RAKAN PEJUANG

04 January 2011

DAKYAH PEMBANGKANG MAKANAN ANAK MUDA

DAKYAH PEMBANGKANG DAN PEMBOHONGAN SERTA FITNAH TERHADAP ORANG ISLAM UMNO YANG TELAH DITANAM BERTAHUN-TAHUN KINI MEMBUAHKAN HASIL. INDOKTRIN PERKATAAN RASUAH, POLITIK ANAK BERANAK, PENYAMUN, KAFIR, DAN PELBAGAI LAGI TELAH TERBENAM DALAM SANUBARI ANAK-ANAK MUDA KITA. TANPA BERFIKIR PANJANG, TANPA MELIHAT PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN YANG DIBAWA OLEH KERAJAAN BN, TANPA MENILAI DENGAN AKAL, ANAK-ANAK MUDA INI TERUS DIASAK DAN DISUAP DENGAN KENYATAAN YANG MEMUALKAN INI. 
 PEMBOHONGAN DAN FITNAH YANG DILAKUKAN OLEH PEMBANGKANG

MALANG SEKALI MEREKA INI GAGAL UNTUK MEMBUKTIKAN SEGALA KENYATAAN TERSEBUT. HANYA CERITA KOSONG YANG DIJAJA MENYEBABKAN ANAK-ANAK MUDA KITA TERPENGARUH DENGAN DAKYAH MEREKA. JIKA BENAR, PERDANA MENTERI KITA DAN MENTERI LAIN MENGAMALKAN RASUAH SILA KEMUKAKAN BUKTI. JIKA BENAR MEREKA MAKAN HARTA RAKYAT SEWENANGNYA, SILA TUNJUK BUKTI! BERAPA RAMAI PEMIMPIN NEGARA YANG TELAH DILIBATKAN DENGAN RASUAH? ADAKAH BENAR NEGARA KITA INI DIPENUHI OLEH PEMIMPIN YANG KORUP? TUNJUKKAN?
DS NAJIB DAN BARISAN PEMIMPIN BN YANG KOMITED MEMAJUKAN NEGARA

ADAKAH PEMIMPIN PEMBANGKANG ITU SEMUANYA BERSIH SESUCI SUCINYA? SIAPA YANG MENGAMALKAN NEPOTISME ATAU POLITIK ANAK BERANAK? BUKTIKAN JIKA BN YANG MELAKUKAN DEMIKIAN? MUKHRIZ HANYA AKTIF SETELAH TUN MAHATHIR MELETAK JAWATAN. BEGITU JUGA PERDANA MENTERI SEBELUMNYA.  TAPI DAP DAN PKR, BELUM BERKUASA PENUH LAGI SUDAH MELETAKKAN WARIS SEBAGAI PENGGANTI UNTUK MENGGANTIKAN TEMPAT MEREKA KELAK!


POLITIK ANAK BERANAK YANG JELAS DALAM DAP

SIAPAKAH YANG MENGAMALKAN RASUAH? LIHAT PEMILIHAN PKR DULU, WANG BERLEGAR DAN BERPUTAR UNTUK MEMBELI UNDI. DAP, PKR MALAHAN PAS JUGA PENUH DENGAN RASUAH! ADAKAH MANUSIA YANG SENGAJA MEMBERI PULUHAN RIBU RINGGIT HANYA UNTUK SIA-SIA? TAMBAHAN PULA ORANG YANG DIBERI PULUHAN RIBU RINGGIT ITU (WALAUPUN BUKAN DALAM BENTUK WANG TAPI TAJAAN) BUKANLAH ORANG SUSAH! BUKAN ANAK YATIM PIATU YANG PERLU DIBANTU! APA MAKNANYA ITU? JELASKAN! SIAPAKAH YANG RASUAH?


KERANA RASUAH KEADAAN INI BERLAKU DALAM PKR

SATU LAGI BENARKAH ORANG UMNO INI TIDAK ISLAM? JIKA UMNO TIDAK MEMPERJUANGKAN ISLAM, SUDAH LAMA NEGARA INI LINGKUP DAN TONGGANG LANGGANG! SUDAH TENTU NEGARA INI PENUH DENGAN ORANG KAFIR DARIPADA ISLAM. KALAU TIDAK KERANA PERJUANGAN UMNO PASTINYA KURANG MASJID YANG INDAH DI NEGARA INI.  KALAU TIDAK KERANA PERJUANGAN UMNO DALAM MEMBANGUNKAN ISLAM, TENTU TIDAK AKAN WUJUD PERTAMBAHAN BILANGAN MUALAF DI NEGARA INI. TIDAK PERLU DAKWAH PAS, UMNO SENDIRI TELAH MEMULAKAN DAKWAH ITU BERTERUSAN DARI MASA KE SEMASA.
AKADEMI AL-QURAN ADALAH SALAH SATU BENTUK PERKEMBANGAN 
AGAMA ISLAM DI MALAYSIA

DAKYAH PEMBANGKANG TELAH MENYERAP DALAM JIWA ANAK-ANAK MUDA! NAMUN, HANYA ANAK-ANAK MUDA YANG LEMAH SAHAJA YANG BERJAYA DIKENYANGKAN OLEH PEMBANGKANG TETAPI TIDAK ANAK MUDA YANG BIJAK MENILAI DAN BERSYUKUR PADA RAHMAT ALLAH! 
ANAK MUDA YANG BIJAK AKAN MELIHAT ISU DARI PELBAGAI SUDUT BUKAN SEKADAR MENDENGAR DAN RELA DISUAPKAN DENGAN CERITA FITNAH!


JANGAN BIARKAN NEGARA INI DITAWAN SECARA HALUS OLEH PENGKHIANAT MUSANG BERBULU AYAM!

No comments: