RAKAN PEJUANG

15 April 2011

DULU DISANJUNG KINI DISENGGONG! RPK DAN FAC (FREE ANWAR CAMPAIGN)!

SALAM...
RAJA PETRA MEMANG TELAH BANYAK MENIPU. RAJA PETRA SAHABAT ANWAR PERNAH DIBAYAR JUTAAN RINGGIT UNTUK MEMBINA BLOG KHUSUS BAGI MENJATUHKAN MARUAH DAN KREDIBILITI PEMIMPIN NEGARA DENGAN CARA MENABUR FITNAH DAN MENIPU RAKYAT. RPK AMAT MENGENALI ANWAR. 

MEREKA RAKAN BAIK YANG BERSEKONGKOL MENABUR FITNAH DAN FITNAH MELALUI MEDIA BEBASNYA MALAYSIA TODAY SEHINGGA MALAYSIA TODAY DIJADIKAN ASAS OLEH PENYOKONG PEMBANGKANG UNTUK MENGHENTAM, MEMAKI HAMUN, MENCERCA, MENGHINA DAN MENGAITKAN PELBAGAI KEJAHATAN DENGAN PEMIMPIN BN DAN PENYOKONGNYA SEKALI.

TAPI KINI RAJA PETRA KAMARUDDIN TELAH MENGATAKAN BAHAWA KREDIBILITI ANWAR TELAH TERCALAR DAN JATUH TERUK. BANYAK ISU YANG TIDAK MAMPU DITANGANI OLEH ANWAR. MALAHAN KATA RPK BAGAIMANA ANWAR NAK MEMERINTAH NEGARA SEDANGKAN DALAM PARTI POLITIK KEPIMPINANNYA SENDIRI PUN BERANTAKAN. PERSOALANNYA, ADAKAH KITA BOLEH PERCAYA PADA KATA-KATA DARIPADA SEORANG MUNAFIK YANG KERJANYA HANYA MENABUR FITNAH?

MARI KITA KAJI BALIK SEJARAH YANG BERLAKU PADA TAHUN 2008 APABILA RAJA PETRA MEMBUAT AKUAN BERSUMPAH TERHADAP PENGLIBATAN DS NAJIB DALAM PEMBUNUHAN ALTANTUYA.

(TAHUN 2008) KUALA LUMPUR: Tindakan mungkin akan diambil terhadap penulis blog Raja Petra Kamarudin sekiranya Peguam Negara mendapati terdapat unsur fitnah yang menjejaskan kredibiliti negara dalam akuan berkanunnya yang dibuat pada 18 Jun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Bakri Zinin berkata dakwaan yang dibuat oleh pengendali laman web MalaysiaToday itu dalam akuan berkanunnya itu adalah serius.
"Kita sedang jalankan siasatan dan sudah ambil beberapa keterangan kecuali seorang.Kita tunggu tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau enggan mengulas siapakah seorang lagi yang belum diambil keterangan.
Sehingga kini antara mereka yang telah diambil keterangan ialah isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, yang juga anggota Parlimen Rembau.

Raja Petra dalam akuan berkanun yang difailkannya di Mahkamah Tinggi di sini pada 18 Jun, menamakan tiga individu, termasuk Rosmah, yang didakwanya berada di tempat kejadian pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006. 

Akuan berkanun itu turut mendakwa bahawa Khairy menyimpan laporan perisikan tentera mengenai kehadiran Rosmah selain pakar bom, pemangku Kolonel Aziz Buyong dan isterinya Norhayati, yang juga pengawal pengiring Rosmah, di tempat Altantuya diletupkan di Puncak Alam, Shah Alam pada Oktober 2006.


Perakuan Sumpah Raja Petra

Sebaik membaca perakuan sumpah Raja Petra dua hari lalu saya segera menghubungi teman peguam memohon penjelasan.
Implikasi perakuan tersebut pastinya menggemparkan kerana tuduhan menjurus kapada penglibatan Datin Seri Rosmah dalam kes pembunuhan. Teman tersebut diminta memberikan bantuan guaman kapada Raja Petra.
Agak sukar kita memberikan pandangan selain desakan agar siasatan polis rapi dan secara profesional. Pet pastinya telah merenung hal tersebut dengan teliti, punyai bukti mempertahankan tuduhannya. Saya mendoakan keselamatan Pet dan kagum dengan keberaniannya!
ANWAR IBRAHIM

Raja Petra, Anwar Ibrahim dan Duit Kutipan Free Anwar Campaign (FAC)

Umum tahu bahawa apabila Brader Anwar Bin Ibrahim dipenjarakan kerana tuduhan meliwat dan rasuah, Raja Petra dan puak Reformasi telah melancarkan Free Anwar Campaign (FAC).

Raja Petra sendiri terlibat secara langsung dalam mengendalikan FAC dan beliau merupakan Pengarah FAC.

Kita tidak dapat mengesahkan bagaimana FAC dibiayai dan berapa banyak pembayaran yang diterima oleh Raja Petra bagi memastikan FAC mencapai objektifnya.

Bantahan Terhadap Penahanan Raja Petra Kamarudin

Saya mengecam penahanan aktivis sosial dan penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin, di bawah undang-undang kuku besi ISA. Dengan menggunakan ISA untuk menghalang proses perubahan di Malaysia, kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO mengesahkan ianya telah tidak berpijak di atas sokongan rakyat dan sudah tidak mampu memimpin Malaysia dengan adil dan demokratik.
Saya menegaskan Raja Petra mesti dibebaskan segera dan sebarang tuduhan yang dibuat oleh Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri mestilah diselesaikan dengan segera mungkin menuruti proses undang-undang. Raja Petra seharusnya dibenarkan untuk berjumpa peguam dan anggota keluarganya mestilah dibenarkan untuk berjumpa beliau sewaktu dalam tahanan.
Penahanan Raja Petra dan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan hari ini kepada Sin Chew Daily, The Sun dan Suara Keadilan di samping halangan terdahulu terhadap laman web politik yang terkenal, menunjukkan dengan jelas kesediaan kerajaan untuk melumpuhkan kebebasan bersuara di saat rakyat berani untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dasar kerajaan.
Selepas Pilihanraya 8 Mac dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, rakyat Malaysia telah menzahirkan keberanian dan iltizam mereka untuk membina satu masyarakat yang demokratik. Penahanan ini tidak akan meredakan merudumnya kredibiliti pentadbiran sekarang, malah hanya akan mempercepatkan kejatuhan pentadbiran ini.
KeAdilan mengulangi bantahan keras terhadap sebarang tindakan menahan individu secara sewenang-wenangnya. Kami secara konsisten menggesa pembebasan semua tahanan ISA kerana tindakan itu bertentangan dengan prinsip masyarakat demokratik. ISA ternyata digunakan untuk melumpuhkan sebarang kritikan dan digunakan terhadap individu yang mempertahankan hak kebebasan suara mereka yang bertentangan dengan pemerintah.
Menggunakan ISA hanya beberapa hari sebelum 16hb September jelas satu usaha untuk mencipta ketakutan dan ketidakstabilan palsu buat menjustifikasikan taktik kerajaan ke atas mereka yang bersama pembangkang.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang  (12 SEPT 2008)



KINI RAJA PETRA YANG DIKENALI DENGAN PANGGILAN MANJA OLEH ANWAR SEBAGAI PET SEKALI LAGI MEMBUAT PENGAKUAN BERSUMPAH. KALI INI PENGAKUAN BERSUMPAH RPK BUKAN DALAM MAHKAMAH TAPI MELALUI MEDIA YANG BOLEH DITONTON OLEH SELURUH DUNIA. KREDIBILITI ANWAR SUDAH TERCALAR TERUK.


KITA TUNGGU APA TINDAKAN ANWAR TERHADAP MAKHLUK PELIHARAANNYA YANG DIPANGGIL PET SATU KETIKA DULU. 


KEBENARAN SEMAKIN MENYERLAH! IBARAT KATA PEPATAH HANYA JAUHARI MENGENALI MANIKAM. HANYA ANJING MENGENALI TUAN!

4 comments:

Anonymous said...

NI LA NAMANYA BURUNG PIPIT MATI TERSEPIT...

BILA DAH TERSEPIT...BARU LA NAK MENEGAK BENANG YG..BASAH..KUYUP...LEPAS TU SAPA YG.MALU....SENDIRI MAU INGAT LA KAWAN...

Anonymous said...

Dituliskan - "Tindakan mungkin akan diambil terhadap penulis blog Raja Petra Kamarudin sekiranya Peguam Negara mendapati terdapat unsur fitnah yang menjejaskan kredibiliti negara dalam akuan berkanunnya yang dibuat pada 18 Jun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Bakri Zinin berkata dakwaan yang dibuat oleh pengendali laman web MalaysiaToday itu dalam akuan berkanunnya itu adalah serius."

Ape jadi dgn siasatan PDRM tu ... masuk bakul sampah AG ke ? Siapa nak siasat AG ?

Anonymous said...

KALAU MATA DAH DIBUTAKAN OLEH LUARAN, MAKA APA SAHAJA YANG DIKATAKAN BURUK SEMUA INDAH. ITULAH PENGIKUT DAN PENGANUT ANUGERAH TUHAN ANWAR ALJUBURI!

usin said...

pet, umpama binatang buas yg sentiasa perlu disuap makanan. andai terlepas suapan, maka situan akan jadi mangsa. nah! sembahyang hajat beramai2 di stadium melawati telah dikabulkan Allah. binatang buas yg selama ini menyorok dan menyerang dari dalam semak dh tunjukkan diri. mendedahkan bahawa selama ini tuan itulah yg banyak mencipta rekayasa buat onarkan negara. senjatamu dah makan tuan wahai anwar. senjata itu sangat bisa untukmu walaupun dipihak lawan senjata itu tidak berguna...