RAKAN PEJUANG

25 May 2012

MUZAKARAH DENGAN UMNO BAGAI SAMPAH! UMNO PERLU DISAMAK???

Salam...


Sedang dalam harapan yang membara masyarakat Islam untuk melihat UMNO dan PAS duduk semeja berbincang mengenai masalah perpecahan ummah sekarang ini, pihak PAS menarik diri daripada muzakarah tersebut. Jawapan nik aziz adalah kerana hadi awang sebagai presiden tidak setuju. Jawapan Hadi Awang pula kerana muzakarah ini adalah modal UMNO untuk meraih undi, modal UMNO setiap kali pilihanraya.


Kita semua tahu bahawa muzakarah ini dinyatakan awal oleh nik aziz sendiri bukan UMNO. UMNO sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan PAS tetapi macam biasa PAS asyik bermain sorong papan tarik papan. Kalau UMNO nak meraih undi sudah tentu UMNO yang mengusul muzakarah ni. Tapi sebaliknya berlaku. nik aziz kata dah lama tunggu muzakarah UMNO-PAS. Kemudian letak syarat yang pelbagai jika UMNO nak bermuzakarah! Kemudian ditentang oleh hadi awang! Akhirnya nik aziz kata tak boleh muzakarah! 


Punca perpecahan umat Islam kerana PAS terlalu angkuh, sombong, taksub pada kepartian, ujub, bangga diri konon lebih alim dan lebih syurga dari UMNO! Maki hamun daripada pengikut PAS terhadap ulama dan mufti tidak pernah ditegur oleh pemimpin PAS! Malahan pemimpin PAS membiarkan pengikut mereka menjadi ganas dan biadab. Pemimpin PAS lah yang membenarkan persepsi bahawa Islam ini ganas di mata bangsa dan agama lain . Memang pengikut PAS semakin ganas. Bukan sahaja ganas kata-katanya dengan penuh dengan cercaan, hinaan dan maki hamun terhadap umat Islam yang lain, malahan ganas juga dari segi perlakuan mereka yang bagaikan "sangat dahaga darah" orang UMNO!


Jika beginilah berterusan perangai PAS, kempunan lah nak melihat perpaduan umat Islam di negara ini. Yang semakin kukuh dan semakin kuat adalah perpaduan bangsa lain khususnya bangsa China yang sentiasa bersatu untuk terus kekal menjadi bangsa yang paling berjaya di negara ini! Jika begini terusnya, mungkin impian Karpal Singh dan Kit Siang untuk melihat orang bukan melayu menjadi Perdana Menteri menjadi kenyataan! Jika itu berlaku, Melayu akan jadi....





1 comment:

Unknown said...

Xavi Gerad Jude Am. Aiicco Insurans plc wakil. Kami menawarkan pinjaman kepada kadar bayaran balik 3%.Ini (CEO) hubungi kami jika anda berminat alamat e-mel: xavigeradloanfirm@yahoo.com
Aiicco insurans plc mengambil hanya dibenarkan mendaftar lebih umur 20.
Pelaburan Pinjaman Peribadi.
Pinjaman harta Pelaburan.
Pinjaman penyatuan.
Pembinaan Pinjaman.
Pilih satu atau pembayaran-tahun.
Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
Terma pinjaman yang fleksibel.
Tiada pinjaman sehingga untuk Tahun EUR 5000 8000.000.00.
Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik. Jude GERAD bugün.SR Kami Pelaburan plc: Jawapan hendaklah dihantar Namakan. E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com