RAKAN PEJUANG

19 October 2010

RASISNYA LIM KIT SIANG....HARAKAH MENJADI WADAH LUAHAN...

Rasis: Kit Siang persoal kerajaan lambat bertindak
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 18 Okt: Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang mempersoalkan kelewatan kerajaan mengambil tindakan terhadap dua pengetua sekolah di Johor dan Kedah yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis.
Kit Siang ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata kelewatan tindakan kerajaan dalam kes berkenaan ternyata bercanggah dengan kenyataan menteri bahawa tindakan tatatertib akan dikenakan serta-merta ke atas individu yang melakukan kesalahan.
"Kenapa tindakan ke atas pengetua ini lambat. Sungguhpun ada pergantungan tapi lewat dan tidak selaras dengan pengumuman menteri bahawa apabila perkara itu berlaku pergantungan akan dibuat serta merta," kata beliau.
Beliau turut menyoal sama ada kerajaan bercadang untuk menutup Biro Tata Negara (BTN) yang didakwanya menjadi punca kepada amalan rasis di kalangan rakyat.


BERITA INI DIPETIK DARIPADA AKHBAR HARAKAH HARI INI (17 OKTOBER 2010).. MENGAPALAH KIT SIANG SIBUK SANGAT NAK AMBIL TINDAKAN PADA PENGETUA TERSEBUT SEDANGKAN MEMBIARKAN SAHAJA KECULAPARAN DAN KELANCANGAN NAMAWEE TERUS-TERUSAN MENGHASUT ANAK-ANAK MUDA CINA DAN MEMPERTIKAIKAN PERLEMBAGAAN NEGARA. KIT SIANG JUGA SEBAGAIMANA ANAKNYA GUAN ENG TERUS-TERUSAN MENGINDOKTRIN PEMIKIRAN JUMUD ORANG-ORANG MELAYU YANG MENYOKONGNYA DENGAN MEMBURUK-BURUKKAN BTN DAN DASAR KERAJAAN YANG TELAH LAMA MENGHARMONIKAN KAUM DI NEGARA INI.


BTN BUKAN ALAT RASIS KERAJAAN KERANA APA YANG SELAMA INI KAMI HADIRI KURSUS BTN ADALAH UNTUK MELIHAT KEMBALI SEJARAH DAN PERJUANGAN DATUK NENEK MOYANG KITA DULU MELEPASKAN DIRI DARIPADA PENJAJAHAN BARAT TERMASUK SEMANGAT KERJASAMA PEMIMPIN BUKAN MELAYU KETIKA ITU. NAMUN AGENDA JAHAT DAP ADALAH MENUKAR SEJARAH DAN MENGASAK PEMIKIRAN RAKYAT DENGAN FITNAH DEMI FITNAH YANG DILEMPARKAN KEPADA BTN DAN KERAJAAN.


INI SEMUA ADALAH BERTUJUAN SUPAYA MEMUDAHKAN MEREKA MENGUASAI TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA KELAK DI BAWAH SEKUTU KUAT MEREKA PAS DAN PARTI YANG KINI HILANG ARAH TUJU PKR. NAMUN RAKYAT TIDAK MUDAH TERTIPU. KAMI AKAN MENOLAK PERJUANGAN DAP DAN SEKUTUNYA UNTUK MENAFIKAN HAK KAMI DI BUMI YANG TERCINTA INI.


PALING SEDIH, SEBAGAI ORANG ISLAM YANG WARAS, AKHBAR HARAKAH YANG MENJULANG NAMA ISLAM SEBAGAI TUNGGAK PERJUANGAN SANGGUP PULA MENYIARKAN PENDAPAT KIT SIANG LAKNATULLAH YANG RASIS INI DAN SANGGUP MENYIARKAN GAMBAR MANUSIA HIPOKRIT MUSANG BERBULU AYAM NI DALAM AKHBAR HARIAN MEREKA. FIKIRLAH SECARA WARAS...JIKA INGIN BERJUANG ATAS DASAR ISLAM, BERJUANGLAN UNTUK PEMBANGUNAN UMMAH BUKAN BERJUANG MENJATUHKAN UMMAH...


SESEKALI FIKIR, APA NAK HAIRAN, PENULIS POJOK PAS KINI ADA YANG MENGGUNAKAN NAMA SAMARAN TOHKONG MOSJID....INILAH HASILNYA BILA BERSEKONGKOL DENGAN KAFIR...

No comments: