RAKAN PEJUANG

05 April 2011

RAKYAT SARAWAK TOLONG BACA - SIAPA PAS UNTUK MENGGESA KITA?

SALAM...


PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK AKAN DIADAKAN TIDAK LAMA LAGI. DALAM KEHANGATAN KITA MEMBICARAKAN TENTANG VIDEO SEKS NUAR BRAHIM, ANAK SUFI LEBIH BERMINAT UNTUK MEMBAWA ISU PENTING BERKAITAN DENGAN PRN SARAWAK. DALAM HARAKAHDAILY.NET HARI INI, PAS GESA RAKYAT SARAWAK MEMBUAT PERUBAHAN. 


ANAK SUFI TERTARIK DENGAN PERKATAAN GESA. DALAM ISTILAH DEWAN BAHASA, GESA ITU BERMAKNA GOPOH-GAPAH/CEPAT-CEPAT/SEGERA/TERBURU-BURU. KOSA KATA INI DENGAN JELASNYA MENUNJUKKAN KERAKUSAN PAS UNTUK BERKUASA. PARTI POLITIK YANG SERING DIKAITKAN DENGAN HASUTAN DAN FITNAH INI, MENGGUNAKAN PERKATAAN GESA INI SEBAGAI CUBAAN MEMAKSA RAKYAT SARAWAK TANPA BERFIKIR PANJANG, TANPA PERLU MEMBUAT PERTIMBANGAN, TANPA PERLU MELIHAT KEBENARAN UNTUK MENUKAR KERAJAAN YANG MEMERINTAH SARAWAK. 


WAHAI RAKYAT SARAWAK, TAK PERLU TERGESA-GESA UNTUK MEMBUAT PILIHAN. TERGESA-GESA INI HANYA ADALAH SIFAT ORANG YANG TIDAK MEMBUAT PERANCANGAN DAN TIDAK ADA MATLAMAT. BERBEZA DENGAN KERAJAAN YANG ADA SEKARANG INI YANG SEMAKIN MENAMPAKKAN KESUNGGUHAN UNTUK MEMBERIKAN KESENANGAN PADA RAKYAT SARAWAK DENGAN PELBAGAI USAHA YANG BERTERUSAN. 


PEMERINTAHAN PAS TELAH GAGAL DI KELANTAN JUGA DI KEDAH. MEREKA HANYA MENUMPANG KESENANGAN KERAJAAN PUSAT. BEGITU JUGA DI PULAU PINANG. GUAN ENG HANYA MENABIK DADA MENDAPAT PELABURAN YANG BANYAK DI PENANG HANYA KERANA USAHA KERAJAAN BUKAN USAHA DIA. 


PKR PULA PARTI YANG HAMPIR LINGKUP. UNTUK APA KITA BERHARAP PADA PARTI-PARTI POLITIK PICISAN SEBEGINI? LEBIH BAIK KITA DUDUK KEKAL DI BAWAH KERAJAAN YANG SEDIA ADA KERANA KERAJAAN INI TERNYATA LEBIH MENJAMIN KESEJAHTERAAN HIDUP KITA.
RAKYAT SARAWAK YANG AKAN MENENTUKAN SEGALANYA. TOLAK GESAAN DARIPADA PARTI POLITIK PICISAN YANG HANYA MEMIKIRKAN KUASA TANPA FIKIRKAN KEBAJIKAN HIDUP KITA!

2 comments:

Anonymous said...

Pakatan rakyat lebih membantu rakyat dari UMNO/BN yang menjual bangsanya sendiri.Bukalah mata hati saudara,dimana tanah2 org.melayu diambil dan dijual kepada orang asing.Banyak lagi perkara yg umno buat,harap saudara berfikir dengan hati yg iklas dan renungkan apa yg sudah terjadi.Perjuangan Umno dahulu dan sekarang amat berlainan,berfikirlah?

Anonymous said...

kalau pr perintah takut2 malaysia ni habis dijual