RAKAN PEJUANG

27 April 2011

DS NAJIB MEMANG HEBAT! GUAN ENG? HUH!

SALAM....
ANAK SUFI INGIN MENGUCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA DS NAJIB YANG TIDAK PERNAH GOYAH DAN GENTAR PADA ASAKAN PEMBANGKANG! DS NAJIB TIDAK PERNAH LEMAH KERANA TOHMAHAN PEMBANGKANG! DS NAJIB TERUS MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH DENGAN PENUH BERHEMAH. INI ADALAH BUKTI KEJAYAAN NEGARA DI BAWAH PIMPINAN DS NAJIB YANG BARU 3 TAHUN MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA! 
 KEJAYAAN INI DIBENTANG DI DALAM PARLIMEN TAU! BUKAN SETAKAT CAKAP KOSONG! KALAU DALAM PARLIMEN BOLEH CAKAP SEBARANGAN KE? PEMBANGKANG KAT MALAYSIA NI KAN KE AMAT KEJAM BILA MENGKRITIK? SEMUA NAK DIBANGKANG DAN SEMUA NAK DIKAITKAN DENGAN POLITIK DAN PERKAUMAN! SILA BACA!

PN-1241-U12213
Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YAB. Perdana Menteri kerana keberkesanan dan kejayaannya memimpin dan menakhodakan negara melalui transformasi berlandaskan empat tunggak utama iaitu Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA, Program Transformasi Ekonomi berteraskan Model Baru Ekonomi negara, dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan ke 11 berjaya membawa perubahan dan wajah baru dalam semua bidang kehidupan.
Kejayaan pimpinan YAB. Perdana Menteri juga boleh dilihat melalui  pencapaian ekonomi negara yang mencatat pertumbuhan pesat ekonomi pada kadar 7.2 peratus pada tahun 2010 berbanding penguncupan 1.7 peratus pada tahun 2009.
Manakala indeks Bursa Malaysia telah mencatat paras tertinggi melebihi 1570 mata. Pelaburan asing dalam sektor pembuatan juga meningkat kepada RM29.1 bilion pada tahun 2009 iaitu peningkatan sebanyak 31.7 peratus. Adalah diramalkan pertumbuhan
ekonomi pada tahun ini melebihi daripada 6 peratus.
Perdagangan luar juga meningkat sebanyak 18.3 peratus kepada RM1.2 bilion berbanding RM988.2 bilion pada tahun 2009. Pimpinan beliau juga berjaya meletakkan Malaysia di tangga ke 10 dalam Laporan Daya Saing Dunia 2010 menjadikan imej negara semakin diyakini.
Di bidang pelancongan, Malaysia menduduki tangga ke 9 dalam senarai Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2009 diramal terus melonjak naik. Dari segi keselamatan Malaysia berada di tempat kedua terbaik di Asia dan 22 di dunia. Penurunan indeks jenayah sebanyak 15 peratus dan jenayah jalanan sebanyak 35 peratus pada tahun 2010 merupakan satu pencapaian memberangsangkan di bawah
kepimpinan YAB Perdana Menteri.
Kemiskinan juga dapat dikurangkan daripada 44,000 ketua isi rumah miskin tegar yang dikenal pasti pada tahun 2010 kepada hanya 100 sahaja.
Kadar pengangguran juga berada dalam tahap paling minima iaitu dalam lingkungan 3.5 peratus yang disifatkan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai sifar pengangguran (mana-mana negara yang kadar penganggurannya 4 peratus dan ke bawah adalah sifar pengangguran).
Pendapatan isi per kapita berjaya diperoleh dari RM22,345 pada tahun 2007 kepada RM26,355 pada tahun 2010 dan dijangka meningkat kepada RM27,950 pada tahun 2011. Diramalkan akan melebihi RM50,000 menjelang 2020.YAB.
Perdana Menteri juga berhasil memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku untuk generasi muda berumur 35 tahun ke bawah dan membina beribu-ribu unit rumah baru untuk rakyat.
MASA DEPAN MEREKA SEMAKIN TERJAMIN DI BAWAH PENTADBIRAN DS NAJIB 

KEPADA PEMBANGKANG KHUSUSNYA PAS, MANAKAH NIKMAT ALLAH YANG MAHU KAMU NAFIKAN? BANDINGKAN PENCAPAIAN DS NAJIB DENGAN PENCAPAIAN POLITIK NUAR BRAHIM, NIK AZIZ SERTA SI PENIPU DAN SI PENYELEWENG KUASA GUAN ENG DAPPIG CELAKA! MASIH NAK NAFI?

1 comment:

Anonymous said...

Satu peringatan kepada DS Najib, jangan jadi 'KERA DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK SENDIRI KELAPARAN.

dan 'YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDONG BERCICIRAN'

Tanda-tanda yang setia menyokong BN dan UMNO, yang sudah mula menyampah semakin jelas dari sehari kesehari.