RAKAN PEJUANG

04 March 2014

Tolong khabarkan pada masyarakat China DUN Kajang.....

Salam Perjuangan

Anak Sufi tak tahulah kalau apa yang AS nak sampaikan ni di baca oleh pengundi China di Kajang atau tidak. Tapi ini adalah pandangan AS berkaitan sebab yang perlu difikirkan oleh pengundi China di DUN Kajang berhubung dengan wakil mereka dalam kabinet kerajaan sedia ada.

Pengundi China perlu ingat, PRK Kajang adalah satu-satunya cara yang ada untuk mereka meletakkan wakil China dalam Kabinet DS Najib. Jika mereka masih berkeras dan masih berada di awangan untuk mengundi selain MCA, maka tidak adalah wakil masyarakat bangsa China di dalam kabinet tersebut. Mereka jangan mengharapkan DAP menjadi kerajaan kerana senario politik pembangkang sekarang ini sangat tidak menentu. Tidur sebantal tetapi mimpi berbeza.

Walau 10 orang berupa anwar ibrahim yang menang di negara ini, kami bangsa Melayu tidak akan mudah menyerah pentadbiran negara pada DAP dan bonekanya. Ingatlah wahai pengundi china di DUN Kajang, jika wakil MCA menang bermakna anda semua masih punya tempat untuk memperjuangkan nasib generasi kalian, jika MCA kalah, kami orang melayu tidak rugi apa-apa.

Jangan mudah termakan pujuk rayu anwar ibrahim dan DAP kerana terbukti semakin kalian menyokong china DAP dan PKR semakin itu, kalian menjadi musuh kami kerana jiwa melayu seperti kami tidak mudah menyerah. Kami tidak seperti melayu dalam PKR dan PAS yang lemah dan sanggup menjilat DAP. Sebahagian besar orang Melayu tidak akan melakukan begitu. Ini terbukti dalam PRU yang lalu, kerajaan ini didirikan atas undi orang Melayu.

Jadi, jika kalian masih waras, sila fikirkan untuk mengundi MCA berbanding Anwar Ibrahim! Bermusuh adalah tidak baik untuk perniagaan bukan? Bukankah lebih baik kita hidup harmoni tanpa permusuhan seperti sebelum ini? Tepuk dada tanya akal.



1 comment:

Anonymous said...

Tak usah mimpilah. Cina tak pecaya BN, penipu besar !