RAKAN PEJUANG

08 October 2010

KAFIR-MENGKAFIR - KERANA ALLAH ATAU KERANA PARTI?

Dipetik daripada laman bicara Minda Tajhid Dr. Asri (28 Jun 2010)
Suka mengkafir dan menyesatkan orang lain bukan akhlak muslim. Ahlus Sunnah wal Jama’ah berpegang kepada asas tidak mengkafirkan individu muslim yang lain melainkan terdapat bukti yang yakin tanpa syak dan tidak keuzuran lagi yang boleh diberikan kepadanya.
Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
BENAR APA YANG DITITIPKAN OLEH DR. ASRI DI ATAS:

Sekarang ini terlalu ramai di antara kita yang sering menjadikan istilah kafir mengkafir ini satu ungkapan untuk membuat tuduhan melulu tanpa batas kepada umat Islam yang lain apabila terdapat perbezaan pendapat antara mereka mengenai sesuatu perkara yang berkaitan dengan Islam dalam politik. Semoga ungkapan ringkas yang disisipkan ini dapat menyedarkan kita daripada kealpaan bahawa tidak ada sesiapa pun di antara kita yang layak mengkafirkan satu sama lain kecuali ternyata nampak dengan nyata individu tersebut murtad dan tersasar dari kalimah syahadah..

1 comment:

Tangga Langit said...

INILAH YANG DITAKUTI KERANA, TUDUHAN YANG KERAP KALI DI UCAPKAN DI TEMPAT AWAM AKAN MENGELIRUKAN ANAK2 KECIL NANTI.... MEREKA KELIRU KERANA ISLAM KAFIR, DAN KAFIR KAFIR...