RAKAN PEJUANG

11 April 2011

RAKYAT SARAWAK TOLONG BACA! PEMBANGKANGLAH YANG MAHA ZALIM!

SALAM...


WAHAI RAKYAT SARAWAK, BUMI SAUDARA ADALAH TEMPAT YANG TENANG, BUMI ANDA SUDAH SEMAKIN MAJU. RAKYAT SEMAKIN SENANG. BELI KERETA PICK UP PUN DIBERI BANTUAN OLEH KERAJAAN. APA LAGI YANG TUAN INGINKAN? APA YANG HEBATNYA PAKATAN HARAM ITU? ADAKAH TUAN PERCAYA DENGAN KATA-KATA MEREKA YANG KONONNYA TELAH BERJAYA MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT SELAMA 3 TAHUN PEMERINTAHAN DAN SETERUSNYA MENAFIKAN JASA YANG DIBERIKAN OLEH BN?

APAKAH DALAM 3 TAHUN MEREKA MAMPU MEMBANGUNKAN NEGARA LEBIH BAIK DARIPADA APA YANG DIBAWA OLEH BN? ADAKAH KELANTAN LEBIH BAIK DARIPADA NEGERI LAIN DENGAN MASALAH AIR DAN KEMISKINAN YANG SANGAT KETARA DI SANA?


ADAKAH SELANGOR SEMAKIN MAJU HANYA KERANA USAHA PAKATAN HARAM? ATAU MEREKA SEBENARNYA BERSELINDUNG DI SEBALIK USAHA KERAJAAN PUSAT? BEGITU JUGA DENGAN PULAU PINANG YANG SABAN HARI TERPAMPANG DI AKHBAR MENGENAI KERAKUSAN GUAN ENG MEMUSNAHKAN EKONOMI BUMIPUTERA DI SANA?

GUAN ENG MENGAKU DENGAN MUKA YANG BEBAL DAN TIDAK MALU MENDABIK DADA KONONNYA DIA YANG BANYAK MEMBAWA PELABURAN SEDANGKA YANG BERUSAHA ADALAH KERAJAAN TERDAHULU. MALAHAN GUAN ENG MEMANG TELAH DIKENALI SEBAGAI KAKI PENIPU. SILA BACA DI SINI.


APA YANG INGIN DIBAWA OLEH PKR? MEREKA SENDIRI PUN BERANTAKAN. RAMAI YANG TELAH MENINGGALKAN PKR KERANA PKR DAN JUGA DAP ADALAH PARTI ANAK BERANAK. MEREKALAH YANG SEBENARNYA MENGAUT KEUNTUNGAN DARIPADA KONFLIK POLITIK INI.


WAHAI RAKYAT SARAWAK, ANWAR MEMANG MENIPU. MEMANG KAKI TIPU. LIHAT SAHAJA PENIPUANNYA SEMASA DI PENJARA DULU. KATANYA SEWAKTU ITU DIA SAKIT MACAM RUPA NAK MATI SANGAT DAH. TENGKUK BERBALUT KONON MACAM DAH PATAH RIUK KENA HENTAM. TAPI HAKIKATNYA ITU SATU PENIPUAN! ANWAR MEMANG KAKI PUTAR. ANAK BERANAK LIM PUN KAKI PUTAR. KINI KUMPULAN ENDARGON PAS PUN SAMA TERPALIT KAKI PUTAR. MEREKA KATA KETUA MENTERI KAYA RAYA. ADAKAH KETUA MENTERI PULAU PINANG TAK KAYA? ADAKAH ANDA TAHU BETAPA KAYANYA ANWAR IBRAHIM YANG TAK BEKERJA TAPI DUIT BERLAMBAK. BOLEH KELUAR NEGARA SEWENANGNYA DAN MEMBAYAR CNN UNTUK DITEMURAMAH?



APA PERJUANGAN PAKATAN HARAM? MEREKA INI HANYA MENGANGGAP KITA RAKYAT MALAYSIA SEBAGAI ORANG PAPA KEDANA YANG SANGAT KEBULUR DENGAN WANG RINGGIT. ITU SEBAB DALAM MANIFESTO MEREKA, MEREKA ASYIK NAK TABUR DUIT SAJA. NAK BAGI RM50 PADA ORANG TUA, NAK BAGI RM500 KAT CIKGU DAN SEBAGAINYA. TAPI HAKIKATNYA, ADAKAH AKAN TERTUNAI? BERAPA LAMA? JANGAN SAMPAI MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI SAUDARA! KALAU MEREKA ITU PARTI JUJUR MEMBELA RAKYAT TAKKANLAH RAMAI PEMIMPIN KANAN MEREKA YANG TELAH KELUAR PARTI.


SAUDARA SUDAH HIDUP AMAN DAN TENANG. KINI PAKATAN DATANG MENGHASUT SAUDARA UNTUK MEMBENCI KERAJAAN. KONONNYA MEREKA MAMPU MEMBERIKAN KESENANGAN SEDANGKAN MEREKA HANYALAH MENIPU UNTUK MENDAPAT KUASA DAN BOLEH MENUKAR PERLEMBAGAAN NEGARA UNTUK MEMUASKAN NAFSU MEREKA MENJADIKAN NEGARA INI SEBAGAI MALAYSIA MALAYSIAN. HAK KEISTIMEWAAN BUMIPUTERA AKAN DIHAPUSKAN. SAUDARA KAUM PRIBUMI TIDAK ADA LAGI KEISTIMEWAAN.


BN TELAH BERJAYA MEMBAWA PEMERINTAHAN YANG TERBAIK UNTUK NEGARA KITA INI. JADI, SAUDARA, FIKIRLAH SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN. KERANA SESUNGGUHNYA BN YANG TERBAIK!

Bandingkan 30 tahun Sarawak dengan 3 tahun Pakatan
Nazri Abdullah   
KOTA SAMARAHAN, 10 April: Rakyat negeri Sarawak perlu membandingkan kehidupan mereka di negeri ini yang 30 tahun diperintah BN, dengan kehidupan rakyat di negeri Pakatan Rakyat, kata Datuk Mahfuz Omar.
Naib Presiden PAS itu berkata, biarpun baru tiga tahun Pakatan Rakyat memerintah di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun keperluan utama rakyat di negeri-negeri itu cukup diberi perhatian oleh kerajaan negeri.

Apatah lagi rakyat Kelantan yang telah diperintah PAS sejak 20 tahun lalu, kini menikmati pelbagai kelebihan yang disediakan kerajaan.

"Rakyat Sarawak perlu iri hati dengan negeri Pakatan.

"Kena cemburu kepada rakyat Selangor, Kedah Kelantan Pulau Pinang, mereka dapat macam-macam dari kerajaan negeri, tapi rakyat Sarawak tak dapat," katanya ketika berceramah di sini.

Beliau memberi contoh rakyat Kelantan yang mendapat pelbagai kelebihan seperti skim Takaful Kifalah, Armalah dan puluhan yang lain.

Termasuk juga Selangor yang memberi 20 meter padu air percuma, RM1,500 kepada anak-anak yang memasuki universiti.

Di Kedah dan Pulau Pinang juga katanya, keadaan serupa berlaku apabila kekayaan negeri dibahagikan untuk dinikmati rakyat negeri itu.

"Kalau 2008 rakyat Kedah, Selangor, Pulau Pinang tak buat perubahan, adakah mereka dapat apa yang mereka dapat sekarang?

"Seperti Sarawak, walaupun rakyatnya 30 tahun di bawah BN, pemimpin kaya, rakyat papa kedana.

"Tuan-tuan boleh dapat benda sama, dengan syarat tuan-tuan lakukan perubahan," tambah Mahfuz lagi.

Beliau turut membidas tindakan pemimpin BN yang menuduh Pakatan Rakyat hanya pandai berjanji.

Katanya, apa yang dinyatakan Pakatan Rakyat bukan hanya janji manis, namun telah dibuktikan di negeri yang diperintah mereka.

"Kita bukan jual janji, bukan jual ubat, tapi kita sudah buktikan di negeri Pakatan Rakyat.

"Kita perintah tiga tahun, lebih baik dari BN perintah 50 tahun," katanya.

Mengakhiri ceramah tersebut beliau turut mendeklamasikan pantun yang dituju khas kepada rakyat negeri itu.
(PETIKAN HARAKAHDAILY.NET 11/4/11)


INILAH PENIPUAN PEMBANGKANG YANG TIDAK PERLU DIPERTIKAIKAN LAGI! NILAILAH SENDIRI! KERAJAAN DAH BERI LEBIH DARIPADA APA YANG MEREKA TAWARKAN! MEREKA HANYA MENGGEMBURKAN PEMBOHONGAN DAN MEMUKUL JANJI KOSONG! MEREKALAH YANG ZALIM KERANA MENAFIKAN JASA KERAJAAN DAN MENYUSAHKAN HIDUP RAKYAT YANG SEKIAN LAMA HIDUP DALAM AMAN.

4 comments:

Pokok said...

bro.. memang power artikel ni.. patut bagi cetak.. edarkan pada rakyat sarawak,, pokokakar.blogspot.com

Anonymous said...

Terciptakah “Fenomena Tsunami Politik Sarawak 2011” ? Itukah kegusaran PRU13?

Rakyat Sarawak sudah merdika 48 tahun .... takkanlah tahap kematangan politik demokrasi masih rendah seperti rakyat negara2 diperintah oleh diktator dunia... boleh dijual beli / dirasuahkan dengan harga yang murah melalui budaya POLITIK WANG BN?

Siapakah yang menjadikan mereka melarat & terpinggir dari arus kemajuan selama 48 tahun? Sedangkan kekayaan Bumi Kenyalang amat besar.. kemana perginya hasil mahsul komoditi balak, perladangan, perdagangan, industry, perlombongan termasuk royalti minyak negeri Sarawak?

Sudah tiba rakyat Sarawak buka mata dan minda merdika..... kembalikan hak milik rakyat asal ... jangan biarkan diri kita' ditipu berkali2 oleh orang yang sama, TAIB MAhMUD & the Gang (BN) , jugak PM Najibur Rosma & Cronies. ... inilah peluang & masa untuk buat PERUBAHAN POLITIK ... wahai rakyat Sarawak yang tercinta!

UBAH!... rakyat Sarawak buktikan TSUNAMI POLITIK SARAWAK pada PRN Sarawak ke 10 pada 16 April 2011 ini! Undilah Calun2 PR untuk PERUBAHAN secara demokratik dan bermaruah!

“SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SEHINGGA MEREKA MENGUBAH NASIB DIRI MEREKA SENDIRI”
[ Surah Ar-R’ad: 11]

Anonymous said...

siapa kata rakyat sarawak ke belakang? siapa kata? Sarawak sedang menuju pembangunan dan perubahan. Sebelum pembangkang buat kecoh, rakyat sarawak dah menikmati kemakmuran negara. Memang hasil mahsul sarawak banyak, tapi sarawak negara yang luas dan besar. Bezakan sahaja penduduk di kapit dulu dan sekarang. bezakanlah! siapa yang membawa pembangunan itu? Bukankah BN? Lagi satu, kaum pribumi sarawak sangat menyanjungi budaya hidup mreka yagn sangat unik dan tersendiri. Mana mungkin kita mengubah struktur alam rumah panjang kerana kita gilakan pembangunan. Sama juga masyarakat asli di semenanjung. mereka tidak mudah mengubah struktur alam kehidupan mereka. Mereka tidak mahu pembangunan yang ganas dan menyesakkan ini membunuh budaya hidup mereka. Namun, kerajaan tidak pernah lupa untuk membantu mereka. Pelbagai kemudahan diberikan kepada mereka. Malahan anak mereka juga diberi keutamaan untuk mendapatkan pekerjaan. Cumanya mereka lebih selesa dalam ruang litup sebegitu. Itupun kini sudah ramai penduduk pribumi yang semakin pintar dan bijak pendidikan mereka hasil usaha kerajaan. Manakah nikmat Allah yang mahu kamu nafikan wahai anonymous 1:51pm?

akmy said...

Petikan ayat Surah Ar-R"ad oleh Anon 1:51 pm itu sangat sesuai dan tepat dikembalikan oleh rakyat Sarawak kepada rakyat Kelantan.