RAKAN PEJUANG

15 May 2012

NUAR KATA HUKUM HUDUD TIDAK ADA DLAM BUKU JINGGA! HADI KATA YANG PENTING PILIHANRAYA!

SALAM....


ANWAR KATA HUKUM HUDUD TIDAK ADA DALAM BUKU JINGGA!

HADI KATA HUDUD TAK PENTING BERBANDING PILIHANRAYA!


Hukum Hudud Memang Tiada Dalam Buku Jingga – Pakatan


PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Isnin memutuskan untuk berpegang kepada persetujuan yang dicapai dalam buku Jingga di mana pelaksanaan hukum hudud bukan merupakan sebahagian polisi bersama mereka walaupun terdapat perbezaan pendapat antara PAS dan DAP dalam isu berkenaan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun terdapat perbezaan ideologi antara PAS dan DAP mereka akan tetap berpegang kepada persetujuan yang dibuat dalam buku Jingga pada 28 September lalu.
“Kita masih terikat dengan kenyataan pada 28 September, matlamat utama kita adalah penambahbaikan ekonomi, sebarang perubahan tertakluk kepada Perlembagaan dan polisi bersama yang telah dipersetujui sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PR selama hampir tiga jam di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin.
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu menghormati perbezaan ideologi dan agama yang terdapat dalam PR kerana ada isu yang lebih penting iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil adalah lebih penting ketika ini berbanding pelaksaan hukum hudud.


BETULKAH DI BAWAH NI ADALAH KABINET BAYANGAN NUAR AND THE GANG????



AGAMA HANYA ALAT BAGI PAS!

No comments: