RAKAN PEJUANG

31 March 2014

SUMBANG KE SUARA KITA?

SALAM PERJUANGAN...

Percaya atau tidak, negara kita kini menjadi tumpuan dunia. Pemerhati politik, para jurutera penerbangan, pilot pesawat, serta seluruh yang terlibat dengan syarikat penerbangan sedang melihat kita mengendalikan sebuah episod tragis yang sangat misteri. Anak Sufi sudah berulang kali menulis tentang MH370. Ini kerana peristiwa ini amat meruntun hati kita rakyat Malaysia dan membawa kepada pemerhatian dunia pada cara bagaimana kita mengendalikan peristiwa yang merupakan pertama kali berlaku didunia sekarang ini.

Sebagaimana yang AS katakan tadi, mata dunia sedang memandang kita. Mereka memerhati kita. Mereka merasai kita dan ada mereka yang sedang menghina kita. Namun, kita rakyat Malaysia ada suara. Suara ini menjadi azimat keramat kehebatan negara ini dalam mengendalikan krisis yang sebegini sukar. Suara ini adalah bicara daripada Menteri Pertahanan dan juga pemangku Menteri Pengangkutan kita iaitu DS Hishammuddin yang setiap hari berdiri tegap di hadapan mata dunia dengan mempamerkan kestabilan emosi dan kekuatan fikiran setiap kali mengadakan sidang akhbar.

Apa yang AS bicarakan ini adalah maklum balas daripada sebuah artikel yang ditulis oleh Satish Cheney yang bertajuk Is Hishammuddin Hussein, voice of Malaysia on flight MH370, headed for the top? yang telah diterbitkan dalam akhbar South China Morning Post Asia hari ini. Sila Klik di sini

Orang luar memandang hebat lelaki yang bergelar Hishammuddin ini kerana mereka melihat beliau sebagai seorang yang mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk diangkat menjadi perdana menteri satu hari nanti. Melalui pengalaman beliau yang sangat banyak dan telah bertugas dalam pelbagai portfolio pasti memberikan kelebihan pada DS Hisham jika benar beliau bakal menerajui negara ini kelak.

Dunia sedang memandang kita. Dunia sedang memerhati kita. Mereka sentiasa mengintai peluang untuk mentertawakan kita jika kita gagal mengurus konflik ini sebaiknya. Namun, kita perlu bersyukur dan meletakkan kepercayaan yang sangat luar biasa pada seorang lelaki yang luar biasa komitmen dan penampilannya di mata dunia ketika ini yang sedang bertungkus lumus, tanpa mengira siang dan malam berusaha keras menerajui pencarian MH370 tanpa mudah menyerah dan mengaku kalah. Lelaki ini berjanji akan meneruskan pencarian tanpa batas masa. Lelaki ini lah menjadi suara kita dan menjadi wajah kita rakyat Malaysia yang sedang menjadi tontonan mereka di luar mahupun musuh yang berada di dalam.

Lelaki itu adalah DS Hishammuddin Tun Hussein Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan.negara ini. Semoga Allah terus memberikan kekuatan pada lelaki ini.



 

29 comments:

Rawa malaya said...

tak masuk akal punya artikel

Macam mana menteri yang kata rombakan terhadap keselamatan airport patut di buat selepas mengetahui lokasi terakhir pesawat MH370 di lautan hindi. Bukanke sepatutnya menteri ni mengatakan keselamatan airport dibuat sehari selepas MH 370 hilang. Apa bangang punya menteri. tiada kredible langsung. Kecekapan operasi menyelamat dilakukan ketua pengarah DCA dan panglima TUDM. Menteri Hishamuddin hanya pandai bercakap aje.

Anonymous said...

Bodolah Norul Hisham. Biar dia kena pandai cakaplah sebab dia wakil kerajaan. Kalau tak pandai, jadi Nuar Brahimlah. Ngamuk dengan wartawan. Kamu nak suruh dia turun ke laut ker? Bodo piang !

Anonymous said...

Alhamdulillah. Bangganya saya jadi orang UMNO.

Anonymous said...

Sebenarnya salah satu kekuatan DS Hishamuddin ialah kebolehannya mengawal emosi. Dia tenang tapi bahasanya sudah cukup berkesan dan tepat. Saya dengarselepas beberapa hari wartawan dah tak berapa berani bertanya soalan sinis.

Anonymous said...

Tahniah saudara, bahan menarik dan sangat mengujakan.

Anonymous said...

Sejarah tercipta. Kita mempunyai pemimpin Kelas dunia

Anonymous said...

Sangat setuju dengan Anon 9:12 dan Anon 11.07.
Saya orang Singapura dan ramai kenalan di Singapura yang puji cara Hishamuddin mengendalikan press conference dengan sopan dan tertib dalam masa yang sama tegas walaupun diasak oleh media2 asing yang diantara mereka sangat biadap. Tahniah pada Hishamuddin.

Anonymous said...

Kita sedang bersedih. Kepada Allah kita menyerah

Anonymous said...

hisham anak hamid yang banganag !!!

Imigresen dan keselamatan dibawah menteri KDN Datuk Dr. Zahid Hamidi. So ko ke banyak membaca dulu menulis komen bodoh..

Anonymous said...

Manusia PR ni memang bangang nak mampus ..so jangan layan mereka ini takut berjangkit

Anonymous said...

La.....nurul bangang cibai ni.....x masuk akal kat mane. Kan artikel SCP tu cite fakta.....pasal cabut keris pasal kepala lembu. Lupa lak.....ko tu species bangang kan so memang le otak ko yg sempit tu x masuk akal le cite2 lagu ni.

Anonymous said...

Ade negara luar yg memuji. ..ade juga yg sebaliknya... sepatutnya sekarang kita bersatu sebagai rakyat Malaysia... selamatkan maruah negara...

Anonymous said...

Betul tu...setuju..kita kena bersatu..menyokong pemimpin kita...org luar menghina kita, X kan kita nk ikut sama menghina & mengutuk negara kita....

Anonymous said...

anifah aman pun layak menjadi PM...dia sentiasa tenang menghadapi tekanan...

azhar

Rawa malaya said...

Apa pulak aku bangang. Korang la bodah dan bangang. Aku orang UMNO, mak bapak aku orang UMNO dan aku orang PERKASA juga. Tapi aku bercakap berdasarkan realiti. Kalau UMNO nak berjaya mestilah berpijak dari realiti. Aku pergi Eropah naik flight MAS satu hari selepas MH 370 hilang (9 haribulan). Pemeriksaan airport seperti biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sepatutnya ada pemeriksaan yang lebih ketat. Sebab kerajaan dah bayar tiket, hotel dan alaun le aku terpaksa pergi. Tapi memang muka semua orang kecut perut termasuklah mat salih dari eropah.

Rawa malaya said...

Kenapa beberapa hari selepas MH 370 hilang, kerajaan Vietnam mengarahkan airport mereka mengambil langkah berjaga-jaga.

kadang-kadang elok juga orang luar bagi tekanan kepada kerajaan kita supaya kerajaan kita bertindak tegas.

Rawa malaya said...

Lepas MH 370 hilang, pesawat ke korea selatan buat pendaratan cemas di hong kong. Lepas tu kipas pesawat malindo air berapi. Ini nyawa orang bukan boleh buat main-main. Ini bukannya masa untuk berpolitik atau apa-apa semangat negeri.
bagi yang terpaksa naik MAS, tak ke ngeri

Anonymous said...

Lontarkan lah suara2 positif & membakar semangat sayangkan negara...bukan kata2 yg memporak peranda kan rakyat....

Anonymous said...

X dpt bantu secara fizikal, bantuan dgn kata2 yg positif....at least ia dpt bg semangat kpd mereka2 yg bersusah payah dlm kes ni

Norul Hisham Hamid said...

Apa yang Dato Mustapa Mohamad kata betul, semua syarikat airlines kena improves technology kotak hitam. Ini baru positif....untuk masa depan sebelum jadi takdir macam mh 370.

President pengangkutan udara dunia pun menyeru supaya tahap keselamatan airport dan pesawat diseluruh dunia dipertingkatkan dan diperbaharui...ini baru positif.
Nyawa orang yang naik kapal terbang pada masa hadapan atau yang hiidup lebih penting. MH 370 hanya boleh serach and rescue.

Anonymous said...

Hopefully peristiwa ni jadi pengajaran utk tingkatkan lg tahap keselamatan airport & pesawat..jgn pandang ringan pasal security. ..

Anonymous said...

Org luar hentam kita, kita kena pertahankan maruah negara kita.. sama2 kita memberi semangat kpd Hisham dlm meneruskan perjuangan die

Anonymous said...

Sebak tgk gamba yg di post kt artikel ni... Hisham berjiwa rakyat

mohd haikal said...

Lupakan seketika politik... skrg masa utk bersatu sbg sebuah negara bantu Hisham & team...bukan masa utk berbalah...

Anonymous said...

Hanya Allah je yg tau kesudahan kes ni...tp pada ak, ape pun kesudahan nya, Hisham tetap terbaik

MRS Pinky said...

Kalau diperhatikan, kebanyakkan org yg dok iktiraf Hisham ni adalah dri golongan yg hebat2 belaka..bukan sebarangan org.. bagus!

Anonymous said...

Jom sumbangkan suara2 positif kita sebagai 1 rakyat Malaysia tanda sokongan yg x putus seperti mana usaha yg X pernah putus oleh menteri kita DS Hisham

Anonymous said...

Ade je suara2 sumbang yg nk jatuhkan semangat pemimpin kita...pdhal dieorg tu ntah cukup rehat ke cukup makan ke tak dok sibuk dgn operasi SAR siang malam

Anonymous said...

Kenapa semakin hari orang ramai semakin yakin & boleh menerima Hisham sebagai pemimpin masa depan? Sedangkan da dekat 2 bulan peristiwa MH370 x de sebarang petunjuk?