYAH JAHAT PEMBANGKANG INI AKHIRNYA MENDAPAT TEMPAT DI HATI ANAK MUDA HARI INI SEHINGGA KEKELIRUAN ITU MULA MENJALAR DALAM PEMIKIRAN ANAK MUDA INI.
PEPATAH PUJANGGA MENYEBUT JIKA INGIN MENGHANCURKAN SESEBUAH BANGSA, RACUNILAH DULU PEMIKIRAN ANAK MUDANYA!
NAMUN, TIDAK SEMUA ANAK MUDA YANG MUDAH DIBELI. TIDAK SEMUA ANAK MUDA MUDAH TERPEDAYA DENGAN DAKYAH PEMBOHONGAN PEMBANGKANG. TIDAK SEMUA ANAK MUDA YANG LUPA SEJARAH. TIDAK SEMUA ANAK MUDA YANG LUPA PADA JASA PAHIT JERIH PERJUANGAN UMNO DAN BN UNTUK MEMBELA NASIB MEREKA. 
 
TIDAK SEMUA ANAK MUDA RELA MENJADI PEWARIS YANG AKAN MENGHANCURKAN MASA DEPAN NEGARA DENGAN MENYERAHKAN TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA KEPADA MEREKA YANG HANYA TAHU MENGKRITIK TETAPI GAGAL MENTADBIR, TAHU MEMBANGKANG TAPI GAGAL MEMBINA. 


TIDAK SEMUA ANAK MUDA YANG SANGGUP MENGGADAI MARUAH DAN ROH ISLAM DENGAN BERSUBAHAT DENGAN KAFIR DAP LAKNATULLAH YANG SENTIASA MENGINTAI PELUANG UNTUK BERKUASA DAN MENGENEPIKAN HAK BUMIPUTRA. 



MASIH RAMAI ANAK MUDA YANG TAHU MENGENANG JASA. MASIH RAMAI ANAK MUDA YANG TIDAK BUTA MENILAI DAN MELIHAT BETAPA BANYAK KEMUDAHAN DAN NIKMAT ALLAH BERIKAN MELALUI PEMIMPIN UMNO-BN YANG TELAH MEMBESARKAN MEREKA SEJAK MEREKA BAYI HINGGA DEWASA. 
NEGARA MASIH PUNYA ANAK MUDA YANG KENTAL SEMANGAT JUANGNYA UNTUK MEMBELA NEGARA! NEGARA INI MASIH ADA ANAK MUDA YANG HEBAT PEMIKIRANNYA UNTUK MEMBANGUNKAN NEGARA DAN KITA MASIH ADA RAMAI ANAK MUDA YANG AKAN MENJADI PEWARIS PEMIMPIN NEGARA HARI INI. 



KETAHUILAH ANAK MUDA, SESUNGGUHNYA ANAK MUDA ADALAH JIWA DAN ROH NEGARA!


No comments: