Interlok: Bimbang ada perangkap politik | | | | |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| | | | | | | |
Rusli Islam |
BANGI, 13 Jan: Pemuda PAS Pusat berjaya mempertemukan kumpulan sasterawan, seniman dan budayawan bersama dengan wakil-wakil NGO India petang tadi bagi membincangkan berkaitan isu novel Interlok.
Perbincangan berlangsung dalam suasana yang sangat harmoni dan matang, tidak ada sebarang pergaduhan dan pertelingkahan sepertimana yang berlaku di Klang sebelum ini.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat yang mempengerusikan perbincangan tersebut dalam kenyataan medianya merumuskan 3 perkara iaitu kedua-dua pihak sepakat menghormati karya seni hasil penulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain.
Selain itu, kedua-dua pihak juga khuatir adanya perangkap politik, oleh pihak yang sengaja membangkitkan isu sensitif tersebut.
Sebarang aktiviti pembakaran juga adalah ditolak kerana ruang perbincangan sepatutnya diutamakan.
Walaubagaimanapun ada beberapa perkara yang masih belum dapat diputuskan bersama dan perbincangan seterusnya akan diadakan pada 19 Januari, jam 2.30 petang bertempat di kompleks PKNS, di sini.
Menurut Dinsman yang mewakili kumpulan sasterawan, peristiwa hari ini merupakan suatu yang sangat berharga apabila dalam suasana politik yang sangat panas berkaitan isu Interlok dua kumpulan iaitu sasterawan dan kaum India dapat duduk bersama dan berbincang.
"Tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku, walaupun belum ada keputusan sebulat suara yang boleh diputuskan tapi dialog berlangsung dalam keadaan yang cukup baik.
"Pertemuan seterusnya, persefahaman akan lebih baik dan akan berjaya menghasilkan satu titik pertemuan," katanya.
Balasubaramaniam, Timbalan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pula merasa sedih dan dukacita kerana ada pihak-pihak yang membakar novel tersebut.
Pada pandangan beliau, perkara itu berlaku kerana pemimpin negara tidak cuba memikirkan suatu cara yang konkrit untuk menyelesaikan masalah itu.
"Saya sangat berterima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Pusat kerana melakukan perkara yang paling betul," kata beliau.
Katanya juga, sebenarnya orang-orang India boleh menerima novel dan penulis novel itu.
"Yang menjadi pertikaian sekarang ini ialah novel itu dijadikan buku teks di dalam sekolah menengah," tambahnya.
Perjumpaan tadi disertai oleh wakil-wakil dari Malaysian India Movement, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hindraf, Malaysia India Voice (MIV), Seniman Paksi Rakyat Malaysia (Paksi) dan seniman-seniman dan budayawan-budayawan tanahair.
Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar turut hadir.
INI ADALAH PETIKAN DARIPADA AKHBAR HARAKAHDAIYLY.
PEMBANGKANG SANGAT CELARU! DAH MEROSAKKAN KEADAAN DAN MEMBUAT TINDAKAN MENGKHINZIR BUTA KINI SYOK-SYOK JE NAK MENUDING JARI PADA KERAJAAN DAN BERSYAK WASANGKA PADA UMNO DAN BN KONONNYA MEMPUNYAI NIAT POLITIK.
MEMANG LAH HARAKAH BUKAN DITULIS OLEH ULAMA MELAINKAN AHLI POLITIK YANG SEMPIT PEMIKIRAN DAN GILA KUASA, NAMUN JANGANLAH NAMPAK SANGAT KEBODOHAN TERSEBUT HINGGA MEMUALKAN KAMI RAKYAT MALAYSIA.
APA KEJADAHNYA UMNO NAK TERLIBAT DALAM ISU INTERLOK NI? SIAPA YANG MERANCANG SEBENARNYA? KENAPA PULA KERAJAAN NAK DIBABITKAN DALAM HAL NI SEDANGKAN YANG MENCARI PASAL ADALAH PEMBANGKANG SENDIRI? DAH BALING NAJIS, DAH PENUH NAJIS PADA TANGAN, DAH BERBAU BUSUK LEPAS TU TUDUH KERAJAAN TAK SEDIAKAN AIR DAN PEWANGI!
TAK SUSAH JADI PEMBANGKANG NI. OTAKNYA HANYA MEMBANGKANG JE! TAPI TAK PERNAH FIKIR MEMBINA PUN! CAMANA RAKYAT NAK PERCAYA?????? |
|
No comments:
Post a Comment