RAKAN PEJUANG

17 January 2011

KEKHILAFAN PAS SEMAKIN MENYERLAH!

 sedutan daripada Malaysia Kini>>>>
Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan. 

Ambil secupak.......Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka "diambil secupak-secupak" sehingga habis.

nik aziz meeting with bloggers, kl"Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS," katanya yang mendapat tepukan kira-kira 130 penulis blog dan pemilik Facebook.

Katanya, hal demikian berlaku kerana berkat doa dan dakwah yang dilakukan membuatkan bukan Islam berasa selesa dan tidak takut dengan ajaran Islam.

Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan berkata demikian ketika menjawab soalan penulis blog Azizi Abdullah yang mengutarakan soalan mendakwa semangat PAS untuk menegak undang-undang jenayah Islam itu dilihat "mengendur" selepas bersama Pakatan Rakyat.

hudud lawSebelum itu, exco Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan turut memberi respon terhadap soalan berkenaan dengan menegaskan bahawa undang-undang tersebut sudah diluluskan pada tahun 1993 dan belum dimansuhkan.

Bahkan ia juga telah mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana "ada halangan dan cabaran".

Katanya, pendirian kerajaan negeri pada ketika itu adalah memikirkan kemudaratan yang akan dihadapi kerajaan negeri itu sekiranya undang-undang itu dilaksanakan. (MALAYSIA KINI)


MAKNANYA, NIK AZIZ TAK LAKSANAKAN HUDUD KERANA TAKUT HILANG KUASA BUKAN KERANA TAKUTKAN ALLAH! APA NAK JADI LAH PAS NI! TAKUTLAH PADA ALLAH JIKA KAMU DIPIHAK YANG BENAR! UNDANG-UNDANG DAH LULUS TAPI TERSIMPAN SAHAJA KERANA TAKUT HILANG KUASA! UNDANG DAH LULUS TAPI SIMPAN SAHAJA KERANA TAKUT MENGHADAPI CABARAN! UNDANG-UNDANG DAH LULUS TAPI TAK BERANI MENERIMA UJIAN!

SEMAKIN KERAP PAS MELAKUKAN SOLAT HAJAT (DENGAN BERPULUH RIBU MANUSIA PENYOKONG PAS) SEMAKIN TERBUKA SATU PERSATU KEJAHILAN PAS DAN KEKHILAFAN MEREKA!

Baca juga : http://sejarahmelayu.blogspot.com/2011/01/gempar-rahsia-kenapa-hudud-tidak.html

No comments: