ANAK SUFI YAKIN, RAMAI DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA YANG SUDAH MULA MUAK DAN BOSAN DENGAN PEMBANGKANG DI MALAYSIA NI. PEMBANGKANG DI MALAYSIA NI BUKAN BERTUGAS SEBAGAI CHECK AND BALANCE TAPI SEKARANG NI DAH JADI MACAM TUKANG KARUT DALAM KERAJAAN MALAYSIA.
APA SAHAJA YANG DICADANGKAN OLEH KERAJAAN TERMASUK YANG NAMPAK SANGAT NYATA UNTUK KEBAJIKAN DAN KESENANGAN RAKYAT, MEREKA AKAN TERUS MERAPU DAN MENGKARUTKANNYA. APA SAHAJA! BUKANKAH PEMBANGKANG YANG BAIK ITU SEHARUSNYA BERSETUJU DENGAN CADANGAN KERAJAAN APABILA IA BENAR-BENAR MENDATANGKAN FAEDAH UNTUK RAKYAT?
BIADAB
SESUNGGUHNYA PEMBANGKANG DI NEGARA INI ADALAH PEMBANGKANG YANG MENGACAU BILAU KAN RAKYAT. SUKA MENGANGGU FIKIRAN RAKYAT DENGAN MENANAM RASA WASANGKA, RASA BENCI DAN RASA JIJIK PADA KERAJAAN SEDANGKAN KERAJAAN YANG DI BAWAH PIMPINAN PARTI BN INILAH YANG TELAH MEMBAWA KESEJAHTERAAN PADA KEHIDUPAN RAKYAT. SEBAGAI CONTOH, SKIM RUMAH PERTAMA UNTUK ANAK MUDA TURUT MENJADI KECAMAN PEMBANGKANG. MEREKA YANG MEMANG KAKI PUTAR NI BOLEH KARUTKAN SKIM NI JADI BEBANAN. PALING MENYEDIHKAN BILA SKIM NI DI KAITKAN PULA DENGAN KRONI DAN KEUNTUNGAN PERIBADI. APA NI? APA MASALAH KALAU KERAJAAN BAGI PINJAMAN PERUMAHAN 100% PADA GOLONGAN MUDA? TAKKAN MENJADI MISKIN, PAPA DAN KEDANA ANAK MUDA YANG MENDAPAT SKIM PERUMAHAN INI SEBAGAIMANA YANG DIDAKWA PEMBANGKANG. PEMBANGKANG DAKWA ANAK MUDA INI AKAN MENANGGUNG HUTANG SAMPAI MATI!
BEGITU JUGA DENGAN KES SAMAN EKOR. LOGIK TAK BILA PEMBANGKANG KATA, DUIT SAMAN EKOR TU UNTUK MENGISI KANTUNG KERAJAAN? APA MAKSUDNYA NI? ADAKAH MEREKA MENYAMAKAN KERAJAAN DENGAN INDIVIDU? MEMANGLAH IA TERMASUK HASIL KERAJAAN. TAPI HASIL INI BUKAN UNTUK TEMBOLOK INDIVIDU TAPI UNTUK KITA RAKYAT MALAYSIA. UNTUK DIPULANGKAN SEMULA KEPADA KITA. JADI KALAU TAK NAK KENA SAMAN, JANGAN CARI NAHAS!
BUDAYA SAMSENG
LIHATLAH RAKYAT MALAYSIA, BETAPA JAHATNYA PEMBANGKANG DI MALAYSIA NI. HANYA YANG MEREKA TAHU MEMBANGKANG DAN MEMBURUKKAN KERAJAAN KITA. KERAJAAN INI KITA YANG PILIH. KITA YANG TENTUKAN. SIAPA MEREKA YANG TERNYATA GAGAL MENTADBIR NEGERI NAK MENGHASUT KITA MEMBENCI KERAJAAN? ANAK SUFI TIDAK KATA KERAJAAN YANG MEMERINTAH SEKARANG INI SEMPURNA, TAPI KERAJAAN KITA INILAH YANG TERBAIK BERBANDING DENGAN NEGARA-NEGARA JIRAN YANG LAIN YANG PENUH DENGAN KONFLIK. PERMAINAN PEMBANGKANG INI HANYALAH KATA-KATA. MEREKA PANDAI PUTAR. APA SAHAJA PUTAR. APA SAHAJA PUTARKAN AGAR NAMPAK BURUK.
KEMUDIAN BERITAHU SEMUA ORANG YANG POLIS, MAHKAMAH, SPR, SPRM, TENTERA SEMUA DI BAWAH UMNO. KALAU MEREKA KALAH, MEREKA AKAN KATA DIANIAYAI, TAPI BILA MEREKA MENANG MEREKA AKAN KATA MEREKA HEBAT. KITA BOLEH FIKIR DENGAN LOGIK LAH! JANGAN LAH FIKIR DALAM RUANG LITUP YANG SEMPIT. INI SOAL NEGARA. DALAM JABATAN KERAJAAN NI PUN ADA YANG MENYOKONG PAS, MENYOKONG DAP, MENYOKONG PKR, MENYOKONG HINDRAF DAN SEBAGAINYA. KALAU INSTITUSI INI TIDAK BETUL, SUDAH TENTU MEREKA AKAN BAWA ISU PENYELEWENGAN INI DENGAN BUKTI. MAKLUMLAH SEKARANG ZAMAN IT.
RAKYAT SEDANG MEMERHATI PERLAKUAN PEMBANGKANG NI. MEREKA ADALAH PEMBANGKANG YANG HANYA MEMBAWA MUSIBAH KEPADA RAKYAT. SUKA MEMPORAKPERANDAKAN KEADAAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT. MEREKA SENDIRI PUN PENUH DENGAN KRONISME, NEPOTISME, RASUAH DAN PENYELEWENGAN. MEREKA BERNIAT SANGAT JAHAT. JAHAT UNTUK MENGHASUT RAKYAT MEMBENCI KERAJAAN. SEDANGKAN KITA HIDUP AMAN, HARMONI BERSATU, KERETA MAKIN BERTAMBAH DI JALANAN, TARAF HIDUP SEMAKIN MENINGKAT, DAN KEMUDAHAN HIDUP KIAN BERTAMBAH. BANYAK YANG KERAJAAN BERIKAN KEPADA KITA.
KEPADA PENJAWAT AWAM, ELAUN ITP, ITKA SEMUA TIDAK DIKIRA DALAM PEMBAYARAN CUKAI BAGI TAHUN LEPAS. MAKNANYA, RAMAI YANG AKAN TIDAK PERLU MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN TAHUN LEPAS. INI SEMUA ADALAH GANJARAN YANG DIBERIKAN OLEH KERAJAAN KEPADA KITA SECARA TIDAK KITA SEDARI. TAK PERLU PUKUL CANANG MACAM PEMBANGKANG. BUAT KEBAJIKAN SIKIT, BAGI DUIT SIKIT DAH PUKUL CANANG SATU DUNIA TAHU.
PRU-13 MILIK PEMBANGKANG? JANGAN BERMIMPI LAH!
No comments:
Post a Comment