RAKAN PEJUANG

08 May 2012

TAHNIAH PEMBANGKANG! YOU'RE DEAD!

SALAM....

Anak Sufi ucapkan tahniah pada PR yang buat havoc masa Bershit 3.0 yang lalu kerana mereka telah berjaya mengurangkan keyakinan rakyat terhadap mereka. Paling tidak ia memberi kesan yang negatif pada kawan-kawan Anak Sufi yang dulunya penyokong parti pembangkang ni. Bila kenyataan di depan mata, bila dah tengok dengan mata sendiri betapa ganasnya dan bahayanya penunjuk perasaan jalanan Bershit 3.0 ni, bila dah nampak sendiri betapa teruknya perangai manusia yang konon menjunjung agama ni, maka mereka (Anak Sufi yakin ramai lagi rakyat di negara ni) membuka mata dan berpaling arah untuk mengundi BN pada PRU 13 nanti. 
DS Najib dan pemimpin negara yang lain sekarang ini terus menerus membina hubungan dengan rakyat, memberi kesenangan pada rakyat, menabur budi pada rakyat, cuba sedaya upaya memuaskan hati rakyat, berusaha mengangkat jiwa rakyat agar dapat hidup aman dan tenang di negara tercinta ini, TETAPI pemimpin pembangkang tidak putus-putus menyusahkan rakyat, menipu rakyat, mengaburi mata rakyat, menindas rakyat (Pulau Pinang menindas orang Melayu, menghalau orang Melayu dari kawasan pulau ke seberang. Selangor pula tidak langsung memperdulikan hal rakyat dengan sampah sarap yang bertaburan, dengan kelab malam dan rumah maksiat yang semakin pesat di Shah Alam, dengan botol arak yang dijual bersebelahan botol minuman biasa serta Kelantan yang tidak putus-putus dengan memberi minuman air kotor pada rakyatnya) mengaku pula hero dan konon hanya mereka yang mampu membela rakyat!
Rakyat dah muak dengan pembangkang! Percayalah! PRU 13 hanyalah mimpi ngeri bagi mereka! Allah pasti bersama orang yang benar!

Namun, kepada semua pemimpin BN, ini bukan bermakna kalian perlu rasa selesa. Rakyat yang akan menentukan segalanya. Biarlah strategi mereka menawan hati rakyat dengan keganasan dan pembohongan tapi kalian orang UMNO dan BN perlu tawan hati rakyat dengan kelembutan dan kasih sayang. InsyaAllah kemenangan akan berpihak pada kita! Yang batil tidak akan mampu melawan yang Haq!

No comments: