RAKAN PEJUANG

10 January 2011

KITA BERSAUDARA TIDAK KIRA AGAMA...FAHAM!!!!!!!

 Kita Bersaudara tanpa kira kaum, agama
KUALA LUMPUR, 10 Jan: Lajnah Penerangan dan Dakwah khususnya skuad Kita Bersaudara yang baru dilancarkan semalam harus digunakan sebagai medium pendidikan kepada rakyat mengenai semangat persaudaraan tanpa mengira kaum dan agama.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, skuad Kita Bersaudara harus menyediakan satu garis panduan yang sesuai digunakan oleh semua peringkat dalam parti bagi kelangsungan gerak kerja penerangan kepada semua kaum.
(Gambar: Mahfuz menyerahkan sijil keahlian DHPP.)
"Program begini sangat baik yang sepatutnya tidak boleh habis di sini, tapi harus dikembangkan di pelbagai peringkat dengan menyediakan satu garis panduan yang mudah diikuti oleh organisasi dalam parti untuk menghidupkan program melibatkan semua kaum ini," kata beliau ketika ditemui di mjlis pelancaran Sua Kasih Kita Bersaudara di tapak Kompleks Pendidikan Titiwangsa, Jalan Gurney, dekat sini petang semalam.
Menurut beliau, unsur pendidikan mengenai persaudaraan antara kaum harus ditekankan dalam setiap program yang dilaksanakan pihak lajnah.
"Bukan sekadar buat program dengan satu keramaian sahaja tapi yang penting mesti ada unsur bagaimana proses pendidikan kepada rakyat pelbagai kaum untuk buang sifat perkauman yang melampau sehingga tidak melihat rakyat Malaysia ini sebagai satu keluarga," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.
Tambahnya skuad Kita Bersaudara ini juga dapat mewakili suara anak muda yang inginkan pembaharuan dan membenci sifat perkauman.
"Ini satu proses pendidikan iaitu dalam kumpulan ini, terdiri daripada wanita muda yang menggambarkan citarasa golongan muda yang bukan hanya boleh dihayati oleh wanita muda tapi keseluruhan masyarakat.
"Ini juga boleh menggambarkan perasasan anak muda yang tak mahu lagi melihat negara kita dipenuhi dengan sifat perkauman," katanya lagi.
(PETIKAN DARI HARAMKAH DAILY.NET)


ANAK SUFI CUMA NAK TANYA PADA USTAZ-USTAZ DALAM PAS YANG MASIH ADA RASA TAKUT PADA AZAB ALLAH S.W.T, BENARKAH SEMUA MANUSIA ITU BERSAUDARA TANPA MENGIRA AGAMA? BENARKAH KITA BERSAUDARA DENGAN KARPAL SINGH? BENARKAH KITA BERSAUDARA DENGAN LIM KIT SIANG? BENARKAH? PAS SEMAKIN MENGELIRUKAN UMAT ISLAM. PARA ILMUAN DAN ULAMA' PERLU BERTINDAK BETULKAN KEADAAN INI YANG KIAN MERUNCING MEROSAKKAN PEMIKIRAN ANAK MUDA


INILAH SAUDARA PAS! KERANA ITU MEREKA SANGGUP MATI KERANA DAP!

BUKANKAH DALAM ISLAM, KITA HANYA DIBENARKAN BERSAHABAT DENGAN ORANG KAFIR ZIMMI YANG DIBAWAH PENTADBIRAN KITA ORANG ISLAM TETAPI BUKAN MENJALINKAN HUBUNGAN PERSAUDARAAN. YANG BERSAUDARA HANYALAH KITA SESAMA UMAT ISLAM TIDAK KIRA APA KAUM DAN KETURUNAN! 


MUNGKIN PAS LUPA BAHAWA PERSAUDARAAN ITU HANYA WUJUD DI ANTARA KITA PENGANUT ISLAM DENGAN AHLUL KITAB (TAURAT DAN INJIL) YANG TIDAK MENYELEWENG DARI SEGI AQIDAHNYA PADA ALLAH S.W.T. TETAPI BUKAN PADA PENGANUT AGAMA TOISM, BUDDHA DAN HINDU ATAU KRISTIAN YANG TIDAK MENTAUHIDKAN ALLAH DAN YANG MENYEKUTUKAN-NYA! 

ANAK SUFI BERTANGGUNGJAWAB MEMBANGKITKAN SOAL AGAMA INI KERANA ANAK SUFI INGIN MEMBETULKAN PRINSIP YANG TELAH DISELEWENG OLEH PAS  KERANA KETAKSUBAN MEREKA BERPOLITIK!


ISLAM TIDAK PERNAH MELARANG MENJALINKAN HUBUNGAN BAIK ANTARA KAUM MALAH BERLAKU ADIL PADA PENGANUT AGAMA LAIN. NAMUN, HUBUNGAN ITU ADALAH BERTERASKAN KEPIMPINAN BUKAN PERSAUDARAAN! 


Berpegang teguhlah kamu sekalian pada agama Allah, dan janganlah kamu berpecah belah. Ingatilah karunia Allah kepadamu, ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan-Nya hatimu, sehingga kamu dengan karunia Allah itu menjadi bersaudara. Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka, lalu Allah melepaskanmu dari sana. Demikianlah Allah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepadamu supaya kamu mendapat petunjuk. Al-Imran: 103

ADAKAH AYAT DI ATAS TERMASUK KAUM KAFIR? TERNYATA PAS SEMAKIN JAUH TERSASAR..... PENGARUH PLURALISME AGAMA ANWAR TELAH TERSUNTIK DALAM PEMIKIRAN ORANG PAS! NAUZUBILLAH MIN ZALIK.

No comments: