RAKAN PEJUANG

08 April 2011

AMARAN ANAK SUFI KEPADA RAKYAT SARAWAK! BUKTI PENIPUAN PEMBANGKANG!


ANAK SUFI JUGA TURUT INGIN MEMBERIKAN AMARAN KEPADA RAKYAT SARAWAK AGAR BERHATI-HATI DENGAN MODUS OPERANDI PEMBANGKANG YANG AKAN MENABUR FITNAH TERHADAP PENTADBIRAN KERAJAAN BN DI SANA. SEBAGAIMANA STRATEGI YANG DILAKUKAN DI SEMENANJUNG, MEREKA AKAN MENGAITKAN APA SAHAJA ISU BERKAITAN DENGAN RASUAH, PENINDASAN, KEZALIMAN DAN SEGALA BENTUK KEJAHATAN KE ATAS PENTADBIRAN KERAJAAN BN. 

MEREKA SERING MENDABIK DADA SEOLAH-OLAH MEREKA LAH PEMBELA NEGARA YANG PALING SUCI DAN MANUSIA YANG PALING SEMPURNA. SEDANGKAN MEREKA LAH PENIPU BESAR DAN SUKA MEMPERGUNAKAN AGAMA DALAM MERAIH UNDI DAN SOKONGAN. BILA DAH DAPAT KUASA, MEREKA HANYA AKAN MEMENUHI TEMBOLOK MEREKA SENDIRI SAHAJA. KEBAJIKAN RAKYAT ADALAH AGENDA KEDUA MEREKA. 

DI SARAWAK, MEREKA CUBA MENAFIKAN JASA DAN BUDI KETUA MENTERI SARAWAK YANG TELAH BERJAYA MENINGKATKAN TARAF HIDUP MASYARAKAT SARAWAK DI SANA. MEREKA YANG SEBELUM INI KURANG MEMPERDULIKAN KEBAJIKAN RAKYAT SARAWAK, KINI TIBA-TIBA CUBA MENJADI WIRA. MEREKA SERING MENGAITKAN SARAWAK DENGAN KEMISKINAN DAN KEDAIFAN. MEREKA SEOLAH-OLAH MENGHINA RAKYAT SARAWAK DENGAN PANDANGAN SEDEMIKIAN. NAMUN PADA HAKIKATNYA EKONOMI RAKYAT SARAWAK SEMAKIN BAIK DAN LEBIH TERURUS. 

ANAK SUFI NAK AJAK RAKYAT SELANGOR BACA FAKTA DI BAWAH YANG DIPETIK  SUMBANGAN DARI MELANAU BLOGGER.
Berdasarkan data MIDA, Pelaburan perindustrian yang diterima negeri Sarawak pada tahun 2008 dan 2009 jauh mengatasi negeri-negeri lain, Pada tahun 2008 Sarawak menerima pelaburan sebanyak 15.1 Billion, mengatasi Selangor yang cuma 11.8 Billion. Manakala pada tahun 2009 Sarawak menerima pelaburan sebanyak 8.4 Billion, sekali lagi mengatasi Selangor yang cuma 6.7 Billion. Meskipun berlaku penurunan mendadak pada tahun 2010, namun secara keseluruhannya dari tahun 2008-2010, Sarawak masih menerima pelaburan kedua tertinggi di Malaysia dengan jumlah 27.6 billion.

Malah yang tercorot adalah Kelantan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, sepanjang tempoh 2008 hingga 2010 Kelantan tidak pernah menerima pelaburan mencecah 1billion. Tapi sampai di Sarawak pemimpin PAS berlagak mengatakan Kelantan negeri ‘maju dan bermutu’, sedangkan jutaan rakyat Kelantan terpaksa keluar mencari pekerjaan di negeri lain.
Apakah mereka ini layak mengajar kita di Sarawak tentang cara mengurus ekonomi negeri, sedangkan mereka sekadar bersandiwara dengan lakonan konon-kononnya mereka sudah berjaya di Semenanjung?
 KEPADA RAKYAT SARAWAK, JANGAN MUDAH TERPEDAYA OLEH MANIS MULUT BICARA PEMBANGKANG YANG UMPAMA MENGKARUNG NI!

1 comment:

Anonymous said...

Aku anak kelantan, menjemput sekalian rakyat sabah dan sarawak datang bertandang ke negeri kami. Pasti pru13 nanti melakar sejarah dinegeri kamu.