RAKAN PEJUANG

25 March 2011

NAMA JE USTAZ TAPI SELAMBA JE TABUR FITNAH!

SALAM...


INILAH FITNAH YANG DIBAWA OLEH HARAKAH YANG MERUPAKAN LIDAH RASMI PAS!

Pemimpin Umno BN keterlaluan
Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Tindakan para pemimpin Umno BN kini ternyata semakin keterlaluan, apabila mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk menipu dan mengabaikan kepentingan rakyat di tanah air sendiri, demi mengekalkan kuasa.

Terbaru, untuk menarik perhatian rakyat supaya menyokong mereka, mereka juga sanggup membuat dan menayangkan video lucah kepada golongan tertentu yang mengaitkannya pula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib berkata, tidak sedarkah mereka dengan bahaya fitnah yang dibuat oleh mereka itu. Pada hal dalam Islam fitnah itu ditegah oleh Allah dan bahayanya amat besar.
Menurut beliau, antara bahaya fitnah, ia akan menyebabkan seseorang itu terkena dosa qazaf, merosakkan diri sendiri, masyarakat dan negara.

"Orang yang membuat dan menyebarkan fitnah juga perlu sedar, jika hari ini dia membuat fitnah kepada seseorang, suatu hari nanti fitnah yang dibuatnya itu akan turut menimpa dirinya sendiri pula," tegasnya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Selain menyebarkan fitnah dengan video itu, menurut beliau, para pemimpin Umno BN kini turut berusaha membawa masuk pekerja-pekerja asing ke negara ini dengan bilangan yang besar untuk menjadi pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti. 

Sehingga kini, beliau difahamkan seramai 90,000 pekerja asing telah diluluskan untuk dibawa masuk ke negara ini yang akan berperanan sebagai pengundi bagi pihak BN dalam PRU ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Katanya, selain PRU, mereka juga akan turut dipergunakan oleh Umno BN dalam siri pilihan raya kecil dari semasa ke semasa untuk menghadapi Pakatan Rakyat bagi membolehkan mereka menempa kejayaan. 

Ketika mendedahkan perkara itu, beliau berkata, daripada angka itu, 45,000 orang didatangkan dari India manakala selebihnya dari negara-negara lain termasuk Myanmar.

"Pekerja dari Myanmar kini kebanyakannya tinggal di Langkawi dan bekerja sebagai nelayan, sehingga menyebabkan nelayan-nelayan tempatan di Langkawi mengalami kerumitan untuk menangkap ikan akibat persaingan daripada mereka," ujarnya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Keadaan itu terjadi kerana mereka yang didatangkan dari Myanmar itu sendiri yang lebih berkuasa dalam aktiviti menangkap ikan berbanding nelayan tempatan kerana dibantu dan disokong sepenuhnya oleh para pemimpin Umno.

"Mengenai kemasukan pekerja-pekerja dari India, peliknya, mereka sanggup membawa masuk pekerja dari India sedangkan orang-orang India yang dah ada di negara kita sendiri banyak yang tak ada kerja.
"Selain itu, mereka sanggup membantu pekerja-pekerja India dari India dalam segala segi, sedangkan orang-orang India yang ada di negara kita sendiri banyak yang tak ada rumah," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar berfikir lebih jauh dengan permainan politik kotor para pemimpin Umno BN dan tidak lagi memberikan kepercayaan kepada mereka untuk memerintah negara dalam PRU Ke-13 akan datang.

12 comments:

Anonymous said...

inilah dikatakan kuman diseberang nampak Anwar depan mata tak nampak..PAS itu sebenarnya lagi kuat fitnahnya baik dari pemimpin,ahli mahupun harakahnya tp macam biasalah kesalahan semuanya di pihak BN,PAS fitnah sebab islam ker?

Dot said...

mana ada pemimpin pas yg berceramah berdasarkan bukti? dasar mrk hanya dengar kata, dengar cakap, difahamkan bahawa, si anu si anu dakwa & yg teristimewa sekali, suka bersandarkan ayat2 AlQuran yg dipetik, ditafsir sekerat2 sbg penyendal tu, adala. mrk memang cekap dlm bab tu walhal ayat2 Allah ni bukan ditujukan kpd orang2 lain semata2 tp untuk semua umat Islam termasuk juga orang2 pas. jgn ingat kamu tu maksum plak takkan kena bala bila doakan orang lain ditimpa bala! dah ramai pemimpin2 pas ditimpa balak...

Anonymous said...

Aku adalah penyokong tegar PAS sejak PR 8. Kau tau, sejak pas bersekongkol dengan DAP yang anti islam dan negara Islam aku telah sabotaj PAS. Aku bertambah marah bila parti yang memperjuangkan Islam suka memfitnah, mencaci, memaki hamun dan akhir-akhir ini menyatakan Allah ada anak. Nauzubillah hi min zalik. Aku bersumpah bersama-sama keluarga dan saudara maraku tidak akan menyokong pas, dan akan terus sabotaj selagi ia tidak kembali kepangkal jalan.

Anonymous said...

Pas adalah gulungan puak kawarij apa nak dipersoalkan dengan kata-kata ustaz berkenaan kerana otak mereka semuanya dah jumud "Orang lain semua dak betul, mereka je yang betul dan gulungan mereka je dibenar menfitnah pihak yang tak sehaluan dengan mereka.

Anonymous said...

Kerajaan bawa masuk diorang ni bukan apa...anak2 muda kita sekarang ni..mana sanggup nak keje 'kontraktor' mcm diorang tu..kalau takde diorang tu...pembangunan tak 'jadi'....

skrip dlm citer HMLBR..
"Kesiannnn..pembangunan depan mata pon tak nampak.."

Anonymous said...

setuju dgn ulasan tuan...saya amat sedih dgn pas walaupun saya x menyokong namun satu ketika dulu mereka "FIRM" dengan pendirian mereka tapi sejak akhir2 ini mereka bagaikan terkena ke muka sendiri...yang lebih menyedihkan barisan pemimpin mereka yg memakai gelaran "TOK GURU" berlidah cabang dalam byk kenyataan2 yg boleh merosakkan aqidah dan begitu mudah mengkafirkan org2 islam yg bersekongkol dgn UMNO...memang ulamak potitik penting kan kuasa dan harta pergunakan ugama demi kepentingan peribadi...ilmu tinggi2 x kanlah sedikit nur ilham dari Allah x dapat? jika mereka memahami apa yg saya maksudkan mereka akan faham....

Anonymous said...

Saya setuju..sebenarnya mereka ni lah pengodam agama yang sebenarnya..cth yang nyata..bila dr asri memberi pandangan yang menyebelahi pihak mereka maka bertujai2 lah pujian..melambong2 tapi bila dr asri beri pandangan agar si polan tu bersumpah maka bertujai2 lah lagi dia di kritik/hentam..nampak sangat bias..
Nak tanya anwar tu maksum ke?

Anonymous said...

Nama nya ... saja Parti Islam...
tapi tak nampak pun Ke islaman nya.

jo said...

Biasa lah...macam ramai orang pompuan muslim kita...bila jumpa kawan-kawannya..mula-mula kata..Akubukan nak mengupat..sipolan-sipolan tu....dia...dia...anaknya...dia buat...
Serupa macam ostad pas tu...Dia tak perasan apa yang dia cakap...nanti sorban juga jadi saksi...

Anonymous said...

sejak pas kawan dgn dap, aku mengubah hala..aku tak undi pas dah lepas ni..

Anonymous said...

subhanallah...bnyk sngt yg diluahkan...adalah lebih baik meluahkan kepada ALLAH swt..kalo kamu silap kamu juga memfitnah..ummat islam malaysia skrg bnyk yg mundur dek kerana terlalu bnyk menjamah(pandangan mata trn ke hati) yg haram....mungkin sbb tu hati mati..iman pun lari...

Anonymous said...

ustaz ni sebenarnya kecewa semasa dia imam besar masjid negara dia sering mempertikaikan gaji pemain bola lebih tinggi dari dia sebab tu letak jawatan imam join pas pis pus bertanding dalam pilihanraya sekarang dah jadi YB puas hati kiranya banyak elauan tapi sayang YB bisu sebab tak pernah dengar suara dia pun kat parlimen.