AS tidak tahu kenapa sejak mutakhir ni, AS berjumpa dengan beberapa orang rakan yang begitu bersungguh menceritakan tentang prestasi DS Hisham yang semakin menyerlah sekarang ni. AS terpinga-pinga juga kerana kata mereka DS Hisham ni tak sombong, rendah diri, mesra dan mempunyai semangat jiwa melayu yang sangat kuat. AS fahamlah memang dia berasal daripada keluarga yang telah banyak berjasa terhadap negara kita ni. Namun, ada juga orang yang keluarga baik-baik tetapi perangai generasinya sangat mengecewakan.
Kata mereka lagi, DS Hisham ni mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri yang berbeza daripada menteri yang lain (Jangan nak hentam AS pulak, sebab ini apa yang kawan-kawan AS katakan). Malahan dikatakan DS Hisham ni mempunyai kekuatan yang tersendiri.
AS pun terus membuat pembacaan untuk melihat kesahihan bicara mereka ni. Dalam pencarian ini, AS terbaca sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Malaysia Insider yang ditulis oleh seorang penulis pojok akhbar tersebut:
.....Of the three vice-presidents, only Hishammuddin has the advantage over them in various aspects, namely, (1) most ministerial experience - Youth and Sports (1999-2004); Education (2004-2009); Home (2009-2013), Defence (since May 2013), Acting Transport (since May 2013), augmented by being the deputy minister for International Trade and Industry (1995-1999); (2) aristocrasy: both his grandfather and father; (3) and most importantly, for the office of DPM and later PM, Hishamuddin has a definite advantage over the other two vice-presidents - being able to speak not only good English but having a polished command of the language. (Remember Tun Ghafar Baba was said to have a disadvantage due to his command of English as well as age that cost him the top post). (4) Age wise, he is very young as compared to the other vice-presidents, but he may be teased for being a post-Merdeka baby. - Premraj Victor.
Terjemahannya:
"Daripada tiga naib presiden, hanya Hishammuddin mempunyai kelebihan berbanding mereka dalam pelbagai aspek, iaitu (1) Pengalaman menjadi menteri - Belia dan Sukan (1999-2004); Pendidikan (2004-2009); KDN (2009-2013), Pertahanan (sejak Mei 2013), Pemangku Kementerian Pengangkutan (sejak Mei 2013), ditambah dengan menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (1995-1999), (2) aristocrasy: kedua-dua datuk dan bapanya, (3) dan yang paling penting, untuk jawatan TPM dan kemudian PM, Hishamuddin mempunyai kelebihan yang pasti lebih dua lagi naib presiden - mampu bercakap bukan sahaja Bahasa Inggeris yang baik tetapi sangat bijak berbahasa . (4) Kelebihan umur, dia sangat muda berbanding dengan Naib presiden lain tetapi dia mungkin akan diusik kerana merupakan anak pasca merdeka"
Mungkin sudah tiba masanya kita menukar persepsi terhadap DS Hishamuddin Tun Hussein. Kalau tidak kita yang membantu, siapa lagi? Takkanlah nak bagi RBA pula!! Apapun, AS yakin DS Hisham mampu menjadi pemimpin terhebat kelak. Anda bagaimana?
5 comments:
Persepsi telah letakkan UMNO dalam kesukaran, persepsi telah letakkan Hisham juga dalam situasi sukar. Tapi aku percaya jika sekarang ada orang cuba bermain dengan persepsi lagi ia tidak akan dapat memadam komitmen tinggi Hisham khasnya selepas pemilihan UMNO
Aku pernah kenal DS Hishamuddin sewaktu dia Ketua Pemuda. Kalau dia tak berubah, dia memang seorang yang amat mesra. Sekarang aku tak taulah. Dah lama tak jumpa.
Peghhhh!! Berani ko. Terus terang sungguh nooo...ini politik baru !
Hati aku kata Hishamuddin memang ada potensi. Banyak pembelajaran telah dilaluinya. Dia tak naik dengan mudah sebab dia tidak guna pendekatan populis. Syaratnya Hishamuddin mesti kekal lakukan apa yang dia lakukan sekarang
Asalkan UMNO. Saya percaya UMNO sahaja yang dapat menjaga Agama dan bangsa kita.
Post a Comment