RAKAN PEJUANG

31 July 2014

JANGAN JADI ANAK DERHAKA

SALAM PERJUANGAN

SALAM SYAWAL SALAM AIDILFITRI

Belum terlewat lagi untuk AS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca AS. AS mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf kepada semua pembaca sama ada yang pro kerajaan mahupun pro pembangkang.

AS ini anak yatim piatu tiada ayah tiada ibu. Walaupun begitu, AS seronok tengok anak-anak pulang ke kampung halaman berjumpa ibu dan ayah serta saudara mara pada Syawal yang penuh kemuliaan ni. Kita tidak tahu bahawa kepulangan kita bersama-sama ibu dan ayah untuk menyambut hari raya adalah saat dan detik yang amat membahagiakan mereka. Membahagiakan mereka amat besar pahalanya di sisi Allah S.W.T.

Walau sesibuk manapun kita pun ni, luangkanlah sedikit masa bersama mereka.  Dalam hal ni, AS tabik juga pada beberapa pemimpin Negara kita yang sempat juga menziarahi ibu bapa yang masih ada menjelang Syawal tiba. Antaranya adalah DS Hisham yang sempat menjalankan tanggungjawab terhadap ibunya yang tua. Pemimpin yang hebat bukan hanya hebat mengurus dan mentadbir Negara tetapi juga hebat sebagai seorang anak yang menyanjungi orang tuanya.  Dalam kesibukan urusan kerja rasmi Negara, pemimpin ini tidak pernah lupa untuk menziarah orang tuanya. Restu ibu itu yang utama. 

Embedded image permalink
Allah memberkati dan merahmati hidup seorang anak yang memuliakan ibu bapa mereka. Bila diri dirahmati Allah, orang akan suka dan sayang pada kita. Segala urusan dipermudahkanNya.

Kad Hari Raya drpd Malbatt saya simpan buat slamanya “: SLMT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR&BATIN”

Semoga selepas bercuti berhari raya ni, pemimpin Negara kita semakin cekal mengharungi cabaran yang sedang dan akan menunggu mereka.

19 July 2014

LIHAT LAH MAKNA YANG TERSIRAT BUKAN APA YANG TERSURAT

SALAM PERJUANGAN

SALAM RAMADHAN ALMUBARAK

Bukan mudah untuk jadi pemimpin. Bukan hanya setakat bercakap saja. Bukan setakat menyembur air liur berceramah sana sini berapi-api tapi tidak memberi makna pun pada pembangunan rakyat dan Negara. Bukan sekadar duduk di kerusi empuk dan sambil itu bertwitter dan berfacebook mencari salah dan terus mencetus isu yang sepatutnya tidak perlu pun diperbesarkan. Bukan sekadar  mencari salah tapi tidak memberikan jalan penyelesaian untuk kebaikan rakyat. Jarang sekalipun turun padang bersama rakyat sedangkan diri dinobat menjadi pemimpin setempat.

Untuk jadi pemimpin kepada sebuah komuniti pun susah ini kan pula nak jadi pemimpin kepada sebuah kementerian, sebuah Negara  yang pastinya memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang sangat tinggi. Paling penting kebijaksanaan dalam mengurus manusia yang berada di bawah mereka. Kita sebagai rakyat di bawah ni, pandai menuding jari, itu tak kena, ini tak kena. Sangat pandai menghentam tetapi sangat kurang memberi pandangan bernas untuk kebaikan. Kita bercakap atas dasar nafsu dan amarah. Kadangkala, percakapan kita itu merentasi ilmu yang kita ada. Akhirnya kita mewujudkan persepsi dan fitnah. Biarlah pemimpin menjalankan tanggungjawab mereka. Kita boleh menegur mereka tetapi biarlah berhemah dan memberikan pandangan yang berguna.

Sebagai contoh, kes MH17 yang berlaku sekarang ini memberikan impak yang bukan sedikit pada emosi kita rakyat Malaysia. PM DS Najib kelihatan sugul dan sedih serta berjanji untuk melakukan yang terbaik untuk membantu keluarga mangsa tetapi puak satu lagi tu tak habis-habis nak mencari salah. Betapa dangkalnya mereka. Apa saja mereka akan kaitkan dengan kelemahan pemerintah negara. 
Contoh lain, baru-baru ni ada suara sumbang yang mempertikaikan tentang pemergian DS Hisham ke Lubnan untuk bersama-sama tentera MALBATT di sana.  Kata mereka DS Hisham hanya makan angin. AS hanya menggeleng kepala mendengarnya. Butakah mata dan pekakkah telinga? Tidak kah kita tahu bahawa untuk menyertai misi ke Lubnan itu tidak mampu dilakukan oleh pemimpin biasa. DS Hisham boleh duduk di kerusi empuknya, memantau dari jauh perkembangan mereka. Tetapi itu dilakukan kerana beliau tahu, kehadiran beliau ke sana adalah sumber inspirasi, kekuatan dan semangat perwira yang dipalu menggerakkan jiwa dan raga pejuang di sana. Mereka di sana untuk bertarung nyawa membantu mangsa di sana.  Mereka perlukan suntikan semangat. Mereka perlukan tukang palu untuk memukul gendang keberanian dan jati diri dalam diri mereka. 

Justeru, apa yang dilakukan oleh Menteri Pertahanan ini bertepatan dan tepat. Tidak perlu dipertikaikan pun. Tapi macam biasalah puak-puak ni. Mereka tidak pernah berhenti mencari salah dan lemah. Yang mereka tidak sedari adalah merekalah yang lemah, jiwa mereka sakit untuk melihat segala hikmah. Macam AS katakan tadi, bukan mudah menjadi pemimpin di Malaysia kerana pembangkang negara ini mentalitinya rendah dan mereka hanya tahu berpolitik tanpa akal yang matang. 

18 July 2014

BUKAN SEKADAR IKRAR

SALAM PERJUANGAN

SALAM RAMADHAN ALMUBARAK.

Kita sekali terkejut. Terkejut dengan kehilangan pesawat MAS MH17 yang telah ditembak jatuh di Ukraine. Sedih memikirkan nasib keluarga mangsa yang pastinya mengalami trauma yang cukup kuat. Sebelum ini mereka bersama merasai kesedihan keluarga mangsa MH370, kini mereka pula merasainya. Ucapan takziah yang mendalam daripada AS kepada keluarga mangsa.
PM kita yang amat bertanggungjawab ini telah menyatakan ikrar bahawa sesiapa sahaja yang menembak pesawat MH17 akan dibawa ke muka pengadilan dunia. Semangat kesungguhan itu yang amat bermakna bagi kaum keluarga mangsa. Walaupun kita tahu bukan mudah untuk berurusan dengan pihak Ukraine atau Russia namun, apa yang dinyatakan oleh DS Najib mengandungi makna yang lebih jauh mendalam yakni beliau merasai setiap sedu dan sedan kesedihan keluarga mangsa dan berusaha untuk membantu yang sedaya upaya.

Selain PM, mantan Menteri Pengangkutan @ Menteri Pertahanan pun ada bersama ketika sidang media dilakukan. Ini menunjukkan keprihatinan menteri ini terhadap apa yang berlaku. Rakyat Malaysia bersedih lagi Cuma berbeza kali ini kita sudah tahu di mana letak jatuhnya pesawat berbanding dengan MH370 yang masih hilang entah ke mana. 

13 July 2014

KITA TIDAK AKAN SENTIASA BERADA DITAMPUK LAMA

SALAM PERJUANGAN

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Sebelum ni AS ada menyiarkan penulisan Tarikan Hukum Alam dan kali ni, AS nak kaitkan tarikan hukum alam ini dengan senario politik negara kita ni. AS tidak tahu apa yang telah berlaku pada situasi politik di Selangor  yang sedang bergolak. TS Khalid dikatakan sedang bertungkus lumus mempertahankan kerusi MB daripada dicekak oleh pemimpin agong PKR dan orang-orang kesayangannya. Pemberian bonus sebulan gaji adalah merupakan strategi MB Selangor untuk terus kekal mendapat sokongan warga kerja Kerajaan Negeri Selangor. 

Tak apalah TS Khalid, yang haq akan mengatasi yang bathil. Istiqomahlah dalam melakukan kebaikan. Usah gentar pada mereka yang gila kuasa. Begitulah hukumnya alam ini, jika semalam kita dipuji dan disanjung, hari ini kita akan dihina dan dikutuk. Dunia terus berputar.

Begitu juga dengan putaran hidup Menteri Pertahanan ni. Sebelum ni, menteri ini dikutuk, dihina, diperlekeh kononnya lembik, tidak proaktif dan diterjemahkan menjadi pemimpin yang gagal. Namun, Allah tidak mahu hamba-Nya ini terus diuji sebegitu. Keikhlasan menteri ini menjalankan tanggungjawab memikul amanah akhirnya terbayar dengan penampilan yang amat mengagumkan. Jika Allah mengkehendaki, maka ia boleh berlaku sekelip mata. Kejadian MH 370 telah berjaya membuktikan bahawa menteri ini rupanya memiliki potensi yang amat besar sebagai pemimpin negara. Percaya atau tidak, beliau semakin popular dan semakin disenangi ramai orang daripada usia tua hingga anak muda. Penampilan yang bersahaja dan low profile menjadikan menteri ini diminati. 

Pengendalian kes MH 370 yang dilakukan dengan baik berjaya meningkatkan imej negara. Malahan persabahatan dengan China semakin erat dan hubungan ekonomi juga meningkat. Menteri ini kini semakin aktif dan gigih untuk terus membuktikan pada rakyat Malaysia bahawa beliau pemimpin yang bukan calang. 

AS yakin, Tiong Lai yang mengambil tanggungjawab sebagai Menteri Pengangkutan pastinya akan berasa gementar sama ada beliau mampu atau tidak memberikan perkhidmatan terbaik sepertimana yang dijalankan oleh  pemangku menteri ini. Apapun, sama-sama kita tengok.




HUKUM TARIKAN ALAM

SALAM PERJUANGAN

Hidup ini umpama roda yang sentiasa berputar. Ada kala kita berada di atas dan ada waktunya kita berada di bawah. Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang kekal abadi. Tidak pernah ada manusia yang sentiasa statik di puncak. Justeru itulah kita perlu sentiasa bermuhasabah agar kita sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T. Hukum tarikan alam membuktikan bahawa jika kita berbuat baik, kebaikan itu akan datang kepada kita tanpa diundang sehingga akhir kita Husnul Khatimah tetapi jika kita berbuat jahat, menganaiyai orang, mengajak orang ke arah mungkar, maka segala keburukan dan kejahatan itu akan kembali kepada kita dan kaum keluarga kita. Nauzubillah. Jangan mati kita dalam kebencian Allah S.W.T.


Justeru wahai saudara seislamku, berlumbalah kita melakukan kebaikan, berusahalah kita agar mati kita Husnul Khatimah. Bersangka baiklah sesama kita. Perbanyakkanlah sedekah. Jika tidak mampu sedekah dengan wang ringgit, bersedakahlah dengan doa.  Semoga Ramadhan Al-Mubarak ini menyatukan hati-hati kita untuk bersama-sama mengukuhkan ikatan ummah. 

07 July 2014

JANGAN PANDANG RENDAH PADA LELAKI INI

SALAM PERJUANGAN

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Bila berlaku penyerahan kuasa Kementerian Pengangkutan daripada DS Hisham kepada Tiong Lai, maka puak-puak cai pakatan haram pun mula mencipta gurindam. Kata mereka Hisham dah cabut lari sedangkan MH370 belum ditemui. Mereka hanya bercakap kosong tapi hakikatnya lelaki yang merupakan cucu dan anak pemimpin negara ini bukan seperti pemimpin kesayangan mereka.Tidak berani berdepan dengan cabaran. Kekecohan di pusat pemilihan pun nak salah kan orang lain. Terlalu suka berhelah dan penuh dengan hipokrasi.

Walaupun DS Hisham telah melakukan penyerahan tugas pada Tiong Lai, namun sebagai orang yang bertanggungjawab, DS Hisham terus komited untuk bersama mengendalikan kes MH370. Kenyataan DS Hisham ini telah membuktikan  bahawa puak cai pembangkang silap membuat perhitungan. Ini kerana Hishamuddin adalah merupakan pemimpin yang matang dan memiliki integriti yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau. 
Jadi, kepada puak pembangkang hentikanlah main isu MH370 ni. Apapun, kalian tidak akan mampu untuk memfitnah kerajaan Malaysia khususnya Bekas pemangku menteri pengangkutan kerana lelaki yang bernama Hishammuddin ini bukan calang orangnya. Beliau semakin professional dalam mengurus tadbir negara kerana pengalaman mematangkan beliau. Teruskan DS.

03 July 2014

BONUS LAIN?

Salam Perjuangan

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Ajal maut semuanya di tangan Allah. Simpati membaca berita kemalangan yang menimpa tiga orang anggota tentera yang terkorban dalam nahas kereta kebal tadi. Yang hidup perlu teruskan kehidupan. Bulan puasa ni memang banyak dugaan. Kita bekejar nak balik rumah hingga kadang -kadang pertimbangan akal hilang. Berhati lah di jalan raya. Keluarga menanti kita di rumah. Amalkan sikap bertimbang rasa sesama kita.

AS juga mengucapkan terima kasih pada PM yang prihatin pada keperluan rakyat untuk menghadapi musim perayaan ni. Walaupun rm500 tetapi cukup membantu dalam persiapan raya khususnya bagi golongan berpendapatan rendah.

Malangnya ada yang masih tak puas hati dan mengagungkan pemimpin jumud mereka. Bersyukurlah. Sesungguhnya negara tercinta ini yang terbaik.