SALAM SYAWAL!!!!
Anak Sufi cuma nak berkongsi salah sebuah blog pembangkang yang memang kita semua tahu, suka sangat menghina orang lain. Langsung tak mengira perasaan orang lain. Anak Sufi tak mahu cerita panjang. Tengok apa yang ditulis oleh baruah nuar brahi ni .
BANYAK orang keliru dan salah faham mengenai tarian Sumazau yang
popular di Sabah sehingga di gelar tarian rakyat. Ia bukanlah tarian
rakyat seperti mana yang kebanyakkan dari kita semua faham, tapi
ia berasal dari tarian masyarakat Kadazandusun untuk menyeru semangat padi
yang dipanggilBambaazon.
Atau dalam erti kata lain, ia adalah tarian pemujaan!!
Justeru tidak
hairanlah kenapa begitu banyak pihak yang mengutuk Perdana Menteri Najib Tun
Razak dan isteri yang dilihat dan dirakam sedang melakukan tarian tersebut
semasa acara sambutan rumah terbuka di Seri Perdana tempoh hari (rujuk video
dibawah).
Kalau ikut kiraan
penulis, lebih dari 30 blog pro Pakatan Rakyat yang memainkan isu ini sahaja
sejak beberapa hari lepas terutama sejak kejadian mengacukan pistol di Melaka
pada Sabtu.
Tumpuan kecaman
kebanyakkan blog-blog ini ialah kepada asal usul tarian tersebut, tapi
penulis tidak berminat nak mengulas dari segi itu kerana terlalu berkaitan
dengan agama, penulis lebih berminat mengulas dari segi kesesuaian tarian
seumpama itu ditarikan oleh seorang pembesar negara seperti Najib
Penulis akui, tak berapa faham tentang tarian, cantik ke tak
cantik, sumbang ke tak sumbang. Tapi penulis tahu jenis dan gaya tarian
jenis itu tidak berapa berkenan di mata penulis - nampak bodoh saja
mengepak-ngepak macam burung.
Lebih lagi kalau ditarikan oleh perempuan yang terlebih muatan – faham-faham sajalah siapa yang dimaksudkan.
Penulis yakin, bukan
penulis seorang, majoriti rakyat Malaysia pun sama seperti penulis, tidak
berapa nak berminat dengan tarian yang berasal dari upacara memuja semangat
padi ini. Soal rakyat Sabah sukakannya, itu masalah mereka, kita di
Semenanjung yang jauh lebih moden dan bertamadun tak perlu mengikut
mengepak-ngepak seperti itu.
Kalau pun tujuannya nak menawan hati rakyat Sabah, tak perlulah
sehingga nak mengepak-ngepak di Majlis awam. Hari ini Sumazau,
mengepak-ngepak macam burung, besok apa lagi? Gamaknya
kalau tarian Gangnam Style dah jadi ‘tarian rakyat’
mana-mana masyarakat dalam negara ini, sanggupkah Najib terlompat-lompat macam
kuda pula?
Nampak logik yang
penulis cuba sampaikan?
Penulis rasa tindakan
Najib ‘mencemar duli’ dengan menari tarian Sumazau yang ketinggalan zaman ini
ada kaitan dengan cubaan meniru pendekatan sama yang pernah dilakukan
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, terutama dalam cuba menarik sokongan kaum
India.
Najib tahu, pendekatan
seumpama itu memang mampu menarik sokongan, seperti yang dibuktikan dalam
pilihanraya umum 2008 dan Ijok 2007.
Tapi sasaran Najib itu
salah (rentak pun salah – sumbang), masyarakat India adalah kaum ketiga
terbesar di negara ini, dibandingkan dengan masyarakat Kadazandusun yang cuba
‘dibodek’ Najib melalui tarian Sumazaunya itu.
Berapa percent sangat mereka tu di Sabah?
Inilah sekarang
akibatnya terlalu nak meniru sangat, orang lain menari dapat sokongan, Najib
menari dapat kecaman.
BUKTI BACA SINI
ULASAN ANAK SUFI:
ANAK SUFI POHON KEPADA PEMBACA UNTUK MENILAI BETAPA RENDAHNYA MENTALITI PUAK PENCACAI NI SEHINGGA SANGGUP MENGHINA BUDAYA MASYARAKAT ORANG LAIN WALAUPUN DIKATAKAN HANYA KELOMPOK MINORITI. INI LAH BUDAYA PEMBANGKANG YANG SEDANG DISEMARAKKAN DALAM JIWA PENGIKUTNYA. MEREKA HANYA TAHU MEMBERONTAK, MENGHINA, MEMAKI HAMUN DAN MEMPAMERKAN PERLAKUAN AGRESIF, BIJAK MANIPULASI KATA-KATA, PINTAR MENUDING JARI KE ARAH PIHAK BERWAJIB HANYA UNTUK MEMASTIKAN KEPIMPINAN DS NAJIB DIPERLEKEHKAN DI MATA RAKYAT. MALANGNYA TINDAKAN MEREKA SEBEGINI HANYA MENIMBULKAN RASA MENYAMPAH DALAM KALANGAN RAKYAT. ANAK SUFI YAKIN, RAMAI ANAK SABAH YANG TERSINGUNG DENGAN PENULISAN SEBEGINI.
JADI KEPADA PEMBACA, ANAK SUFI TINGGALKAN PERSOALAN, BUDAYA SEBEGINI KAH YANG INGIN KITA PILIH SEBAGA PENERAJU NEGARA YANG MEMBENTUK BUDAYA MASYARAKAT KITA KELAK? TEPUK DADA...TANYA AKAL!