MAZLAN ALIMIN MERUPAKAN PENGERUSI PERSATUAN ANAK PENEROKA FELDA KEBANGSAAN (ANAK) DAN NORMALA KINI MENJADI CALON PAS DI TENANG. KEDUA-DUA MEREKA ADALAH ANAK PENEROKA GENERASI KEDUA DARIPADA FELDA DAN FELCRA. DULU MEREKA HIDUP SUSAH DI LADANG. HASIL BANTUAN KERAJAAN, AKHIRNYA MEREKA TELAH BERJAYA MENJADI INSAN YANG BERPELAJARAN. FELDA DAN FELCRA TELAH MENGUBAH NASIB MEREKA. TIDAK SEPERTI KEDHAIFAN HIDUP KEDUA IBU BAPA MEREKA MEMBESARKAN MEREKA SEWAKTU KECIL DULU, KINI HIDUP MEREKA TELAH BERUBAH.
MALANGNYA, APABILA TELAH SENANG, SEPERTI BIASA DATANGLAH MENYERAP MASUK DALAM JIWA MEREKA PENGARUH PAS UNTUK MENUKAR PANDANGAN HIDUP MEREKA YANG TELAH MEREKA PEGANG SEJAK KECIL. AKHIRNYA MEREKA BERSAMA PAS MENIKAM KEMBALI KERAJAAN YANG TELAH MEMBERI PELUANG KEPADA MEREKA MENERUSKAN PENDIDIKAN.
KINI, APA SAJA YANG DIBUAT OLEH FELDA DAN FELCRA SEMUA TAK KENA SEOLAH-OLAH FELDA DAN FELCRA LANGSUNG TIDAK MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN BAIK. MEREKA SANGGUP MENGANGKAT KIT SIANG DAN GUAN ENG SEBAGAI PEMBELA MEREKA HANYA KERANA RASA TIDAK PUAS HATI TERHADAP KERAJAAN! ANAK SUFI TERINGAT PADA SATU KETIKA DULU BETAPA KIT SIANG DENGAN BIADABNYA BERKATA: TUAN-TUAN TELAH DIZALIMI OLEH UMNO! UMNO MEMANG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI! KAMI AKAN BANTU TUAN-TUAN!
SEDIH APABILA MELIHAT PENEROKA-PENEROKA BERTEPUK BILA MENDENGAR UCAPAN HASUTAN KIT SIANG INI. SIAPA KAH KIT SIANG? SIAPAKAH GUAN ENG? APA YANG MEREKA TAHU TENTANG PAHIT JERIH ORANG MELAYU DI FELDA? MEREKA HANYA TAHU MENGHASUT DAN TERUS MENGHASUT! MAZLAN ALIMIN TELAH MENYERAP MASUK DALAM JIWANYA HASUTAN DAP INI! TANPA DIA SEDAR, DIA TELAH MEMBAWA LAYARNYA KE ARAH ICEBERG YANG BOLEH MENENGGELAMKAN SELURUH MASYARAKAT FELDA! BEGITU JUGA NORMALA YANG LUPA BAHAWA GUAN ENG DAN KIT SIANG SANGAT BERMINAT MERAMPAS FELCRA!
MAZLAN ALIMIN DAN NORMALA SUDIRMAN, TIDAK SALAH UNTUK MEMBETULKAN APA YANG DIPANDANG TERPESONG, ITU TINDAKAN YANG BIJAK. TAPI BIARLAH MEMBETULKANNYA DENGAN AKAL DAN PERTIMBANGAN YANG WARAS. BUKAN DENGAN NAFSU DAN HASUTAN! LIHATLAH PELBAGAI KEMUDAHAN YANG DISALURKAN OLEH KERAJAAN PADA FELDA DAN FELCRA. HANYA CARA PENTADBIRAN CAWANGAN SAHAJA YANG PERLU DIMANTAPKAN. BELAJARLAH BERSYUKUR KERANA DENGAN SYUKUR KITA AKAN BERASA BETAPA KITA SANGAT BERUNTUNG DI BUMI BERTUAH INI!
SILA BACA JUGA CATATAN PENDETA KAIN SINGKAT YANG MENYENTUH HATI INI.
No comments:
Post a Comment